BAB 12

Romance Completed 34840

''I ada terserempak dengan dia..''Aku bersuara perlahan.

''Maksud you,Riz..?''Tepat sekali tekaannya.Aku hanya mampu mengangguk lemah.

''Apa yang jadi?''Aku menarik nafas panjang.Wajah Zafrie yang tertanya-tanya aku pandang dengan penuh kekosongan.

''I tak sangka..Setelah bertahun-tahun berlalu,kenapa dia muncul lagi Zaf?I ingatkan,i cukup bersedia selama ni.Tapi..''Aku bersuara perlahan..

''Tell me Sya..Dia buat apa kat you!''Suaranya kian cemas.Untuk seketika,aku hanya mampu mendiamkan diri.Cuba mengingati kejadian yang menimpah diri beberapa hari lepas..

''Dia gelar Alia..''

''What Sya?''Zafrie kian mendesak.

''Dia cakap..Alia.Alia tu..Anak.Haram..''Sepatah-sepatah aku bersuara.Terasa perit untuk ku menuturkan sepatah kata yang benar-benar menguris hatiku saat ini.

Kenapa dia tak pernah berubah?Kenapa dia tak pernah melihat ku dari sudut pandangan yang berbeza?Selalu menilai diri ini berdasarkan pandangan mata kasar yang adakalanya sering membuatkan kita salah menilai?

''Rizman dah melampau Sya!Dia tak pernah tahu kisah sebenarnya.Tentang Alia..Tentang kita.''

''Sebab hati dia pernah terluka Zaf..Sebab hati dia pernah disakiti.Dan akulah yang bertanggungjawap sebenarnya..''Tanpa dapat menahan lagi,airmata ini gugur tanpa dapat ku seka lagi.

Selama bertahun-tahun,akhirnya aku harus akui kesilapan ku sendiri.Mungkin sebab aku sendiri tidak pernah cuba untuk meyakinkan dia bahawa cinta ini sesungguhnya hanya untuk dia.Dan Myra berjaya bila,aku sendiri yang memulakannya.Myra cuma mengambil kesempatan di atas semua yang berlaku.

''Sya..''

''Salah I,Zaf.Bila dari mula lagi I tak pernah cuba untuk berterus-terang,yang rasa cinta ini hanya untuk dia..''

''Sya..Jadi awak kena cari peluang.Betulkan semua kesilapan tu.Awak kena rebut peluang Sya.''Zafrie mengukir senyum.Cuba meyakinkn diri ini.

Namun aku sendiri tidak pasti.Masih adakah sisa cintanya buat ku?

''Tak Zaf..Lagipun dia dah ada Myra..Dan mereka bakal menerima 'orang baru' tak lama lagi.Aku tak nak jadi penyebab kepada keretakan rumah-tangga Rizman sekali lagi.Cukuplah dia pernah kecewa dengan aku dulu.''Itu tekad ku.Tidak mungkin aku tegah untuk merobek hati Rizman sekali lagi.Biarlah dia gembira dengan hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience