BAB 4

Romance Completed 34840

''Sya..''Sayup-sayup kedengaran seseorang sedang memanggil nama ku.Namun kelopak mata ini terasa bagai di gam.Terlalu berat untuk aku celikkan.

''Sya..Awak kena kuat.Zaf janji..Zaf akan tunggu Sya..''Terasa tangan ku panas menerima gengaman tangan dari seseorang.

''Sya..''Bila saja aku pagungkan kepala ini.

''Zaf..Macam mana awak bleh ada kat sini?''Dengan kepala yang masih berat,aku cuba gagahkan diri untuk bangun dari pembaringan.Zaf membantu ku untuk bangun secara perlahan.

''Awak tak boleh bergerak sangat Sya..Badan you masih lemah lagi..''

Aku masih binggung dengan semua ini.Namun tempat ini amat ku kenali.Dengan dinding putih.Berlangsir biru lembut dan dengan katil besi.Jarum yang terbenam di tangan kiri ku.Tahulah yang aku kini berada di hospital.

Dengan perlahan kejadian tadi kembali berlayar di ingatan ini.Ya Allah..Berkali-kali aku di uji,dan berkali-kali juga aku sedaya-upaya untuk mengharunginya.Namun kali ini..Tamparan hebat begitu terasa.Ternyata dia lagi melebihkan kekasihnya berbanding diri ini.

Airmata yang menluncur laju tidak mampu ku seka lagi.Terasa sakit dada ini menanggunganya.

''Sya..Awak selamat sya..''

''Zaf..''Lantas badannya ku paut ke dalam pelukan ku.Ingin meminjam sedikit kekuatan.

''Syuuh..Jangan nangsi sayang..You will be okey..''Aku hanya diam sambil menangis tanpa segan-silu lagi.Berharap,dengan airmata ini.Semua kesakitan ku akan terus pergi.Mengalir mengkikut arus airmata yang tidak mampu ku bendung lagi.

''Macam mana you boleh jadi macam ni Sya..Cuba bagi tahu I..Nasib baik you tak apa-apa.Tadi you sampai dengan kepala you berdarah..Bleeding..''

''Oh my!Baby I Zaf..Baby I..''

''It's ok Sya..Baby you selamat.''Semakin kejap pelukannya.Cuba menenangkan diri ini yang hampir gila.

Syukur ya Allah..Nampaknya aku masih diberi peluang untuk merasai anugerah ini.Tidak putus-putus aku berdoa.

''Sya..I nak you ceritakan semuanya Sya.Jangan rahsiakan apa-apa dari aku lagi.Please..''

Dengan sisa kudrat yang ada.Dengan penuh kepayahan..Lantas aku ceritakan semuanya.Bermula dengan salah faham antara kami sehinggalah ke insiden yang membawa aku ke sini.Terlatar lemah.Bukan kerana kemalangan ini.Kerana hati ini,lukanya lebih parah berbanding luka yang terlihat pada fizikal ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience