BAB 3

Romance Completed 34840

Dua minggu berlalu begitu saja.Langsung tiada khabar berita dari dirinya lagi.Keluarga ku dan dia juga sudah mengetahui tentang rancangannya untuk menikah lagi.Dengan teman baik ku pula tu.Bukan!Bekas teman baik ku.Kerana Myra sendiri yang memutuskannya begitu.

Namun seperti biasa.Tiasa siapa yang akan mendengar luahan ku.Tanpa bertanya,mereka hanya menuding jari kepada ku.Menyalahkan diri bila suami ku sendiri menduakan diri ini.Tanpa memberi aku peluang membela diri.Adilkah?

Keadaan kandungan yang baru berusia hampir dua bulan,adakalanya membuatkan aku mabuk teruk.Namun semua ini aku hadapi seorang diri.Tanpa dia di sisi.

Kadangkala aku akan menangis sambil memeluk bajunya yang terakhir,sengaja tidak ku basuh hanya kerana perasaan rindu yang mengebu.Hanya dengan ini,perasaan rindu ku akan terubat sedikit.Tak dapat orang,baunya pun jadilah.Aku sudah berpuas hati.

Dengan keadaan yang pening dan sering muntah-muntah.Aku gagahkan diri untuk memndu bersendirian.Keluarga ku sendiri tidak mengetahui keadaan ku yang berbadan dua.Sedangkan suami ku sendiri juga tidak mengetahui..Untuk apa aku mencanang ke sini sana andai hanya aku yang gembira dengan kehadiran permata hati yang aku tunggu-tunggu selama hampir dua tahun ini.

Sambil memandu aku memicit kepala yang sekakit berdenyut.Sikit lagi sampailah.Menyesal pula rasanya memandu dalam keadaan begini.Namun kalau bukan kerana terpaksa,aku takkan memandu sama sekali.

Entah di mana silapnya aku tidak mampu mengawal kereta yang meluncur laju.Dan bila saja aku sedar yang aku bakal mencederakan orang.Saat aku hampir-hampir melanggar pejalan kali yang tiba-tiba melintas jalan,tanpa berfikir panjang aku terus mengawal kereta berpaling ke arah kanan.

Aku hanya sedar bila aku sudah merempuh pembahagi jalan.Mujur kelajuan kereta tidaklah selaju mana.Namun kepala yang berpinar akibat terhantuk tidak menghalang ku untuk turun dari kereta.

Jelas sekujur tubuh yang terduduk di tepi jalan.Aku binggung.Salah aku ka?Namun seingat aku,sempat ku kawal kereta ini dari merempuh sesiapa.Mujur tiada kereta di lorong kanan tika itu.Andai tidak,entah apalah nasib ku selepas ini.

Dengan langkah yang lemah,aku gagahkan juga diri ini untuk berdiri.Baru mahu menapak ke arah mangsa tadi.Tiba-tiba aku terdengar suara menjerit.Dan tertanya suara itu amat aku kenali..

''Myra..!!''

Aku terkaku dari tempat ku berdiri.Rizman..Dan hati ini bergetar lagi.Namun tertanya aku amat kecewa bila dia lagi memberi perhatian kepada Myra berbanding isterinya yang berdarah di dahi.Yang lagi memerluhkan dia berbanding Myra yang hanya luka ringan di sikunya.

Tanpa sempat aku tahan.Pipi ini pijar menerima tamparan hebat dari tangan suami ku sendiri.

''Kau nak jadi pembunuh pula!Kau memang sengaja intip kami bukan?Dan sekarang kau tekad nak bunuh Myra pula!Perempuan jenis apa kau ni.Hah!!''Terasa tubuh ku melayang apabila ditolak kasar dengan tangan suami ku sendiri.Tanpa sempat aku menahan,aku terduduk di tengah-tengah jalan raya yang pada masa ini masih kecoh dengan kemalangan ringan yang berlaku.

''Sabar encik..Sabar.''Beberapa orang sedaya-upaya cuba menyabarkan dia yang aku kira sudah hampir hilang kewarasannya.

Perut yang senak aku tekan perlahan.Aku terpegun bila terasa ada cecair merah mengalir di celah paha ku.Ya tuhan..Jangan kau duga aku dengan kehilangan ini lagi..

Belum sempat aku memanggil namanya,dia sudah berlalu pergi bersama Myra yang sempat ku tangkap senyuman sinisnya.Ternyata aku tewas berkali-kali.

Aku hampir tidak berdaya.Perut yang semakin sakit aku tekup dengan tangan.Berharap kesakitan ini,mampu berkurang.Namun ternyata sia-sia.

''Cik..Bertahan cik..Cepat hantar dia ke hospital..''Dan selepas itu aku sudah tidak sedar apa-apa lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience