BAB 15

Romance Completed 5877

Sulaiman berjaya keluar daripada kereta yang telah terbalik, dengan badan yang penuh kesakitan dan darah. Dia cuba menyelamatkan kedua orang tuanya, tetapi sebaik memeriksa dengupan nadi, ternyata ibu dan bapanya telah meninggal dunia.

Sulaiman menangis, dia cuba sedaya upaya mengeluarkan ibu dan ayahnya yang tidak lagi bernyawa. Dalam masa yang sama, dia terdengar suara dari kereta yang bertembung dengannya. Suara itu meminta pertolongan supaya dikeluarkan dari kereta.

Sulaiman bangkit dalam keadaan yang tidak terdaya dan memaksa sedaya upaya menyelamatkan lelaki yang tersepit di dalam kenderaan. Sulaiman bergerak meninggalkan mayat ibu bapanya untuk menyelamatkan lelaki itu.

Sulaiman menarik sekuat hati sehingga berjaya. Tetapi, beberapa saat setelah menyelamatkan lelaki tua itu, kereta ayahnya meletup dan terbakar. Sulaiman dan lelaki itu terkejut. Sulaiman berusaha menuju ke arah kereta ayahnya, namun dihalang oleh lelaki itu kerana terlalu bahaya. Sulaiman tidak terdaya melihat mayat ibu bapanya terbakar hangus di depan matanya lalu pengsan.

Sesedar Sulaiman dari pengsannya, dia berada di hospital. Tanpa bertanyakan keadaan lelaki itu, dia terus pulang ke kampung tanpa meminta pamitan. Dia terus dengan menguruskan mayat kedua-dua orang tuanya.

Lelaki itu tidak diketahuinya dari hari itu sampai hari ini apabila ada lelaki yang mengaku bahawa lelaki itu adalah Tan Sri Borhanuddin Finer Syah. Memang tidak salah lagi, lelaki itu adalah Tan Sri Borhanuddin Finer Syah.

“Allahuakhbar…maha besar Allah. Apa khabar pak cik? Sungguh kecil dunia ini

Sulaiman sedikit terkejut.

“Memang kecil. Pak cik sudah hampir 3 tahun mencari Sulaiman di seluruh negara. Pak cik ingin membalas jasa dan terhutang nyawa kerana telah menyelamatkan pak cik 3 tahun lepas. Pak cik serba salah kerana membiarkan awak macam itu.”

“Tak apa pak cik, saya ok je. InsyAllah. Ni pak cik kat sini ada apa? Saya tak pernah melihat pak ci sini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience