BAB 10

Romance Completed 5854

“Maaf, man ada kerja sebab tu kena cepat. Muni balik kampung seorang aja ke? Mana Azmi?”

“Ya balik seorang. Muni balik sekejap je mungkin seminggu dua. Muni temankan anak bos muni jalan-jalan. Katanya nak hidup di suasana kampung.”

“Anak bos? Jadi perempuan yang tadi hidangkan makanan tu anak bos muni lah ya? Kenapa biarkan dia buat kerja?”

“Dia ni pelik sikit. Walapun anak tan sri, tapi dia seorang yang merendah diri dan tidak membanggakan kekayaan kedua orang tuanya. Baginya itu hanyalah harta dunia. Dia ingin menikmati alam ciptaan Tuhan ini. Sebab tu dia nak datang ke kampung dan merasai kehidupan suasana kampung.”

“ooo…macam tu. Muni, man kena beredar pergi. Ada kerja yang perlu dilakukan. Nanti man akan contact murni lagi. Muni ada nombor man lagi kan?” soal Sulaiman. Salmuni hanya menangguk-anggukkan kepalanya.

Sulaiman mengeluarkan beberapa wang kertas satu ringgit dan meletakkannya di atas meja lalu beredar pergi. Salmuni hanya tersenyum melihat kelakukan Sulaiman. Salmuni masih lagi duduk di atas kerusi, lalu datang pula Balqis ke arah Salmuni.

“Itu Sulaiman yang akak maksudkan ya?” tanya Balqis

“Ya qis, itulah dia. kenapa? Suka ke?” usik Salmuni. Balqis hanya tersenyum malu.

“Kalau mahu apa salahnya. Lagipun dia bujang, umur pun dah cukup matang untuk berkahwin.”

“Umur dia berapa kak?”

“Sama dengan akak. 34 tahun”

“Jauhnya dari Balqis. Beza umur kami 10 tahun kak. Tapi dia tak makan dek usia. Nampak muda lagi”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience