BAB 12

Romance Completed 5854

Setelah dikenal pasti, rupa-rupanya Tan Sri Borhanuddin Finer Syah dan isterinya, Puan Sri Umu Khaltum datang menjenguk anak tunggalnya tinggal bersama setiausahanya, Wan Salmuni di kampungnya.

Tindakan Balqis untuk tinggal dikampung memang sangat digalakkan oleh orang tuanya Balqis kerana dengan cara ini dapat mengajar Balqis cara hidup yang sebenarnya.

Kehidupan yang dilaluinya selama ini hanya dipenuhi dengan kemewahan dan kekayaan. Keselesan hidup tidak untuk selama-lamanya, lantas sebaik sahaja mendengar hasrat Balqis untuk merasakan kehidupan di kampung, terus dicadangan kampung Wan Salmuni.

Wan Salmuni pernah menceritakan tentang keadaan kampungnya kepada Tan Sri Borhanuddin Finer Syah. Mendengar sahaja cerita Wan Salmuni membuatkan beliau ingin pergi ke kampung setiausahanya itu. Ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki di kampung Wan Salmuni atas alasan ingin menjenguk anak tunggalnya Balqis.

“Alhamdulilah, sampai juga papa di kampung ini.”

“Qis macam mana? Sihat ke? Sudah semunggu qis duduk di kampung ini. bolehkah qis biasakan diri?” Tanya Tan Sri Borhanuddin Finer Syah.

“Awak ni, anak kita dah besar. Mesti dia boleh sesuaikan di tempat orang” celah Puan Sri Umu Khaltum.

“Ma, pa, qis ok je. Jangan bimbangkan qis. Qis sudah pandai biasakan diri. Untung ada kak Salmuni. Dia banyak bantu qis biasakan diri. Pak Tam dan Mak Tam pun terlalu baik. Qis beruntung tinggal di sini.”

“Baguslah kalau begitu. Papa bukan apa, Cuma risaukan qis takut-takut tidak boleh sesuaikan diri dengan keadaan kampung. Kalau panas, di rumah boleh pasang air cond. Tapi kat sini tak boleh. Kalau boring boleh pergi jalan-jalan kat bandar.” Sinis Tan Sri Borhanuddin Finer Syah.

“Hai papa, nak perli qis ke? Qis dah biasa semua tu, tak kisah sangat. Lagi pun, panas dunia bukan apa sangat. Qis akan berusaha menjadi insan yang sederhana di sini. InsyaAllah. Mohon restunya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience