BAB 2

Romance Completed 5877

Senja nan petang kian berlabuh tirainya, begitulah keadaan Sulaiman yang boleh dianalogikan. Entah, susah terlalu penat hati ini memikirkan soal jodoh. Mungkin itu yang sering dibicarakan oleh Sulaiman. Matanya tepat memandang ke luar jendela sambil menyaksikan keindahan senja cipataan Tuhan.

“Allahuakhbar Allahuakhbar…” laungan Imam Hashim mengumandangkan azan membuatkan lamunan Sulaiman kian terhenti.

Dia bangkit dari sedarnya lalu mengambil wuduk dan bersolat. Hatinya kian punah dan musnah sebaik sahaja memikirkan soal jodoh. Baginya jodoh itu ada, tapi belum tibanya.

Dia teringat kisah yang diceritakan Imam Haji Ghani kepadanya sewaktu dia mengikuti berdakwah di Medan, Indonesia.

Ada satu cerita seorang gadis yang telah kehilangan orang tuanya pada hari pernikahannya. Majlis akad nikahnya terpaksa dibatalkan atas alasan mahu menguruskan jenazah orang tuanya.

Dalam saat yang sangat sedih, si bakal suami menuruti kata-kata bakal isterinya, dia menuruti untuk menangguhkan majlis pernikahan mereka. Hari berganti hari, minggu berganti minggu malah berbulan-bulan lamanya, hati si bakal isteri masih lagi belum mengungkapkan ingin meneruskan majlis akad nikah tersebut sehingga si bakal isteri itu jatuh sakit kerana tidak makan selama beberapa hari.

Beberapa bulan setelah itu, si bakal isteri menyusuli orang tuanya. Si bakal suami terseksa dengan dugaan yang berat yang ditanggung. Dari majlis akad nikahnya ditangguhkan sehingga bakal isterinya meninggal dunia. Dalam keadaan sedih, si suami dijodohkan dengan seorang wanita solehah yang lain.

Benar kata Imam Haji Ghani, jodoh pertemuan semuanya ditanganNya. Apabila mengingatkan kesedihan dirinya yang belum bernikah, dia pasti akan mengingatkan cerita itu.

Patah tumbuh akan berganti, tetapi baginya kisah ini berlainan. Bagaimana bisa tumbuh jika tidak ada yang patah. Dia hanya membiarkan desas desus itu berlalu begitu sahaja dan terus bersolat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience