BAB 16

Romance Completed 5854

“Sebenarnya saya menjenguk anak saya yang mula menyesuaikan di kampung ini. Anak saya itu namanya Balqis. Balqis mari sini nak” Ujar Tan Sri Borhanuddin Finer Syah. Balqis bergerak menuju ke arah Sulaiman.

“Ingat tak kisah kemalangan 3 tahun yang dulu, yang pernah ayah ceritakan.”

“Ingat, kenapa ayah?”

“Lelaki yang telah selamatkan ayah itu ada di sini”

“kat sini? Mana?”

“Tu, Ustaz yang beri kita ceramah tadi” jawab Balqis.

“Maksud papa, Sulaiman?”

Tan Sri Borhanuddin Finer Syah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum. Tan Sri Borhanuddin Finer Syah menceritakan nazarnya, dia akan mencari lelaki yang telah menyelamatkannya dan berjanji akan mengahwinkan lelaki itu dengan anak perempuannya. Sekarang, lelaki itu telah berjumpa, lelaki itu adalah Ustaz Sulaiman. Sebaik mendengar nama Ustaz Sulaiman, Balqis terus mengukirkan senyuman.

“Sulaiman, ini pak cik perkenalkan. Ini adalah anak pak cik, namanya Balqis Qistina.” Tan Sri Borhanuddin Finer Syah memperkenalkan puteri tunggalnya kepada lelaki yang pernah menyelamatkannya. Sulaiman membuat isyarat bersalaman dengan Balqis, begitu juga Balqis membalasnya.

“Saya sudah kenal dengan anak pak cik, Cuma belum berkesempatan untuk berbual panjang.” Jelas Sulaiman. Balqis hanya mampu tersenyum malu.

“Man, boleh penuhi permintaan pak cik?”

“Permintaan apa pak cik?”

“Pak cik dah berniat, jika kita berjumpa lagi pak cik ingin menjodohkan kamu dengan Balqis. Adakah kamu bersetuju?”

Sulaiman tergamam. Balqis hanya tersenyum gembira dengan keputusan papanya. Yang lain juga turut tersenyum seolah-olah merestui hubungan itu. “Ya Allah, maha suci Allah. Adakah ini benar memang jodohku? Terlalu istimewa insan yang Kau ciptakan untukku. Dia hampir sempurana. Baru ku sedar hikmah semua ini.” benak Sulaiman.

“Man, man, setuju tak?” Tan Sri Borhanuddin Finer Syah ingin mendapatkan kepastian. Sulaiman hanya mampu mengangguk-anggukkan kepalanya sambil menitiskan air mata. Lalu dia membuat sujud syukur.

“Terima kasih Ya Allah kerana kau penuhi doaku. Terima kasih” Ucap Sulaiman sambil menadah tangan. Balqis turut menitiskan air mata, dia sebenarnya memang menaruh hati kepada Sulaiman sejak pertama kali berjumpa. Cuma kelu lidah untuk mengungkapkan kata cinta.

Airmata bercucuran membasahi pipi Sulaiman. Dia meminta seadanya namun diberi anugerah indah. Jodohnya dengan Balqis, kerjayanya sebagai pendakwah dan guru agama semakin dikembangkan.

Mereka berdakwah secara kerap dan hidup dengan aman damai. Kebahagian, kesuasahan, kesedihan dan segala-galanya datang dari Allah s.w.t untuk menguji kita sebagai umatnya. Sabar dan tetap bersabar, hikmah tersembunyi namun kita harus percaya pada kerja Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience