BAB 8

Romance Completed 5877

Sulaiman yang malu terus balik ke rumah. Sulaiman tidak boleh melupakan wajah Balqis yang dilihatnya tadi. Saat hendak melelapkan mata, ada sahaja bayangan Balqis di ingatannya, saat ingin makan, ada senyuman Balqis diingatan Sulaiman.

Sulaiman terus mengambil wuduk dan melakukan solat sunat. Memohon ampun kerana telah berzina. Berzina? Adakah Sulaiman telah melakukan zina?

“Ya Allah, ampunkanlah aku kerana aku telah melakukan zina. Aku berdosa dan aku khilaf ya Allah. Aku alpa dengan kecantikan dan kejadian kau. Ampunkan aku ya Allah” Berulang-ulang kali Sulaiman mengucapkan kalimat itu sehingga dia terlelap.

Sulaiman terasa dirinya sangat berdosa kerana melakukan zina mata pada hari jumaat. Dia tidak mahu lagi pergi ke rumah Salmuni takut akan terlihat Balqis sekali lagi. Setelah selesai solat subuh, seperti biasa rutin harian Sulaiman mengaji al-Quran dan kemudian tepat jam 7.00 pagi dia akan pergi ke kedai Mak Tam untuk bersarapan.

Semenjak kematian kedua orang tuanya 3 tahun yang lalu, tempat kedai Mak Tamlah yang menjadi dapur dan pengisi perut Sulaiman.

“Assalamualikum, apa khabar ustaz?” tanya Pak Tam.

“Waalaikumusalam, baik-baik aja. Alhamdulilah dengan berkat dan doanya.”

“Semalam Salmuni ada cakap dengan saya, ustaz ada datang di rumah tetapi lepas tu ustaz terus balik.” Tanya Pak Tam untuk mendapatkan kepastian cerita yang diberikan oleh Salmuni.

“Ya Pak Tam. Semalam saya memang ada ke rumah Pak Tam tetapi saya terlihat satu wanita di sana dan terus saya pulang ke rumah. Saya memberi salam tidak ada yang menyahut, tetapi ada wanita itu di luar rumah terus saya pulang ke rumah kerana khuatir ada mata yang melihat dan mulut yang menabur fitnah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience