BAB 1

Romance Completed 5854

Sulaiman Diwan merupakan seorang Mahasiswa MA, Universiti Al Azhar, Kaherah dalam Fakulti Usuluddin, Jurusan Hadith. Beliau merupakan junior kepada Ustaz Haji Dhwalan Sierenajo yang berasal dari Bogor, Indonesia dan kini menjadi penceramah bebas di Malaysia.

Dari tahun pertama hingga tahun terakhir, dia masih lagi mencari makna erti cinta dalam kehidupan sebenarnya. Syurga cinta yang diidamkan dari Ilahi mungkin belum sampai ke bisikan telinga.

Bukan itu sahaja, dia semakin tertekan apabila rakan-rakan baiknya semua sudah mempunyai pacar, tetapi dia belum lagi mempunyai pacar.

“Adakah cinta untukku, ya Tuhan” itulah ungkapan yang sering dibisikan di sudut jauh yang terdalam. Ada cinta tetapi tidak dihargai, malah dicurangi.

Ada cinta tetapi tidak disayangi, malah dimarahi dan dibenci. Tapi bagi Sulaiman, cinta yang diharapkan belum jua tiba meskipun dia seorang lelaki yang sempurna dan kacak.

Sulaiman memandang tepat ke arah luar jendela sambil menunggu seruan azan. Hatinya sudah berhenti berdesir dengan kata cinta. Tiada lagi cinta kepada seorang wanita kepadanya.

Hari demi hari ditunggu cinta sejati namun tiada yang datang kepadanya. Usianya telah dimakan tahun, dia bukan lagi seorang remaja yang lincah, dan mempunyai kecerdasan sebagai remaja biasa, tetapi dia seorang remaja yang meningkat usia yang hampir matang. Dalam usia 34 tahun, masih belum ada yang bertakhta di hati.

“Mungkinkah aku cerewet dan memilih dalam soal jodoh?” desas desus yang tidak pernah surut dalam kotak pemikirannya.

“Aaa….tidaklah. aku bukan seorang yang memilih dalam mencari pasangan hidup. Mungkin ini bukan masanya untuk aku berjodoh. Jika ini takdirku, akanku tunggu” benak Sulaiman untuk memujuk hatinya yang semakin berkecamuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience