BAB 6

Romance Completed 5854

“InsyaAllah cu. Tuhan tu maha pemurah. Tengok sahaja dengan doa nabi Sulaiman, Allah memenuhi doa umatnya yang soleh. Jadi cucu mesti jadi budak baik dan jangan tinggal solat supaya semua doa-doa cu, didengar oleh Allah.” Jelas Haji meeor ja’afar.

Sulaiman tersenyum sipu sebaik mengingatkan memori silam sewaktu bersama dengan datuknya. Ada benarnya juga, dia mesti berdoa agar doanya didengar oleh Allah.

Pagi yang hening, pagi jumaat yang indah saat itulah pagi yang membawa berkah dan banyak membawa rahmat. Hari bagi segala penghulu dan doa yang dimakbulkan olehNya, InsaAllah.

Sulaiman berjalan kaki seorang diri pergi ke rumah jiranya, Wan Salmi dan Wan Salmuni, pasangan kembar yang menjadi rakan baiknya sejak kecil lagi. Wan Salmuni menjadi setiausaha penting kepada salah sebuah syarikat yang paling berpengaruh di ibu kota.

Manakala Wan Salmi menjadi tenaga pakar di Hospital Mersing dan kini merupakan pelajar master jurusan ornitologi. Sebagai kakak kepada Salmi, Salmuni rasa hairan dengan sikap adiknya kerana mengambil jurusan yang berlainan daripada bidang pekerjaannya. Bila ditanya mengapa mengambil dalam bidang Ortologi jawapanya jelas dan ringkas

“kerana aku suka dengan burung dan ingin mengkaji burung” Kata gadis cantik dan ayu yang pernah menaruh hati kepada Sulaiman namun dipendam di dalam hati kerana sedar cintanya bertepuk sebelah tangan.

“Assalamualaikum…” salam Sulaiman sebaik sahaja berdiri di muka pintu rumah Mak Tam, iaitu ibu kepada Salmi dan Salmuni.

Tiada balasan dan jawapan yang didengar. Sulaiman melihat keadaan sekeliling. Dilihat kereta Salmuni masih lagi ditempat parkirnya. Dilihat sepatu, selipar dan kasut anak-anak kecil mungkin anak Salmuni ada dimuka pintu namun tiada seorang pun bernyahut. Sulaiman berasa hairan lalu dia menjenguk ke dalam dari luar jendela yang berjaring.

“Waalaikumusalam…” tiba-tiba satu suara terus menerpa Sulaiman dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience