BAB 7

Romance Completed 5854

Sulaiman terus memaling dan terkejut, wajah yang tidak dijangka akan muncul di hadapannya. Bukan wajah Mak Tam, Salmi mahupun Salmuni, tetapi wajah ayu yang belum pernah dikenalinya. Sulaiman hanya terkaku kelu dan malu lalu beredar pergi tanpa berkata apa-apa. Pipinya merah dan kurang selesa berdua-dua dengan perempuan yang belum dikenalinya.

Gadis yang perkaian baju kurung berbelang biru cair itu hanya mampu memandang. Dia mula memandang dari jauh setelah kelibat Sulaiman bergegas menuju ke luar halaman rumah. dari jauh, Sulaiman mula berpaling melihat kelibat gadis itu.

Gadis itu masih memandang ke arah Sulaiman lalu Sulaiman memalingkan mukanya kembali. Malunya kian menebal dan meneruskan perjalanan.

“Balqis, siapa yang datang tadi tu?” dengan tidak semena-mena datang satu suara dari dalam rumah.

“Oh, kak muni. Entah, ada seorang lelaki datang sini tapi lepas tu dia pergi tanpa kata apa-apa, qis hairan” jawab Balqis Qistina seorang anak tokoh korporat yang terkemuka di Kuala Lumpur, iaitu Tan Sri Borhanuddin Finer Syah yang memiliki rangkaian perniagaan di seluruh malaysia.

“Lelaki? Mungkinkah Sulaiman?” benak Salmuni.

“Lelaki tu macam mana qis? Adakah dia tinggi? Kulitnya putih dan badannya tegap?” tanya Salmuni.

“ya kak, itulah orangnya.”

“Kalau macam tu, itulah Sulaiman yang akak pernah ceritakan kepada Balqis dulu.”

“Itu ke orangnya? Tidak sangka kak. Indah rupa dari khabar.”

Balqis tersenyum sipu dan mula menaruh hati kepada Sulaiman. Inilah yang dinamakan cinta pandangan pertama. Tetapi benarkah Sulaiman untuk Balqis atau itu semua hanya indah dipermulaannya sahaja. Belum sampai kemuncak cerita, semuanya jadi berantakan. Itu bukan cinta namanya, jika cinta hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hidup hingga ke akhir hayat. Semuanya ditentukan oleh maha kuasa. Balqis mendiam membisu lalu beredar masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience