BAB 14

Romance Completed 5854

Sulaiman meneruskan inti ceramahnya

“Baiklah, kita teruskan berkaitan cinta. Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

“Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.” Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.” Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.” Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,

“Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung” Para jemaah mendengar penuh dengan tekun dan semakin menarik cerita yang disampaikan oleh Sulaiman.

“Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,

“Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,

“Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.” Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu, iaitu orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia, orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia dan orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.Rasulullah S.A.W telah bersabda,

“Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima, iaitu mereka cinta kepada dunia tetapi mereka lupa kepada akhirat, mereka cinta kepada harta benda tetapi mereka lupa kepada hisab, mereka cinta kepada makhluk tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq, mereka cinta kepada dosa tetapi mereka lupa untuk bertaubat dan mereka cinta kepada gedung-gedung mewah tetapi mereka lupa kepada kubur.” Sambungnya dengan panjang lebar.

Setelah selesai ceramah ringkas itu, Tan Sri Borhanuddin Finer Syah mula teringat di mana dia berjumpa dengan Sulaiman. Dia terus menuju ke arah Sulaiman untuk mendapatkan kepastian.

“Assalamualaikum…” Salam Tan Sri Borhanuddin Finer Syah.

“Waalaikumusalam, ya saya. Boleh saya bantu” Jawab Sulaiman.

“Anak muda, kamu tidak mengenali saya?”

“Maaf, jika benar kita pernah berkenalan atau berjumpa, saya tidak ingat. Di mana ya?”

“Awak telah selamatkan saya dalam kejadian 3 tahun yang lepas. Ingat lagi tak?”

“Kemalangan 3 tahun lepas?” Benak Sulaiman.

Dia baru teringat akan lelaki yang berada di hadapannya. Kemalangan tiga tahun lepas yang mengakibatkan kematian kedua orang tuanya. Masih terbayang-bayang bagaimana ibu dan bapanya terbakar di depan mata. Kejadiannya bermula apabila dua buah kereta bertembung dan terherat lalu terguling-guling di atas jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience