BAB 4

Romance Completed 5854

Selain itu, terlihat kitab-kita Subulus Salam karya Imam asy-Syan’ani yang merupakan lanjutan dan penerangan kepada kitab Bulughul Maram yang disusun oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani yang diberikan oleh Ustaz Haji Dhwalan Sierenajo yang dibawa jauh khas dari Pontianak, Kalimantan.

Terdapat juga beberapa kitab tafsir yang diberikan oleh rakan ayahnya, Malinjo Haji Kilolo seorang ulama terkenal di Yokjakarta dan juga merupakan pelajar pintar kelahiran universiti Al Azhar sekitar tahun 1980-an.

Di samping itu, terdapat juga kitab Tafsir Jalalain dan kitab al-Hikam yang menjadi pelengkap kepada kitab Subulus Salam yang dibelinya melalui orang tengah di salah sebuah kedai kitab-kitab Islam terkenal di Kajang.

Mata Sulaiman terus melirik ke satu buku hitam, iaitu buku catatan hariannya. Lalu dibuka muka surat terakhir dan ditatap catatan terakhirnya yang bertarikh 2 April 2010, iaitu beberapa bulan yang lalu. Sebaik sahaja melihat catatan tersebut, hati Sulaiman terus luntur.

Dia melihat, satu lakaran dan catatan tujuan hidupnya. Dalam catatan tersebut terdapat 4 cabang utama tujuannya hidup. Yang terakhir belum lagi dilaksanakan iaitu jodoh. Lalu dikatup buku tersebut dan menghela nafas panjang. Mungkin ini belum jodohnya.

Sebelum tidur, Sulaiman tersenyum sebaik sahaja teringat kisah perbualannya dengan atuknya, Haji Meor Ja’afar Meor Daud.

“Atuk kenapa mak dan ayah namakan man dengan nama Sulaiman? Kawan-kawan ada yang mengejek katanya nama man tu dah ketinggalan zaman,” ujar Sulaiman.

“Mari sini cucu atuk. Duduk dekat dengan atuk,” Sulaiman yang duduk beberapa meter dari atuknya mula mengheret punggungnya dan duduk bersebelahan dengan Haji Meor Ja’afar.

“Man tahu tak, Sulaiman tu salah seorang nabi yang wajib kita ketahui. Nabi Sulaiman adalah salah seorang putera Nabi Daud. Sejak dia masih kanak-kanak berusia sebelas tahun, dia sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian di dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience