BAB 13

Romance Completed 5854

Azan Zuhur mula berkumandang dan memecah alam yang sunyi dengan keriuhan aktiviti manusia. Celah ruang rumah Mak Tam membuatkan azan itu semakin kuat kedengaran.

Tan Sri Borhanuddin Finer Syah terpegun dengan kelunakan suara yang mengazankannya. Tanpa membuang masa mereka semua terus menuju ke masjid. Teringat akan satu sabda yang menyatakan, jika seseorang terdengar azan tetapi tidak pergi menuju dan solat di masjid, solat yang akan didirikan hanya sia-sia.

Lalu dengan lantas, seluruh isi rumah menuju ke arah masjid dengan harapan dapat menunaikan suruhan Ilahi. Kebetulan pada masa itu ada satu ceramah singkat yang disampaikan secara bergilir-gilir oleh ahli masjid.

Sulaiman yang sentiasa bersolat di masjid hadir seperti biasa. Dia melihat kereta yang terparkir di hadapan rumah Mak Tam, kini terparkir di hadapan masjid. Dia mula hairan dan membiarkan kehairananya berlalu begitu sahaja.

Selesai solat, dibaca tahlil ringkas dan bermulalah satu ceramah ringkas. Kebetulan ketika itu giliran Ustaz Sulaiman, seorang ustaz muda satu-satunya di kampung itu. Sulaiman mengambil tempat di hadapan jemaah sambil membacakan beberapa surah suci al-Quran dan bertasbih sebelum memulakan inti cermahnya.

“Assalamaualaikum, bersyukur kita kerana memberi ruang dan waktu, memberikan kita bernafas untuk menghadiri majlis ilmu pada hari ini. Ingatlah, kita ini hanya pinjaman dan bila-bila sahaja kita ini akan dijemputnya. Ini ceramah saya ini berkaitan dengan cinta, sungguh saya tidak pernah jatuh cinta selain daripada Allah dan kedua orang tua yang telah pergi menemuiNya. Saya masih lagi mencari cinta sehingga sekarang ini. Tapi itu bukanlah inti ceramah saya…” Ujar Sulaiman sambil tergelak.

Jemaah yang hadir juga turut menguntumkan senyuman termasuk Tan Sri Borhanuddin Finer Syah, Puan Sri Umu Khaltum, Mak Tam, Pak Tam dan Balqis. Balqis hanya memadang Sulaiman dengan pandangan yang penuh erti.

Tan Sri Borhanuddin Finer Syah pula memandang Sulaiman seperti mengenali anak muda itu. Tetapi kerap dia memikirkan siapa pemuda yang pernah dijumpainya, namun gagal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience