Bab 2: Who are they?

Romance Series 1511

Kring... Kring... ?????? (menandakan waktu rehat)

"Hi girls. Jum makan. Laparlah." Rengek Lieynn. Lieynn memang mempunyai sifat manja sikit. Orangnya manis, comel dan pendek. Hobinya suka main gitar, menyanyi dan menari dan paling penting suka ambil gambar. Dia juga sangat suka makan. Katanya mau cepat besar biar orang tidak membulinya.

"Jomlah. Perut pun berbunyi sudah ni." Jawab Rieyka. Rieyka orangnya comel tapi nampak ganas juga terutamanya bila ada lelaki(ketawa). Hobinya suka menari, aktiviti lasak dan jaguh memasak. Diluar nampak ganas, tapi dalamnya lembut.

"Ieyla jom! Dahlah tu baca buku." kata Nfiey. Nfiey ialah seorang ahli paling muda. Nfiey comel dengan perwatakan yang pelbagai. Orangnya lucu, ceria dan suka buat orang tertawa. Hobinya suka menyanyi, makan, dan suka melihat drama.

"Ok, Nfiey. Aku stop baca sekarang." jawab Ieyla. Ieyla seorang yang pendiam. Banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku novel, komik dan apa saja buku yang ada. Dia digelar ulat buku oleh orang lain. Namun tak telihat betul ulat bukunya sebab dia seorang yang aktif dalam berolahraga. Ieyla dan Rieyka juga merupakan adik beradik sama macam Trieycia dan Lieyla.

Setelah itu, mereka pun berjalan bersama-sama menuruni anak tangga menuju ke arah kantin sekolah. "Besarnya kantin. Ni kantin atau restoran?" kata Nfiey tercengang melihat suasana kantin tersebut. Ruangan itu sangat cantik bagaikan restoran mewah. Makanan pun dihidang ala-ala makanan orang berada. Angels pun tanpa buang masa terus beratur panjang untuk mengambil makanan.

"Untung kita punya biasiswa kecil. Tengok hasilnya memuaskan hati. Boleh dapat makan sampai kenyang." kata Lieyla. Lieyla merupakan adik Trieycia. Ramai mengatakan mereka adalah kembar namun bukan. Lieyla seorang yang pendiam, suka buat hal sendiri. Hobinya suka dengar lagu, menonton drama dan membaca novel. Di luar nampak biasa namun di dalamnya sangat luar biasa kerana orangnya sedikit tegas.

"Guys... Saya tunggu korang kat tepi tingkap tu ya." kata Trieycia yang sudah pun selesai mengambil makanan. Mereka mengangguk tanda memahami kata Trieycia. Trieycia seorang yang sedikit matang dan tegas diantara mereka. Dia seorang yang dihormati oleh kawan-kawannya kerana sifat yang penyayang dan suka mengambil berat akan yang lain. Orangnya sedikit cepat mengalah, namun dia selalu di sokong oleh kawan-kawannya, iaitu Angels. Itulah kekuatannya.

Setelah yang lain selesai mengambil makanan, mereka pun duduk di meja yang diduduki oleh Trieycia tadi. Belum mereka sempat menjamah makanan, teriakan datang lagi. "B-Wolf!!!!!!"

"Again... " kata Rieyka.

"Korang nak tahu tak?" Kata Lieynn. Lantas membuka telefonnya.

"B-Wolf ni, cucu kepada presiden Datuk William pemilik sekolah ni. Bukan setakat sekolah ni, banyak lagi perniagaan yang beliau buat. Macam tu syarikat kereta import dari luar negara, perladangan dan pertanian.. hurmm... banyak lagi lah. No wonder lah, muka diorang lawa yalah sebab diorang punya mak bapa pun bukan calang-calang. Ada yang kacukan. Perghh... " jelas Lieynn.

"Dari sumber mana kau dapat ni?" tanya Ieyla.

"Alaa.. Tak kan kau tak kenal aku. Lieynn gitu. Hahaha.... Oh ya. Korang nak tahu siapa diorang? Tu lelaki yang comel-comel tu, namanya Alvin seorang anak tunggal dan bapanya seorang CEO di entertainment industry di Malaysia. Kiranya Alvin ni, sudah ada bahagian sendiri dalam dunia entertainment. Yang pakai anting-anting tu namanya Leo, rambut berpacak tu namanya Edward dan satu lagi Christian yang tinggi tu. Haaa. mereka bertiga ada pertubuhan kumpulan sendiri tau. Kira diorang ni samseng lah. hahaha... Yang satu pakai jaket tu, namanya Kelvin punya restoran sendiri diluar negara dan dalam negara kita ni. Bapanya chef yang top 10 tu, siapa tu... hurmm... Lupa dah. Dan yang lelaki pakai anting-anting hitam, putih melepak tu, hahh.. tu lah Jay just nama samaran jer. I tak tahu full name apa. hahaha.. Dia tu punya segalanya dan paling dihormati lah kata orang." jelas Lieynn. Mereka berlima bertepuk tangan tanda kagum dengan penjelasan Lieynn.

"Hebatlah, Lieynn. Tak sangka punya cousin sehebat kau ni. Hal-hal sebegini cepat betul kau dapat. hahaha..." kata Nfiey. Semua tertawa.

"Nanti aku belanja kau makan ya" sampuk Trieycia tersenyum.

"Lieynn jak? Habis tu kita orang? " celah Lieyla dengan menunjukkan ekspresi muka sedih.

"Alala... Kalau begitu semua lah aku belanja. Belanja bakso jak lah. hahahaha..." jawab Trieycia. Semua tertawa.

Kring... Kring... (menandakan waktu rehat tamat)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience