Bab 6: It's Working!

Romance Series 1511

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Alvin dan Nfiey pun tiba di pintu utama mall tersebut.

"Diorang dah pulang. Hmm... " keluh Nfiey. Alvin memegang kepalanya sambil tersenyum.

"Tak. Tengok tu." balas Alvin, sambil jarinya menunjuk ke arah sekumpulan gadis datang ke arah mereka.

"Ya ampun, Nfiey..." kata Trieycia terus memeluk Nfiey. Yang lain turut memeluknya.

"Aku minta maaf." kata Nfiey, lemah. Angels tersenyum. B-Wolf hanya memerhatikan tingkah mereka.

"Dah. Dah. Jom balik." tegas Jay, ketika melihat kereta sudah tiba tepat di tempat mereka berdiri.

[Kediaman Datuk William]

"Wah...tersenyum-senyum nampak?" sakat Rieyka ketika melihat tingkah laku Nfiey berubah ketika balik dari mall tadi.

"Salah kah?" balas Nfiey. Terus berjalan ke katilnya.

"Alaa... ada orang tu bahagia. Tak begitu?" sampuk Lieyla. Yang lain hanya tersenyum sahaja melihat tingkah mereka.

"Untung dia kan." sampuk Ieyla, yang baru selesai bersiap mengenakan baju tidur.

"Hahaha... sangat untung. Hey! Nfiey! Padanlah korang." celah Lieynn yang dari tadi menguruskan kukunya.

"Alaa... tiada apa-apa pun yang berlaku antara kami. Betul." balas Nfiey tenang.

"Kalau tak ada apa-apa yang berlaku. Tu muka tu kenapa bertukar merah?" kata Rieyka ketika melihat muka Nfiey yang menahan malu. Semua tertawa.

"Dahlah. Jom tidur puteri-puteri." celah Trieycia yang dari tadi berdiam diri.

[Bilik B-Wolf]

"Amboi, termenung jauh nampak. Tengah fikir apa tu?" sampuk Kelvin, memukul bahu Alvin yang duduk termenung melihat tikus belandanya.

"Tak ada apa-apa. Dia sangat comel." balas Alvin selamba.

"Dia??? " Kelvin kehairanan. Alvin yang tersedar dari lamunannya terus ubah topik.

"Esok kita buat apa?" tanya Alvin kepada Jay terus meninggalkan Kelvin.

"Esok nak pergi lumba kereta. Nak?" sampuk Edward.

"Aku nak rehat." balas Jay, terus berbaring di katilnya.

"Alaaa....." keluh Edward.

"Oh ya! Aku ada idea." kata Jay, membuat mereka sedikit terkejut.

"Game?? " tanya Leo. Jay tersenyum.

"Yes. Game. Esok aku nak buat mereka histeria." balas Jay. Mereka kehairanan.

"Kau nak buat apa?" tanya Leo.

"Alvin. Boleh pinjam tak tikus kau tu?"

"Huh? Kau nak buat apa dengan anak aku?" tanya Alvin, sedih.

"Tak buat apa-apa pun. Cuma nak pinjam kejap je." balas Jay. Alvin angkur.

[Keesokan malam]
Tepat pukul 10 malam. Keadaan rumah itu sunyi sepi dan kelihatan Angels sudah pun terlelap. Terlihat suatu bayang-bayang sedang perlahan-lahan berjalan menuju ke bilik Angels. Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka dan 2 ekor tikus keluar dari sangkar masuk menuju ke dalam bilik Angels.

Selang beberapa minit, Lieynn terjaga dari tidurnya dan terus bangun malas menuju ke arah bilik mandi. Tidak lama kemudian... Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!! Teriak Lieynn, membuat yang lain terjaga.

"Kenapa? Kenapa? " tanya Ieyla yang terkejut bagaikan mahu tercabut jantung disebabkan teriakan Lieynn.

"Ti.. ti.. tikus!!!!!!!! " semua berteriakan sebaik sahaja Lieynn memberitahu akan hal itu.

"Dari mana muncul tikus tu? Alamakkkkk..." celah Lieyla, yang siap mengurung dirinya di dalam selimut.

"Nfiey, tolonglah!" panggil Rieyka. Nfiey dengan malas-malas turun menuju ke arah tikus bersembunyi. Mencari keberadaan tikus itu berada.

"Dah jumpa." katanya ringkas. Semua mengeluh. Syukur.

"Thank you... You are my heroin! " kata Lieynn sebaik sahaja Nfiey membawa tikus tersebut dan disimpankan ke dalam kotak.

B-Wolf yang terkejut dengan teriakan Angels, tertawa. Berjaya! Sorak Jay keriangan kerana rancangannya berjaya.

"Jay. Kalau anak ku ada apa-apa, siap kau." cemuh Alvin. Jay terus ke arahnya sambil memegang bahunya.

"Don't worry buddy. Mereka tak apa-apa." balas Jay tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience