Bab 13: Cerita Lieynn

Romance Series 1511

Pagi yang cukup menyenangkan, awal pagi lagi Lieynn keluar berjalan mengambil gambar keindahan kawasan kediaman Dato'William.

'Perfect!' bisik Lieynn dalam hati sambil tersenyum. Dia berjalan menuju ke titian kecil tepi tasik dimana disitu ada sebuah sampan kecil menarik perhatian Lieynn. Tanpa berfikir lagi, dia terus naik ke sampan tersebut. Lalu meneruskan lagi sesi mengambil gambar.

Lieynn tidak menyedari dia sudah jauh dari titian tersebut. Dia mula panik. Dayung? bisiknya. Namun, tiada satu pun dayung berada di situ.

Kelihatan sosok tubuh seorang lelaki keluar dari balkoni untuk menghirup udara segar di pagi hari. Nyaman. katanya. Edward membuat senaman ringan dan dia terdiam seketika.

"Err... siapa pula awal-awal pagi membuta di tengah tasik tu?" katanya sendirian. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh seseorang dari belakangnya. Edward terperanjat. Leo?! geramnya.

"Kau apasal tengok-tengok semacam tu?" tanya Leo.

"Tak... aku ternampak seseorang kat sana." balasnya sambil menunding jarinya ke arah tasik. Leo pun cuba untuk melihatnya dengan jelas.

"Ituu bukann........ Lieynn?" balas Leo, tersentak.

"Apa dia buat kat sana tu?" kata Leo. Tanpa berfikir panjang, dia terus berlalu meninggalkan bilik tersebut.

"Leooo????? " panggil Edward, namun telah diedahkan oleh Leo yang berlalu begitu saja.

"Err... macam mana ni..." cemas Lieynn yang mula panik dengan situasinya.

"Lieynn!!!!!!!" kedengaran suara memanggilnya dari jauh. Lieynn tidak seberapa melihat kelibat orang itu, tapi jelas kedengaran suara itu milik seseorang dia kenal.

"Siapa di sana?" balas Lieynn yang mula menjauh dari daratan.

Tanpa berfikir panjang kerana tiada sampan untuk dinaiki, Leo terus terjun ke dalam tasik berenang ke arah Lieynn. Lieynn terdiam seketika. Kelihatan seseorang mula menghampirinya. Leo? bisik Lieynn sambil tersenyum.

"Leo?" kata Lieynn, melihat Leo sudah naik ke atas sampan tersebut. Melihat keadaan Leo yang basah melecun membuat Lieynn tidak dapat menahan diri dari melihat badannya terus mengambil gambar Leo tanpa dia sedari. Leo memandangnya sambil tercungap-cungap.

"Lieynn..."katanya lembut terus merenung wajah Lieynn yang kelihatan pucat. Leo terus merapati dirinya ke arah Lieynn. Lieynn tersentak.

"Kenapa kamu ada kat sini?" tanya Leo. Lieynn tidak membalas soalannya.

"Lieynn?"kata Leo.

"Arh?" balas Lieynn mula kalut.

'Dia ni... nak goda aku kah apa?' bisik Lieynn dalan hati sambil tersenyum-senyum.

"Kau buat apa kat sini? Macam mana boleh ada kat sini?" tanya Leo.

"Aku sebenarnya, nak tangkap gambar jak." balas Lieynn tenang.

"Huh? Tu jak?"

"Iya. Tapi, bila aku nak balik, dayung tak ada." balas Lieynn sambil tersenyum. Leo mengeluh.

"Hm... tak apa lah. Susah nak balik kalau dah jauh ni. Er... saya bawa kamu ke suatu tempat. Nak? " tanya Leo. Lieynn terkejut.

"Hah??? Kamu nak culik aku kah?" tanya Lieynn mengelabah. Leo tertawa.

"Iya. Aku nak culik kau. hahahahaha! " balas Leo. Lieynn mula cemas

"Hmmm.... janganlah. Aku masih suci ni." balas Lieynn mula panik.

"Hahaha... taklah. Saya nak bawa kamu ke pondok sana. Janganlah buat muka macam tu, hodoh. Hahaha..." kata Leo ketika melihat muka Lieynn mula rasa takut.

'Comel juga dia ni.' bisik Leo.

Menolak perahu menggunakan selipar... sehingga sampai ke daratan dimana pondok itu berada.

"Dah sampai. Jom." pelawa Leo, apabila selesai mengikat tali perahu di titian tersebut.

"Wah... ini tempat apa?" kata Lieynn mula kagum melihat sekeliling pondok tersebut. Indah dan menyenangkan kerana banyak pokok bunga dan beberapa jenis tanaman lain berada di situ mengindahkan kawasan pondok usang itu.

"Inilah dunia kami." kata Leo terus menarik tangan Lieynn lalu membawanya naik ke pondok tersebut. Leo membuka pintu dan Lieynn tersentap.

"Wahhhhhh.... cantiknya.... " kata Lieynn terus masuk ke dalam pondok tersebut. Di dalam pondok itu terlihat sangat mewah dan tersusun rapi. Kelihatan ada beberapa jenis permainan, peralatan muzik, sofa, katil, dapur kecil memenuhi ruangan.

"Tempat apa ni?" tanya Lieynn.

"Ini namanya Dreamland. Tempat lepak, tempat menenangkan diri. " balas Leo, terus membuka bajunya yang basah. Lieynn tersentak melihat Leo. Badannya yang sasa mempunyai beberapa kesan parutan namun terlihat sangat menawan.

"Lieynn?" kata Leo. Lieynn berpura-pura dengar lalu ke arah gitar yang berada di atas sofa tersebut.

"Pandai main?" tanya Leo. Lieynn menggelengkan kepalanya. Leo tersenyum lalu mengambil gitar tersebut lalu memainkannya.

"Lieynn... Saya ada nak cakap sesuatu." kata Leo, terus memberhentikan petikkan gitarnya terus memandang Lieynn yang sedang seronok melihatnya bermain gitar.

"Ya? Apa tu?" tanya Lieynn selamba.

" Be my girlfriend..." balas Leo. Lieynn tersentap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience