Bab 12: Pelik?

Romance Series 1511

Sudah 2 hari Trieycia menghilangkan diri, Angels tetap berasa tidak nyaman dengan situasi sebegitu. Jarang dan jauh sekali Trieycia menghilang begitu sahaja tanpa memberitahu tentang keberadaannya.

Kedengaran satu panggilan masuk di telefon Lieyla. Lieyla menyambut panggilan tersebut.

"Kak?" kata Lieyla. Yang lain terus memandang Lieyla yang sedang menjawab panggilan tersebut. Lieynn terus meminta telefon Lieyla.

"Trieycia, kau kat mana ni?????? Kita orang risau tau." kata Lieynn.

"Aku okey jer. Hahaha.... " balas Trieycia.

"Err... kau kat mana sekarang?" tanya Lieynn.

"Secret.... hihi... " jawab Trieycia, tertawa.

"Aku serius lah bukan main-main."

"Okey. Okey. Aku kat rumah auntie Laura." balas Trieycia selamba.

"Apa???? Kau ni.... Dah. Kitaorang pergi kat sana ya?" kata Lieynn lagi.

"Nak buat apa? Ehhh tak perlu lah." belum sempat Trieycia menghabiskan ayatnya, Lieynn terus mematikan panggilannya. Trieycia hanya tersenyum sahaja.

Trieycia sibuk membantu Puan Laura di restorannya kerana hari minggu sebegitu, ramai pelanggan datang. Tidak lama kemudian, muncul 3 buah kereta mewah berwarna hitam, biru dan merah berhenti di hadapan restoran Puan Laura. Mereka di dalam restoran itu, terkejut dengan kehadiran orang tak dikenali. Perlahan-lahan Puan Laura menghampiri pintu utama untuk melihat gerangan yang datang.

"Auntie Laura!!!!! " teriak Angels ketika mereka keluar dari perut kereta tersebut. Puan Laura tersentak dan tersenyum lebar.

"Auntie!!!!!! Kita orang sangat rindu sama auntie." kata Lieyla terus memeluk erat auntie Laura.

"Alaa... Auntie pun rindu kamu juga. Dah jom masuk. Datang jauh-jauh pasti lapar." balas Puan Laura sambil tersenyum.

"Sangatlah lapar. Ada menu baru ke, auntie?" tanya Rieyka sambil tersengih.

"Ada. Jom masuk dan para lelaki ni mesti cucu....." kata Puan Laura ketika matanya tertarik melihat kedatangan sekumpulan lelaki di hadapannya.

"Dato'William." balas Kelvin.

"Oh iya. Dah jom masuk. Auntie ada sediakan makanan untuk kamu." kata Puan Laura. Mereka hanya menurut dan mengikutinya dari belakang.

Setelah makanan siap terhidang di hadapan mereka, mereka bersama-sama menjamu selera.

"Wahhhh... Sangat sedap. Apa nama menu ni?" kata Kelvin berasa kagum dengan keunikan makanan tersebut.

"Ini masakan biasa jer, sayur pucuk ubi campur santan." balas Puan Laura selamba.

"Patutlah.... " balas Kelvin.

"Auntie nak tahu tak? Trieycia menghilang begitu jak dua hari ni." sampuk Lieynn. Puan Laura tertawa. Mereka hairan.

"Dia tak hilang. Dia balik kat rumah ni. Dia sakit." balas Puan Laura. Mereka tersentak. Sakit?

"Trieycia sakit?" tanya Ieyla.

"Ya." balasnya ringkas.

"Kenapa dia tak bagitau kita orang. Trieycia ni jahatlah." cemuh Lieynn.

"Dia tak nak susahkan kamu. Lagipun auntie ada juga nak buat panggilan tentang keberadaannya tapi dia halang auntie bagitau." balas Puan Laura. Angels terkedu. B-Wolf pun tidak dapat mengeluarkan kata-kata.

"Sorry... " sampuk Trieycia yang muncul dengan membawa buah-buahan.

"Trieycia ni.. hmmm... " celah Rieyka.

"Apa? Hahaha... dah.. dah. Ni mangga aku dah potong, tinggal makan jak." balas Trieycia sambil tertawa.

"Penat tau aku pi jolok dia... Makan ya. Favourite korang ni." katanya lagi sambil tertawa. Mereka pun turut tertawa.

Hari pun sudah gelap, mereka pun tidur. Puan Laura dan Uncle Robert pun sudah masuk tidur. Trieycia masih terjaga, berjalan menuju ke dapur untuk mengambil air minum. Tiba-tiba tangannya di tarik oleh seseorang membawanya keluar dari rumah itu.

"Apa ni?" kata Trieycia terus meleraikan pegangan tangan tersebut dari tangannya.

"Aku.... Kau kenapa menghilang?" kata Jay.

"Apa masalah kau kalau aku hilang?" balas Trieycia mendengus.

"Kau jealous?"

"What???? No." balas Trieycia.

"Dah kenapa kau hilang lepas tu tetiba sakit tak bagitahu orang. Kau tau tak diorang risau?" jelas Jay.

"Jangan nak sibuk pasal orang. Dah.. dah... aku tak nak bertekak sama kau sekarang ni. Aku nak masuk" terang Trieycia cuba membuka langkahnya namun terhenti. Jay menghalangnya terlebih dahulu.

"Aku minta maaf. " kata Jay perlahan.

"Kau dah kenapa ni?" tanya Trieycia kehairanan.

"Trieycia, aku minta maaf sangat-sangat. Aku... confused. Berapa hari ni, aku berasa amat tertekan dan berasa amat bersalah dengan apa yang aku buat. Aku minta maaf." jelas Jay.

"Err ... aku tak seberapa faham dengan apa kau sampaikan. Err... aku nak masuk tidur. Err.. Good night." balas Trieycia, terus meninggalkan Jay terpinga-pinga sendirian di luar rumah.

"Tetiba jak berperangai pelik.... urgh. Kejap baik kejap tak. Hairan. " kata Trieycia sendirian.

Keesokan paginya, mereka pun meminta izin Puan Laura untuk balik ke kediaman Dato'William.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience