Bab 9: It's Holiday!

Romance Series 1511

Cuti pertengahan tahun pun bermula. Tujuan Dato' William balik ke rumah disebabkan ingin membawa B-Wolf dan Angels untuk bercuti di Hawaii. Sudah sekian lama ingin bercuti bersama akhirnya tertunai juga.

"Aloha!!! " kata Lieynn apabila melihat suasana Hawaii yang begitu cantik.

"Tak sangka Hawaii secantik dan seindah ini." kata Nfiey ketika melihat pantai dan laut yang membiru di balik cahaya matahari yang mula terbenam.

"Tapi tak setanding kamu."sampuk Alvin. Nfiey tersipu-sipu malu. Mereka di dalam kereta itu tertawa.

"Sejak bila kamu pandai berkata-kata ni?" celah Edward.

"Sejak aku mengenal dia." balasnya lagi.

"Alvin... sedar lah."sampuk Jay.

"Alaa... bro. Tgh sedar dah ni. Kitaorang semua dah sedar. Kau bila lagi?" balas Alvin tersenyum sinis.

"Lantaklah." Jay terus menutupi kepalanya dengan orang topi jaket.

"Err... Encik Lee? Kitaorang menetap kat mana?" tanya Trieycia.

"Kita akan menetap kat Four Seasons Resort Hualalai." balas Encik Lee. Tempat penginapan yang cukup mewah dan terkenal dengan keindahan alam serta kawasan tersebut yang berhampiran dengan pantai.

Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di resort berkenaan. Barang-barang pun sudah dibawa naik ke bilik.Tiba di bilik, Angels pun terus merebahkan terus badan di atas katil. Penat.

"Esok nak buat apa?" kata Lieyla yang dari berbaring terus duduk di sisi katil sambil merenung mereka berbaring.

"Esok nak buat barbeku di tepi pantai.." jawab Trieycia.

"Yakah, Trieycia? Wahh.. dah lama tak buat. " celah Lieynn.

"Dah.. dah.. Sudah seharian kita jalan. Penat ni. Korang mandi, bersiap. Nanti, kita makan malam." balas Trieycia.

"Ok! Siap!" balas mereka.

Setengah minit kemudian, mereka pun bersiap lalu bergerak menuju ke sebuah restoran dimana Dato' William dan B-Wolf menunggu. Tiba di restoran berkenaan, kelihatan ramai pengunjung datang menikmati makan malam yang cukup lazat. Datuk William dan B-Wolf sedang menikmati makanan yang terhidang di atas meja.

"Wahhh.... sedapnya." kata Rieyka.

"Jom makan." balas Datuk William.

"Kalau tak cukup, tambah lagi " katanya lagi.

"Thanks, grandpa" serentak Angels terus menikmati makanan tersebut.

"Esok, korang jalan-jalan lah tengok Hawaii ni. Hawaii juga dikenali sebagai Aloha iaitu cinta dan kasih sayang. Kat sini lah grandpa jumpa grandma kamu." kata Dato' William ketika melihat cucunya sedang sibuk mengunyah makanan.

"Wah... grandpa dan grandma jumpa kat sini? " tanya Nfiey. Dato'William mengangguk.

"Dah.. dah. korang makan lah. Balik ni, korang rehat ya?" kata Dato'William.

"Ok, grandpa!" serentak mereka.

Selesai makan malam, masing-masing balik ke bilik untuk berehat termasuk Dato'William. Dikala malam yang dingin membuat Angels kesejukan dan ada yang sudah pun terlelap dalam tidur. Perlahan-lahan pintu terkuak, dibuka oleh Lieyla yang tidak dapat tidur kerana cuaca yang begitu sejuk membuatnya terjaga.

Langkah demi langkah, Lieyla membuka langkah keluar dari bilik tersebut menuju ke batuan di kaki bukit yang sunyi berhampiran dengan kawasan bilik tersebut. Sunyi... itulah kata hati Lieyla.

"Nyamannya. Malam ni banyak sangat bintang." katanya sendirian. Lieyla suka menyendiri, itulah hobinya ketika bersendirian melihat bintang setiap malam, kawasan yang tiada bayang-bayang manusia, jauh dari manusia dan bebanan membuatnya berasa selesa.

Ketika melihat batuan yang terdapat di kaki bukit, langkahnya terhenti dan terus menjadikan batuan tersebut sebagai tempat duduk. Menikmati indahnya pulau Hawaii di waktu malam dengan cahaya lampu-lampu bersertakan cahaya bulan malam serta bintang-bintang menjadikannya sangat indah dipandang. Lieyla tersenyum.

Tiba-tiba suatu bunyi yang jelas kedengaran di cuping telinga Lieyla. Lieyla tersentak! Bunyi kayu patah seolah-olah ada sesuatu datang. Jantung Lieyla berdebar dan perasaannya berubah menjadi sangat takut. Apakah itu binatang buas? Atau seseorang datang untuk mengancamnya?

Dalam gelap yang hanya diterangi cahaya bulan, kelihatan bayang-bayang seseorang datang menghampirinya. Lieyla terus menutup mukanya sambil memeluk kakinya. Air matanya mula keluar. Orang itu memegang bahunya.

"Ini aku." kata Christian.

"Jangan takut. Ini aku Christian." kata Christian lagi. Lieyla berpaling.

"Christian?? " Christian hanya menganggukkan kepalanya.

"Kamu buat apa kat sini?" tanyanya pada Lieyla.

"Hanya jalan-jalan." balas Lieyla. Christian tersenyum terus mengambil posisi duduk di sebelah Lieyla.

"Kamu buat apa kat sini?" tanya Lieyla.

"Saja. Macam kamu juga, jalan-jalan. Tadi, kamu tak perasan apa-apa?" kata Christian. Lieyla menggelengkan kepalanya.

"Oh... Dari tadi saya ikut kamu. Saya tengok kamu sendirian, tu sebab saya ikut. Ya, cuma takut berlaku sesuatu tak baik nanti. " jelasnya.

"Haha... yakah? Maafkan saya. Saya cuma keluar ambil angin." balas Lieyla.

"Er... cantik kan? Tengok bintang, bulan.... pemandangan pantai Hawaii.. " kata Christian mula gelabah.

"Iya. Tu sebab saya jalan." balas Lieyla sambil tersenyum.

"Dah lewat ni, jomlah balik." kata Christian, Lieyla hanya menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience