Bab 3: Benci Kau!

Romance Series 1511

Dalam perjalanan menuju ke kelas, tiba-tiba Ieyla terjatuh. Semua berpaling ke arah Ieyla. Kelihatan kelibat seorang lelaki berbadan sasa, berkening lebat, hidung mancung dan mata yang cukup tajam memandang Ieyla.

"Edward!!!" seseorang memanggilnya, Christian.

"Ieyla!! " dalam pada masa yang sama, Angels terus ke arah Ieyla.

"You, okay?" tanya Christian kepada Edward.

"Hello! Ni orang yang jatuh kau tak tanya. Ok kah tak." celah Rieyka. Lelaki tu tak mengendahkannya. Sombong amat. kata Rieyka dalam hati.

"Who are you, little monkey." sampuk Jay yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

"Little monkey?" celah Trieycia. Paling dia tidak suka bila sepupunya digelar sembarangan.

"Stupid girl." jawab ringkas Jay. Trieycia memandangnya dengan tajam. Lantas menarik baju seragam Jay dengan kasar. Ieyla terus menarik Trieycia daripada berbuat demikian.

"Kau minta maaf sama Ieyla sekarang. Kau yang langgar, kau yang seharusnya minta maaf." tegas Trieycia, tujukan kata tersebut pada Edward.

"Tiada istilah maaf keluar dari mulut kami." balas Jay dengan sinis sambil menepis tangan Trieycia dari bajunya. Berlagak! Dengus Trieycia dalam hati.

"Hei, jangan nak berlagak lah." celah Rieyka.

"Jay, let it go. Come on, man." sampuk Leo yang berada di tepi Jay dari tadi.

"I'll see you around. Little bunny." kata Jay dengan memandang Trieycia dengan tajam.

"Aku benci kau!!!" dengus Trieycia kasar apabila melihat B-Wolf sudah berlalu pergi meninggalkan mereka.

"Biar jer lah diorang. Dah memang manusia macam tu wujud." sampuk Lieyla sambil tertawa.

"Jom masuk kelas!" kata Lieynn. Mereka pun bergegas masuk ke dalam kelas masing-masing kerana sesi pembelajaran bermula tidak lama lagi.

Kringgg.... !!! (menandakan sesi pembelajaran telah pun tamat). Kelihatan ramai pelajar bergegas keluar meninggalkan kelas masing-masing. Begitu juga dengan Angels yang mula melangkah untuk keluar.

"Guys, aku nak pergi tandas jap ya. Korang pergi dulu lah." kata Trieycia lalu bergerak meninggalkan mereka terus menuju ke tandas. Selesai sahaja mencuci tangan dan berlalu pergi untuk keluar dari pintu tandas, tiba-tiba dia merasakan dirinya ditolak ke dinding dengan begitu kasar sekali sehingga dia merasa badannya lemah kerana sakit dan tangannya digenggam kasar.

Aduhhh!!! Trieycia mengerang kesakitan sambil memegang bahunya yang terhentak dengan dinding. Dia terus memandang sosok tubuh di hadapannya. Jay?!!!

"Kamu?! " tercengang Trieycia melihat Jay di hadapannya yang melihatnya dengan pandangan maut.

"Ya. Aku. Kenapa? Terkejut? " balas Jay sinis. Trieycia cuba menolak-nolak tubuh Jay dan cuba melepaskan tangannya dari cengkaman Jay yang kasar namun gagal kerana tubuhnya lemah untuk menolak sosok tubuh yang sasa itu.

"Kau nak apa? " tanya Trieycia.

"Aku? Nak apa? Aku nak kau! " balas Jay kasar.

Ya Tuhan, apa salahku... kata Trieycia dalam hati.

"Memangnya aku salah apa? " tanya Trieycia cuba untuk kuat.

"Kau memang tak salah. Tapi, aku tak suka orang yang belagak hebat di depan ku." balas Jay.

"Jadi apa masalah kau? Dah kau memang yang cari pasal. Tak hormat orang. Hello. Aku tak belagak seperti kau kata lah. Dah memang orang spesies macam beruk sudah wujud, kan." jawab Trieycia.

"Beruk??? Kau ni memang nak kena kan?! " balas Jay dengan kasar terus menggenggam tangan Trieycia dengan kuat.

"Woi! Sakitlah! Apa ni?!! "

"Apa nama kau ni, bunny? "

"Tak perlu lah kau tau. Lepaskan lah aku. Sakit ni."

"Tak perlu?! " kasar Jay memegang tangan Trieycia dengan keras. Aww! Raung Trieycia kecil. Jay hanya tersenyum seolah-olah tidak merasa bersalah.

"Sakit lah. Lepaskan aku. Apa kau nak juga ni? " tanya Trieycia untuk cuba melawan Jay.

"Kalau aku jumpa kau lagi. Siap kau! " kata Jay terus melepaskan genggaman tangannya dari Trieycia. Trieycia terdiam sambil mengurut-urut pergelangan tangannya yang sakit.

Tanpa sebarang kata lagi, Jay terus berlalu pergi meninggalkan Trieycia yang terpinga-pinga sendirian.

"Dah kenapa dengan mamat gila ni. Tetiba datang serang orang. Untung tak ada orang." cemuh Trieycia sendirian. Lantas mencapai beg sekolahnya langsung berlalu pergi.

Kelihatan yang lain menunggunya di perkarangan tempat perhentian bas. "Trieycia!" teriak Lieynn setelah melihat kelibat Trieycia yang tengah berjalan menuju ke arah mereka berdiri.

"Muka masam ni, dah kenapa? Haha.." gelak Ieyla apabila melihat reaksi muka Trieycia yang sungul. Yang lain turut memandangnya.

"Mana ada muka masam." protes Trieycia.

"Yeke? " sampuk Lieynn. Trieycia hanya menganggukkan kepalanya.

Sambil menunggu bas tiba, mereka berborak. Tidak lama kemudian, tiba-tiba muncul dua buah kereta mewah panjang seolah-olah bagaikan sebuah kereta ala-ala artis yang berwarna hitam berhenti tepat di hadapan mereka berdiri. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Hairan.

Kelihatan sosok tubuh seorang lelaki siap berpakaian formal lengkap berwarna hitam dengan mengenakan kaca mata hitam keluar dari perut kereta berjalan ke arah mereka lalu menundukkan kepala tanda hormat.

"Cik muda. Sila ikut kami. "kata lelaki tersebut. Mereka masing-masing berpaling sesama sendiri. Cik muda? Siapa mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience