Bab 4: Adakah Ini Mimpi?

Romance Series 1511

"Err... Korang siapa yer?" tanya Nfiey kepada lelaki itu yang dari tadi diam membisu sambil memandu kereta. Lelaki itu tersenyum.

"Nanti cik muda akan tahu bila kita sudah sampai nanti." balasnya.

"Seram juga ya. Kami diculik kah apa ni? Tiba-tiba panggil kita orang cik muda. Jumpa orang tak dikenali, uish...." sampuk Lieyla. Semua terdiam kaku. Hanya mampu berserah apa yang akan berlaku nanti.

Setengah jam lebih, mereka telah memasuki ke dalam kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok di sepanjang jalan setelah melimpasi pagar utama. Mereka tergamam seketika melihat keindahan pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan dihiasi dengan lampu jalanan.

"Wahh... cantiknya. Tempat apa ni?" kata Nfiey sambil matanya melihat sekeliling. Sepanjang perjalanan masuk, kelihatan dari jauh lagi sebuah rumah yang sangat indah bagaikan istana yang megah berdiri, dihiasi dengan bunga-bunga indah mekar pada halaman utama dan di tepi rumah tersebut ada tasik yang besar.

Tiba sahaja di perkarangan halaman utama, kelihatan sosok tubuh manusia berdiri tegak dan berpakaian rapi sedang berbaris. Kelihatan kedatangan mereka disambut sangat baik.

"Apa semua ni?" tanya Rieyka apabila pintu kereta sudah pun dibuka. Satu per satu keluar dari perut kereta. Selesai sahaja Angels keluar, orang-orang tersebut menundukkan kepala tanda hormat.

"Aku tengah mimpi kah apa ni? Cuba someone cubit pipi I ni." kata Lieynn. Ieyla yang berdiri disebelahnya lantas mencubit pipi Lieynn dengan kuat sehingga Lieynn mengaduh kesakitan.

Auch! dengusnya sambil mengurut-urut pipinya. "Sakit. Hmm... aku tak bermimpi rupanya." kata Lieynn. Yang lain tertawa.

Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki yang kelihatan agak tua mendekati mereka. Angels kehairanan. Lelaki itu hanya tersenyum manis ke arah mereka.

"Selamat datang, cik muda. Saya Lee penasihat kepada Datuk William Ng." kata lelaki itu, encik Lee kepada Angels. "Mari kita masuk ke dalam. Datuk William sedang menunggu." pelawanya lagi. Angels hanya menurut kata mengekori langkah Lee dari belakang. Angels hanya mampu membulatkan mata melihat sekeliling dan memasang telinga sahaja tanpa mengeluarkan kata-kata. Datuk William? Bukan kah....

"Welcome my lovely granddaughter!" sapa Datuk William yang muncul di hadapan mereka berdiri. Granddaughter?

"Datuk." kata Lee sambil menundukkan kepala terus berlalu pergi meninggalkan mereka di ruangan tamu. Datuk William tersenyum melihat Angels disitu.

"Mari duduk." pelawanya. Angels hanya menurut sahaja.

"Err... Datuk William kenal kitaorang?" tanya Trieycia menjadi pembuka bicara. Datuk William mengangguk.

"Janganlah panggil datuk-datuk segala. Kamu bukan orang asing untuk saya. Panggil grandpa. Kerna kamu adalah cucu saya." jawabnya tenang. Angels tergamam. Cucu?

"Cucu?" sampuk Lieynn.

"Iya. Cucu grandpa Trieycia, Lieyla, Lieynn, Ieyla, Rieyka dan Nfiey kn? Nahh.. sudah 18 tahun grandpa mencari cucu-cucu grandpa dan akhirnya sekarang doa grandpa terjawab." jawabnya terharu.

"Maksud Datuk William. eh! Maksud grandpa, kami berenam cucu grandpa yang sudah lama hilang. Begitu?" sampuk Trieycia. Datuk William mengangguk.

"Kami tak tahu pun kalau kami punya datuk." celah Ieyla.

"Iya. Grandpa ada 4 orang anak. 2 lelaki dua perempuan. Masing-masing mau hidup sendiri. Tak ada satu orang pun yang datang menjenguk grandpa. Sebab dahulu, grandpa jarang sekali balik ke rumah disebabkan kerja di luar kota." jelasnya sambil mengeluh. Angels berasa simpati dan berasa agak terkejut dengan kejadian itu.

"Biasalah masalah keluarga." balasnya lagi sambil tersenyum. "Yang penting, cucu grandpa makin cantik. Grandpa cukup bersyukur dan berterima kasih kepada encik Robert kerana memberitahu akan kamu. Mulai hari ini, cucu grandpa tinggal sini ya." katanya dengan sangat teruja.

"Err... tapi, grandpa barang kita orang masih... " belum sempat Trieycia berkata, Datuk William memberi isyarat tanda 'Tidak' sambil tersenyum.

"Semuanya sudah tersedia." jawabnya ringkas.

"Oh ya! Encik Lee akan membawa kamu ke bilik dan melihat kawasan sekeliling. Ok? ." balasnya lagi sambil mengenyitkan matanya lalu berlalu pergi. Semua terdiam.

"Perghh.... macam tak percaya." kata Nfiey.

"Encik Lee!" panggil Rieyka, ketika melihat kelibat encik Lee di ruangan itu.

"Mari cik muda. Saya bawa cik muda naik ke bilik. " balasnya sambil tersenyum. Angels menurut dan mengikuti sahaja langkah encik Lee. Rumah itu sangat indah, besar dan mewah. Hiasan dan keindahan dalaman rumah itu bertemakan keemasan dan ketenangan. Sangat unik! Kelihatan rumah itu dijaga dengan sangat baik.

Di sepanjang jalan, kelihatan dinding itu dihiasi juga dengan bingkai gambar yang besar, gambar yang kelihatan seperti lukisan yang unik menambah seri dalaman rumah.

Akhirnya, mereka tiba juga di bilik yang dikatakan oleh Datuk William tadi. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, Angels terpegun dengan hiasan bilik tersebut.

"Wahhh... cantiknya bilik ni." ujar Nfiey, terus berlari masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan bilik itu sangat luas mempunyai enam buah katil bersaiz king berlainan cadar.

"Bukan ni warna kegemaran kita kah? Hahaha... " sampuk Lieyla. Kelihatan cadar katil mempunyai enam warna iaitu hijau, biru, kuning, merah jambu, merah dan ungu.

"Macam mana lah grandpa tahu warna kesukaan kita?" celah Ieyla sambil tersenyum.

"So, kita dah ada katil masing-masing. Saya hijau, Lieynn biru, Ieyla kuning, Lieyla pink, Rieyka merah and Nfiey ungu." jelas Trieycia. Semua mengangguk.

"Guys! Tengok ni! Wahhhh.... " sampuk Lieynn, tangannya sibuk membuka almari besar yang dipenuhi dengan pakaian, beg tangan, kasut, kasut tumit dan barang-barang wanita yang lain. Semua terpegun.

Adakah ini mimpi atau realiti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience