Bab 10: In the Darkness

Romance Series 1511

Keesokan harinya, seperti yang dirancang mereka melakukan aktiviti barbeku dan memasang khemah di tepi pantai yang sangat jauh daripada ramai orang. Dato'William tidak dapat bersama-sama dengan mereka hari itu kerana beliau mempunyai perancangan lain.

Angels kelihatan begitu cantik dengan hanya mengenakan pakaian yang simple. Berseluar pendek, memakai singlet bersertakan selendang besar menutupi badan duduk di bawah khemah yang didirikan. Manakala, B-Wolf pula mengenakan seluar pendek dan bersinglet menampakkan tubuh yang sasa.

Ketika melihat Angels begitu, mata B-Wolf tak lepas pandang melihat mereka.

"So beautiful" sampuk Kelvin. Ketika B-Wolf sibuk mempersiapkan barangan untuk barbeku.

"Cantik sangat... Tengok tu, orang asing pun tengok diorang semacam." celah Leo.

"Dah... dah... Buat kerja." sampuk Jay.

Setelah semua barang tersedia, bahan-bahan masakan cukup, sebentar lagi barbeku akan dibuat.

"Jom kita kat sana! " teriak Leo sambil melambai-lambaikan tangannya kepada yang lain lalu berlari menuju ke laut. Semua berlari mendapatkan Leo kecuali Jay.

"Taknak join kah?" sampuk Trieycia yang baru keluar dari khemah. Melihat Jay yang duduk santai di bangku rehat.

"Jangan sibuklah." balas Jay dingin.

"Jomlah." kata Trieycia terus menarik tangan Jay.

"Aku tak nak!" bentak Jay terus melepaskan tangan Trieycia. Namun Trieycia tak berputus asa, dipeluknya tangan Jay dengan kuat lalu memaksanya berjalan menuju ke arah yang lain. B-Wolf yang lain menyedari kedatangannya terus berlari menuju ke arahnya lalu menariknya ke laut.

"Hahahaha.......... " mereka masing-masing tertawa. Mereka bermain dan terus bermain.

Mereka asyik bermain dan bermandi manda, tiba-tiba suatu suara garau berteriak. Arghhhh!!!!! Mereka terhenti.

"Jay!!!! " serentak B-Wolf melihat Jay yang terduduk lemah dan kelihatan darah keluar dari kakinya. Angels pun tersentak.

"Jay?!!! " kata Trieycia terus ke arahnya.

"Darahhh..... Er.... macam mana ni. Tolong angkat dia ke khemah. " kata Trieycia. Yang lain menurut. Terus bergegas membawa Jay ke dalam khemah. Trieycia sibuk mengambil apa yang patut.

"Er... korang tunggu kat luar jap. Saya bantu dia." kata Trieycia, yang lain hanya mampu menunggu.

Trieycia mengambil tuala lalu mengelap darah yang keluar dari kaki Jay. Sangat banyak. Kulit kakinya luka besar.

"Kenapa boleh macam ni.... Aduh... Macam mana boleh jadi macam ni??? Kalau grandpa tau macam mana??? " kata Trieycia mengelabah. Jay hanya diam sahaja sambil menutup matanya dengan lengan.

"Jangan lah diam. Ni kena apa sampai darah banyak keluar?" tanya Trieycia lagi.

"Batu." balasnya ringkas.

"Aduhhh dia ni..... Risau tau tak kalau benda ni teruk?!" cemuh Trieycia.

"Aku nak rehat. Kalau keluar jangan lupa tutup zip." kata Jay. Setelah meletakkan ubat, dan menutupnya dengan bandage, Trieycia terus keluar.

"Jay macam mana?" tanya Edward.

"Dia okey." balas Trieycia lemah.

"Korang dah masak?" tanya Trieycia ketika melihat bahan bakar mula habis dibakar.

"Dah. Tinggal nak makan jak ni."balas Kelvin.

"Jom makan!" kata Trieycia.

"Oh ya. Edward, nanti kamu tolong hantarkan makanan kat Jay ya. Dia harus makan sebelum makan ubat nanti." kata Trieycia kepada Edward. Edward menganggukkan kepalanya.

Selesai makan, Edward menghantarkan makanan untuk Jay. Kelihatan Jay masih berbaring di dalam khemah tersebut.

"Jay..." kata Edward, terus duduk di tepi Jay berbaring dan makanan disimpankan di tepinya.

"Bro, wake up! Eat something." kata Edward. Jay berpaling.

"Racun kah?" kata Jay sambil tersenyum.

"Kepala otak kaulah ni racun. Heii! Makan ni, lepas tu makan ubat tu."

"Sejak bila kau mula jadi makcik ni? " tanya Jay kehairanan, terus mengambil posisi duduk di sebelah Edward.

"Bukan aku lah. Ni semua Trieycia yang uruskan. Caring betul dia sama kau. Buanglah ego tu jauh-jauh." kata Edward. Jay terdiam.

"Oh dia kah? Entah-entah semua ni racun membunuh."

"Kau ni. Agak-agaklah sikit. Kalau dia nak bunuh buat apa dia tolong kau? Ambil berat betul. Ni hah kalau bukan sebab dia, tak ada lah ubat segalanya disini. Dsebabkan takut betul dengan kau sebab kau halau dia keluar, sanggup dia minta tolong dekat aku hantarkan makanan dan ubat ni." panjang lebar Edward, yang dia sendiri entah dengan perangai Jay.

"Yelah. Yelah. Dah keluar. Aku nak makan, lepas tu tidur." balas Jay. Edward menurut sahaja.

"Jay dah makan? " tanya Trieycia setelah melihat kelibat Edward muncul di meja makan.

"Dah... By the way, thanks Trieycia." kata Edward, tersenyum.

"Untuk apa?" tanya Trieycia kehairanan.

"For taking care of him. He so stubborn and hard to say."

"Tak apa. You are welcome." balas Trieycia tersenyum.

"Sorry kalau dia buat perangai macam tu. Dia... " belum sempat Edward menghabiskan katanya, Trieycia hanya membalas dengan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Dah. Korang pergi berehat, esok kita dah nak balik. Saya tolong kemaskan semua ni." balas Trieycia. Edward menganggukkan kepalanya perlahan lalu meninggalkan Trieycia sendirian di situ.

Jam menunjukkan pukul 11.46 malam. Trieycia terlelap di kerusi rehat kerana kepenatan. Bayang-bayang seseorang datang menghampirinya. Perlahan-lahan badannya ditutupi dengan selimut.

"Thank you." bisiknya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience