Bab 1: Unexpected

Romance Series 1511

"Kak!!! Bangun!!!" teriak Lieyla sambil menolak-nolak badan Trieycia yang masih terbaring di katil. Lieyla mendengus bila melihat Trieycia yang tiada memberi respon sama sekali.

"Ni hari pertama sekolah pun, tak nak bangun kh? Lambat nanti susah." dengus Lieyla sambil menyikat rambutnya. Terdengar tentang hari pertama sekolah, Trieycia bagaikan angin taufan bangun dari tempat tidur lantas mencapai tuala di ampaian bergegas masuk ke bilik mandi. Lieyla mengendahkan dan hanya menguruskan dirinya sahaja.

Setelah habis mandi, Trieycia terus bersiap. Kelihatan Lieyla sudah tidak ada di dalam ruangan bilik itu. Setelah siap sepenuhnya, Trieycia terus bergegas keluar dari bilik dan terus ke dapur untuk mengambil sarapan. Kelihatan Lieyla, uncle Robert yang merupakan pak cik kepada Trieycia dan Lieyla serta isterinya, Laura duduk di meja makan sambil menikmati nasi goreng bersama air milo panas.

"Selamat pagi, uncle dan auntie" sapa Trieycia sambil matanya melirik ke ruangan dapur. "Mana budak dua orang tu?" tanya Trieycia sambil tangannya sibuk mengambil nasi goreng itu lalu diletakkan ke pinggan.

"Macam biasalah. Diorang belum bangun. Untung petang sesi persekolahan. Kalau pagi, hurm... Nak bangun pun susah apalagi nak bersiap." jawab auntie Laura. Trieycia tertawa.

"Dah.. dah.. cepat makan. Lambat masuk kelas nanti, tak kah susah nanti." kata auntie Laura lembut. Trieycia dan Lieyla hanya tersenyum, langsung mempercepatkan makan mereka.

Setelah selesai, Trieycia dan Lieyla pun meminta izin untuk pergi ke sekolah. Kelihatan Lieynn, Ieyla, Rieyka dan Nfiey sudah pun menunggu mereka. "Good morning, your highness." sapa Nfiey kepada Trieycia dan Lieyla. Mereka tertawa.

"Ya. Selamat pagi, Angels!" balas Trieycia sambil tertawa.

"Sorrylah lambat sikit, maklumlah ular sawa kalau tidur." celah Lieyla sambil matanya melirik ke arah Trieycia.

"Apa pula ular sawa." lantas Trieycia memprotes kata Lieyla. "Engkaulah" jawab Lieyla. Semua tertawa.

15 minit kemudian, mereka pun tiba di sekolah tersebut. Masing-masing tercengang. Tidak terduga hasil usaha mereka sendiri selama ini tidak sia-sia. Mereka sanggup menghabiskan masa cuti mereka untuk bekerja sambilan dan mengumpulkan duit semata-mata ingin belajar bersama-sama di sekolah impian mereka, iaitu di Golden of School. Sekolah yang tersenarai paling popular di Asia.

"Fuyoohhhh. Ni sekolah atau istana?" kata Rieyka setelah melihat sekolah tersebut seolah-olah bagaikan sebuah istana. "Macam tak percaya" katanya lagi. Sekolah yang begitu cantik dan tenang dihiasi banyak kehijauan dan sekolah dihiasi dengan warna keemasan. Nama serupa dengan gambaran.

"Ni lah sekolah Golden of School. Korang nak tau tak? Sekolah ni milik seorang karyawan yang cukup terkenal dan paling kaya lah kata orang. Hmm... apa namanya tu?" kata Ieyla.

"Dah.. dah.. dah. Jum masuk. Nanti lambat pula nak masuk kelas. Kena denda nanti, habislah." celah Lieynn. Semua tertawa. Mereka lantas memasuki kawasan sekolah itu dengan penuh teruja.

Ketika mereka melangkah masuk sahaja ke kawasan sekolah tersebut, tiba-tiba seorang pelajar berteriak-teriak seperti seorang kerasukan sambil menyebut "B-Wolf!! B-Wolf!!!". Kedengaran nama itu disebut, tiba-tiba ramai pelajar keluar dengan bersemangat berkumpul di hadapan bangunan sekolah tersebut. Angels kehairanan. B-Wolf??? Siapa mereka?

"Dah gila kah?" kata Trieycia.

"Agaknya... " celah Lieynn. Mereka tertawa.

"Eh! Kejap." kata Rieyka memberhentikan langkah salah seorang pelajar di situ. Pelajar itupun berhenti sejenak sambil memandang Rieyka.

"Err... Kenapa diorang berkumpul kat situ?" tanya Rieyka.

"Oh. Tu yang kumpulan B-Wolf..."

"B-Wolf? Siapa tu?" celah Nfiey.

"Cucu pemilik di sekolah ni." balasnya.

"Oh yeke. Ok. Trima kasih." balas Rieyka. Pelajar tersebut terus berlari ke kumpulan pelajar yang berkumpul di dataran depan sekolah.

"Weh. Tengok tu." kata Lieyla sambil menunjuk ke arah beberapa buah kereta berwarna hitam yang berhenti di dataran tersebut. Angels tercengang. Pelik tapi benar. Tu lah kata mereka.

"Korang sini jap." kata Lieynn yang berada di atas tangga dekat dengan kawasan dataran tersebut. Yang lain pun mengikutinya.

"Tengok tu. Handsome nyerr" kata Lieynn lagi sambil menangkap gambar.

"Kau buat apa?" tanya Ieyla.

"Ambil gambar para jejaka tampan" jawabnya.

"Haha... apa lah kau ni, Lieynn. Dah.. dah. Jom masuk kelas dulu." kata Trieycia sambil menarik tangan Lieynn.

"Alaa... sekejap lah.. " rayu Lieynn. Mereka terus tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience