Bab 5: Pertemuan Yang Tidak Disangka

Romance Series 1511

"Selamat pagi, Princess!!!" sapa Lieyla, terus membuka langsir di pintu balkoni. Yang lain masih terbaring di katil. Satu per satu bangun malas.

"Awal bangun." balas Ieyla yang sudah berdiri di tepi katilnya sambil mengemas katil.

"Yer. Mestilah. Hari ni kan Sabtu. Korang tak nak jalan kah? " balasnya selamba sambil tersenyum sinis. Yang lain kehairanan.

"Jalan? Nak ke mana?" sampuk Rieyka.

"Hari ni, kita dibawa shopping!" jelas Lieyla bersemangat. Semua terkejut.

"Shopping?" kata Lieynn dengan teruja, tanpa menunggu respon dari Lieyla. Dia terus mencapai tuala lalu berlari ke bilik mandi.

"Tadi, encik Lee datang. Bagitahu yang hari ni, kita dibawa pergi shopping. Treat grandpa. So, sebab tu lah aku awal bangun dan bersiap awal. Kata encik Lee, kalau lambat tak payah ikut. Hahaha.... " gelak Lieyla.

"Lieylaaaaaaaa!!!!!!! " serentak mereka. Cepat-cepat mereka mengemas katil dan menyiapkan diri.

Tidak lama kemudian, setelah semua selesai bersiap, mereka pun bersiap untuk turun ke ruangan meja makan untuk mengambil sarapan. Kelihatan dari jauh lagi sosok tubuh lelaki yang amat dikenali sedang menikmati sarapan pagi.

"Itu bukan...."bisik Nfiey. Semua terkejut.

"B-Wolf??!!!" serentak mereka, perlahan.

"Kenapa diorang ada kat sini?! " kata Rieyka.

"Err... bukan mereka tu...."belum sempat Lieyla berkata. Seseorang menegur mereka dari belakang.

"Hi." sapa Alvin, tersenyum. Angels berpaling.

"Jom." pelawanya. Angels kaku dan mereka perlahan-lahan membuka langkah menuju ke meja makan. Kelihatan di meja makan itu juga ada Datuk William.

"Good morning my beautiful granddaughter!!!! " kata Datuk William ketika melihat Angels yang baru tiba. B-Wolf berpaling dengan raut wajah berkerut.

"Good morning, grandpa." serentak mereka. Terus mengambil tempat duduk yang kosong.

"Kamu?!!!! " celah Jay, terkejut ketika melihat kewujudan Angels di situ.

"Er.. Hi." balas Trieycia, cuba bertingkah seakan-akan tidak tahu kewujudan mereka.

"Kamu buat apa kat sini?" tanya Jay lagi sambil mengerutkan keningnya.

"Oh lupa. Kamu kenal cucu grandpa? " sampuk Datuk William tersenyum.

"Grandpa, inilah perempuan...."belum sempat Jay menghabiskan ayatnya, Alvin menyampuk. "Tak kenal grandpa." Jay memandang Alvin dengan tajam. Alvin hanya tersenyum.

"Kenalkan inilah cucu grandpa yang selama ni grandpa cari." jelas Datuk William.

"Kenalkan Trieycia, Lieynn, Ieyla, Lieyla, Rieyka dan Nfiey." terangnya lagi. B-Wolf hanya menganggukkan kepala sahaja. Masing-masing mendiamkan diri sambil menikmati sarapan pagi di meja makan.

"Oh ya. Hari ni, korang berenam teman cucu grandpa ni pergi shopping ya?" kata Datuk William tenang, soalan itu ditujukan kepada B-Wolf yang hanya berdiam diri tanpa kata.

"Tak nak!" serentak mereka ketika mendengar pelawa Datuk William sebentar tadi.

"Kenapa kitaorang yang kena pergi teman mereka pula. Alaa grandpa. Hari ni kita semua sibuk." balas Leo.

"Ehem! Apa yang kamu tengah sibukkan?" balasnya tenang, sambil matanya tajam melihat satu per satu wajah B-Wolf. B-Wolf tertunduk.

"Baiklah." balas mereka. Mengalah dengan kata Datuk William. Mendengar persetujuan dari mulut B-Wolf, dia langsung berpaling ke arah Angels sambil tersenyum.

"Mereka akan teman kamu pergi shopping." katanya kepada Angels.

"Err... Tak apa lah grandpa." balas Trieycia perlahan.

"Kena dengar cakap grandpa. Mulai sekarang. Diorang berenam ni, akan menjaga kamu. Kalau diorang buli kamu. Bagitahu kat grandpa. Adalah hukuman saya bagi nanti. " terangnya.

"Tapi, "belum sempat Lieynn menyampuk, Datuk William terus berdiri dari kerusi.

"Tak ada tapi-tapi. Dah.. dah. Grandpa ada urusan. Selamat menikmati hari minggu." sakat Datuk William, terus melangkah pergi meninggalkan ruangan meja makan. Mereka tergamam.

"Huuhhh! " keluh Leo.

"Arghhh!!! " teriak Jay membuat mereka tersentak.

"Kau dah gila?! " sampuk Rieyka.

"Dah korang kenapa wujud disini...... " geram Jay terus menolak kerusi, berlalu pergi tinggalkan mereka di ruang meja makan.

"Woi! Cepatlah!" gertak Jay dari jauh. Angels dan yang lain terus bangun dari kerusi meninggalkan ruang tersebut.

Dalam perjalanan ke pusat membeli belah mengambil masa 30 minit. Untung tiada kesesakan di laluan perjalanan mereka. Tiba sahaja di Golden Mall, milik Datuk William yang sangat luas, dan mempunyai banyak tingkat membuat Angels terpaku melihat suasana mall tersebut.

"Aku tak pernah ke sini." kata Lieynn, sambil matanya melihat sekeliling, ramai orang berkeliaran sana sini, dan di dalam bangunan itu terdapat banyak kedai.

"Korang pergilah mana yang korang suka. Ingat. Sebelum pukul 2, korang mesti ada di sini. Lambat. Tinggal." sampuk Jay.

"Habis korang pergi mana? " tanya Trieycia.

"Bukan urusan kamu" balasnya dingin.

"Ok." balas Angels. Terus berlalu pergi tinggalkan mereka.

"Jay. Diorang ok kah tu? " tanya Kelvin, ketika melihat Angels sudah pergi jauh.

"Hahaha.. perempuan. Diorang pandailah jaga diri. Jom kita pergi enjoy! " balas Jay.

"Tapi kan, kalau ada apa-apa macam mana? Diorang kan ikut kita tanpa ada penjaga sekarang." Jelas Edward.

"Weii... sejak bila kau jadi prihatin dengan diorang ni. Lantak mereka lah kalau hilang. Tak ada kena mengena dengan aku." balas Jay.

"Err.. kalau grandpa tau. Habis lah kita." sampuk Alvin.

"Tak apa lah. Mall ni pun ramai orang, tak hilang punya. Nanti kita ikut diorang lah. Jomlah... makan. Lapar ni." terangnya lagi. Yang lain hanya menurut sahaja.

"Hello. Trieycia. Nfiey ada dekat kau tak?" tanya Ieyla melalui telefon.

"Hah? Nfiey tak ada dekat kitaorang ni. Bukan dia ada sama korang kah tadi?" balas Trieycia, hairan.

"Memanglah ada. Tapi, bila kita orang keluar dari kedai baju ni, cari-cari dia tak ada." balas Ieyla mulai cemas.

"Kau biar betul?"tanya Trieycia lagi.

"Aku risau lah. Dah lah dia tu cepat lupa jalan. Aduh. Macam mana ni, Trieycia." balas Ieyla mula gelabah.

"Tenang dulu. Kita jumpa kat depan taman kanak-kanak di tingkat 3. Ok?! " balas Trieycia.

"Ok."

Tidak lama beberapa minit kemudian, Lieyla dan Ieyla tiba di hadapan taman dimana Trieycia, Lieynn dan Rieyka ada bersama.

"Korang ada hubungi dia tak?" tanya Lieynn.

"Ada. Sudah banyak kali tapi handphone dia off." balas Lieyla.

"Habis tu macam mana ni?" tanya Trieycia mula cemas. "Macam ni lah. Kita berpecah cari dia, kalau ada apa-apa kamu call." katanya lagi.

"Ok." serentak mereka.

Misi pencarian bermula. Angels masing-masing mencari Nfiey di dalam mall itu. Merata tempat mereka mencari. Masuk beberapa kedai, keluar pun tidak dapat menemukan keberadaan Nfiey.

"Nfiey, kau kat mana ni.... hmmm" keluh Trieycia.

[Starbucks cafe]

"Hmm... korang. Aku nak keluar jap." kata Alvin, yang baru selesai menghabiskan air minumannya.

"Nak ke mana?" tanya Christian.

"Nak jalan cari makanan hamster aku. Hehe... " balasnya. Mereka mengangguk tanda memahaminya. Sayang betul dengan anaknya. Itulah Alvin. Si pencinta haiwan.

Tanpa berlegah lagi, Alvin terus keluar meninggalkan mereka lalu berjalan keluar mencari kedai yang menjual barangan haiwan. Kedai itu tidak jauh dari tempat kafe tersebut hanya mengambil masa 8 minit untuk sampai.

"Selamat datang." sapa salah satu pekerja kedai itu. Alvin tersenyum.

"Boleh saya bantu?" tanya pekerja itu, tersipu-sipu melihat Alvin. Orangnya kacak lagi comel itu membuat perempuan pun cair bila melihat senyumannya.

"Saya nak makanan untuk hamster ada?" balasnya dengan lembut.

"Ada. Sekejap ya." jawab gadis itu.

"Aww!! " kedengaran suara orang meraung kesakitan.

"Mata tu letak mana, cik." kata orang itu dengan nada marah.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja." balas Nfiey sambil tertunduk, malu kerana beberapa orang melihatnya.

"Tak sengaja. Hey! Tengok tu, dah tumpah habis kau buat. Kau nak ganti rugi kah?!" balas perempuan itu dengan kasar.

"Maaf... betul saya tak sengaja." jawab Nfiey dengan kesal.

"Kamu?" muncul Alvin dari tepi Nfiey berdiri. Dia sudah lama melihat kejadian itu. Nfiey berpaling dari mana suara tersebut.

"Alvin? " balas Nfiey, kehairanan.

"Err... encik. Maaf ya. Barang encik tumpah sebab perempuan ni." kata pekerja itu.

"Err... tak apa lah. Saya yang bayar. Nfiey. Kamu tunggu saya di luar." kata Alvin. Nfiey hanya menurut. Matanya mulai merah menahan diri untuk tidak menangis.

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Trieycia dan yang lain masih mencari untuk keberapa kalinya, mereka pun tidak tahu. Jay dan yang lain sudah lama menunggu Angels dan Alvin di depan pintu masuk.

"Lamanya.............sudah sejam menunggu. Dahlah takda nombor telefon. Heihhh.... susah betul! " geram Jay. Tidak lama kemudian, muncul Trieycia dan yang lain menuju ke arah mereka.

"Woi, lembab! Korang apasal berlama di dalam. Tengok barang pun nampak sangat tak berbelanja." sakat Jay.

"Nfiey hilang." balas Trieycia yang tercungap-cungap membalas kata Jay. Jay dan yang lain terkejut.

"Hilang? Kenapa boleh hilang? Dah lapor polis?" sampuk Leo.

"Tak lucu lah."balas Lieynn.

"Habis tu, pi lah cari." celah Jay.

"Boleh gila aku melayan kebodohan kamu ni. Dahlah. Kitaorang nak sambung cari." balas Trieycia terus berlalu pergi.

"Tunggulah" balas Jay.

"Ermm... terima kasih Alvin." kata Nfiey.

"Tak pa. Oh ya. Macam mana kamu boleh ada kat situ dan kenapa kamu seorang je?" tanya Alvin. Nfiey memandangnya.

"Kalau saya cakap, jangan ketawa ya."

"Tak."

"Saya sesat. Saya tak ingat macam mana boleh sampai situ. Yang saya ingat. Saya tertarik dengan hamster perang di kedai tu. Tu sebab saya sampai sana. Lepas tu, saya nak balik, tapi tak ingat jalan balik pergi mall." jelas Nfiey, kesal.

"Haha... sebab hamster je kamu sesat? Alaa... kesiannya kamu. Untung kan saya ada disana masa tu."

"Ya. Terima kasih. Kalau tak ada kamu. Habislah saya. Tak ada yang tolong."

"Dahlah. Jom balik ke mall. Mesti diorang risau sekarang." balas Alvin tersenyum. Nfiey mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience