Bab 7: I Don't Care

Romance Series 1511

Pagi yang sangat indah dan menyenangkan, kelihatan embun mula hilang dari pandangan mata dan burung mula berkicauan. Trieycia yang terjaga dari tidur, perlahan-lahan bangun, mengemas tempat tidurnya dan langsung ke arah balkoni untuk menghirup udara segar di pagi hari.

Perlahan-lahan pintu bilik dibuka dan ditutup kembali supaya yang lain tidak terjaga dari mimpi yang indah. Trieycia terus ke ruang balkoni melihat keadaan sekeliling. 'Cantik.' katanya dalam hati.

"Hmmm.... sejuknya pula." katanya sendiri sambil memeluk tubuhnya. "Cantik tenang.... tapi, sejuknya bukan main-main. Hmm tak apa lah." katanya lagi sambil tersenyum. Dia terus membuka jaketnya dan hanya mengenakan baju singlet sambil cuba bersenam ringan di awal pagi.

"Ehem!" Trieycia terhenti seketika. Hantu kah? tanyanya dalam hati. Trieycia berpaling ke arah gerangan empunya suara yang cukup garau. Trieycia terus membulatkan matanya dan terus terduduk di lantai.

"Alamak! Kenapa dia ada kat situ?!" kata Trieycia menggelabah. Cepat-cepat dia mengambil jaketnya, perlahan-lahan dia membuka pintu balkoni.

"Jangan nak bertapuk lah. Kau spy aku kan? " kata Jay, yang tersedar Trieycia mula membuka pintu balkoni bilik mereka. Setelah memakai jaket, Trieycia berdiri memandang Jay yang hanya bersebelahan balkoni mereka sahaja.

"Mana ada aku spy kau. Eleh. Aku mana tahu pun kau tetiba muncul kat situ." kata Trieycia, mempertahankan dirinya dari dituduh oleh Jay. Terkaku Trieycia ketika melihat Jay tidak memakai baju hanya mengenakan seluar sahaja.

'Boleh tahan kacak juga dia ni..' kata Trieycia dalam hati. 'OMG Trieycia... sedar nakkk....'

"Hahahaha.... Dah kau tu tengok aku semacam kenapa? Suka aku? Sorrylah aku tak berminat perempuan macam kau." jelasnya sambil tertawa.

"Ewww...taklah. Sorry juga. Aku tak minat pun dengan beruk." balas Trieycia terus cepat-cepat masuk ke dalam bilik.

'Dia cakap aku beruk?' cemuh Jay sendirian lalu tersenyum. 'Tapi, cantik juga bunny tu. Boleh tahan.' katanya lagi.

[Golden of School ]
Selepas kejadian itu, bermulanya kisah hidup Angels yang kini secara rasmi dikenali sebagai cucu Datuk William. Setiap hari, mereka dihantar dan diambil oleh bodyguard yang sudah diamanahkan untuk menjaga mereka. Mereka juga turut dipindahkan ke kelas VIP yang bersebelahan dengan kelas B-Wolf.

"Urghhhhhhh.... penat" keluh Rieyka. Rieyka terus merebahkan kepalanya di meja belajar.

"Nampaknya semakin banyak kerja. hahaha... "balas Nfiey sambil tangannya sibuk membelek buku kerja.

"Wehhh... aku lapar lah....... " kata Rieyka sambil memegang perutnya.

"Aku nak pergi beli makanan dulu. Korang nak ikut tak?" tanyanya lagi, terus berdiri dari kerusinya.

"Tak. Banyak kerja ni" balas Trieycia yang juga sibuk menaip kerjanya di laptop.

"Oklah. Aku nak keluar jap." Trieycia mengangguk.

Kemudian, Rieyka pun keluar dari kelas berjalan menuju ke kantin. "Nak makan apa yer?... hmmm.... Tetiba rasa wangi. Wanginya! " Rieyka yang tersedar terus memberhentikan langkahnya.

'Datang dari mana ni?' bisiknya dalam hati sambil mencari-cari bau tersebut. Sehinggalah dia memberhentikan langkahnya di suatu tempat.

"Kelas kulinari? Memang padan punya tempat." gelaknya sendirian. Perlahan-lahan Rieyka membuka langkah untuk masuk. Tiba-tiba... (takkkk!!!) bunyi sudu terjatuh. Aduhhh! Rieyka menepuk dahinya, kesal.

"Siapa tu?" suatu suara garau menegur dari jauh. Mungkin tersedar disebabkan bunyi tersebut. 'Matilah..... baik aku cabut.' bisik Rieyka dalam hati. Belum sempat Rieyka membuka langkah, kelihatan sosok tubuh seorang lelaki siap berdiri di hadapannya.

"Rieyka?" Rieyka terus berpaling. Kelvin? Melihat Kelvin siap memakai pakaian ala-ala chef.

"Errkkk... Maafkan saya. Saya tak bermaksud untuk mengganggu." balas Rieyka, menggelabah. Cepat-cepat dia bangun.

"Saya pergi dulu." belum sempat Rieyka membuka langkah, Kelvin sempat menghalangnya. Pulakkk.... kesal Rieyka.

"Aku tau. Mesti kau datang kat sini sebab terhidu masakan aku kan?" tanya Kelvin, tertawa.

"Hah? Taklah.. Aku" (krokkk.. krokkk) berbunyi perut Rieyka. Kelvin tertawa.

"Aku tau kamu lapar. Jom. Saya ada sediakan makanan." kata Kelvin terus menarik tangan Rieyka menuju ke ruang masakan. Rieyka tergamam. 'Sedapnya...' bisiknya ketika melihat pelbagai makanan mewah tersedia di atas meja.

"Kamu yang buat semua ni?!!! " tanya Rieyka, macam tidak percaya apa dia lihat.

"Yup! Makanlah. Free." balasnya sambil menuang air jus ke dalam gelas.

"Tak apa kah ni?" Kelvin menggelengkan kepalanya.

'Makanan free mana boleh tolak.... hihi...' bisik Rieyka, terus tangannya sibuk mengambil sudu lalu mengambil makanan tersebut disuap ke dalam mulutnya

"Kenapa kamu buat semua ni?"

"Belajar sesuatu yang baru." balas Kelvin dengan tenang.

"Nak buat resepi baru." katanya lagi. Rieyka hanya menganggukkan kepalanya sambil menikmati makanan yang cukup lazat.

"Oh ya. Kamu ada restoran kan?" tanya Rieyka. Kelvin hanya menganggukkan kepalanya sambil melihat Rieyka yang sibuk memasukkan makanan ke dalam mulutnya.

"Hahaha.... perlahan-lahan nanti tercengkik." kata Kelvin. Rieyka hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Kalau sedap, saya bagi kamu makan hari-hari. Tak payah pergi kantin. Haha... " gelak Kelvin.

"Boleh kah macam tu?" tanya Rieyka sambil meneguk air jus.

"Boleh. Tak ada masalah pun." balas Kelvin tersenyum.

Kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat, semua pelajar turut keluar ke kantin.

"Jom keluar." kata Lieynn, terus menutup bukunya.

"Jom! " balas Rieyka.

"Aik? Masih mau makan lagi?" tanya Ieyla kepada Rieyka.

"Of course lah..." balas Rieyka sambil tersenyum lebar.

"Dah. Jom makan lagi." sampuk Trieycia. Mereka pun melangkah keluar dari kelas tersebut.

Kelihatan suasana kantin amat riuh membuat keadaan menjadi sesak. Angels yang baru memasuki kantin tersebut kehairanan.

"Hey! Kenapa banyak orang kat situ? " tanya Lieynn kepada salah seorang pelajar disitu.

"Err... Tu... girlfriend.. eh! Ex-girlfriend Jay baru balik dari oversea."balasnya.

"Ex-girlfriend? huahahaha...." celah Rieyka sambil tertawa.

"Ada-ada ja." sampuk Trieycia terus berlalu pergi menuju ke kaunter kantin untuk memesan makanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience