Bab 11: It's All Your Fault!

Romance Series 1511

Musim sekolah telah pun tiba. Jelas kedengaran teriakan para penggemar B-Wolf yang mula berkerumun di tepi gelanggang. Kelihatan B-Wolf sedang bermain bola keranjang di tapak gelanggang.

"Uishh diorang ni, mengalahkan artis." kata Lieynn melihat ke luar tingkap kelas mereka. Bangunan kelas mereka berhampiran dengan gelanggang bola keranjang.

"Bukan diorang artis kah?" sampuk Ieyla.

"Hahaha.. Artis yang belum diiktiraf begitu?" celah Rieyka.

"Amboi... amboi... Rancaknya bercerita. Ni hah... kerja Miss Aivy bagi, dah siap atau belum?" tanya Trieycia ketika melihat mereka tersenyum-senyum.

"Alaaa.... Kejap lah, Trieycia. Ni tengah tengok idol main bola keranjang ni." sampuk Nfiey.

"Amboi. Idol?" serentak mereka terus memandang Nfiey yang mula tersengih-sengih.

"Ohh idol yaa? Hmm patutlah.... Untunglah badan. Dahlah kacak, badan sasa....wuuu.... " sampuk Trieycia tersenyum.

"Trieycia!!!!!!!!" serentak mereka sambil ketawa.

"Weii... Tengok tu!" kata Lieyla sambil jarinya menunjuk ke arah sekumpulan gadis masuk ke dalam gelanggang duduk di bangku pemain.

"Tu siapa? " tanya Rieyka.

"Bukan tu kah ex-girlfriend Jay?" kata Nfiey.

"Ermm... Namanya Claudia. Anak CEO." balas Lieynn mula menarik muka.

"Cantikkan?" sampuk Trieycia. Mereka terus memandang Trieycia.

"Cantik? Dahi luas." balas Lieynn. Mereka tertawa.

"Tengok tu... Amboi gediknya bukan main." kata Lieynn sambil menunjuk ke arah mereka berdiri menunggu kedatangan B-Wolf yang baru selesai main.

"Habis tu, nak kita buat apa? Tampar? Hantam? " sampuk Rieyka.

"Kalau boleh sekarang, sekarang pun aku turun." balas Lieynn.

"Waduhh... marah nampak? Memangnya dia ambil boyfriend kau kah?" celah Ieyla.

"Belum jadi boyfriend. Alaa... dia orang kan cousin kita. Apa salahnya kita halang si gendik tu." balas Lieynn mengelabah.

"Kau suka Leo ya?" tanya Ieyla.

"Errr... taklah. Dah aku nak sambung buat kerja." balas Lieynn terus beredar menuju ke mejanya. Mereka hanya tertawa.

Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Angels berjalan menuju ke kantin memandangkan semuanya lapar.

"Hmmmm... guys, aku nak ambil tempat duduk dulu. Ok? " kata Ieyla yang baru selesai mendapatkan makanannya. Selang dua minit kemudian, terdengar bunyi pinggan jatuh. Angels berpaling. Ieyla?!! Melihat keadaan Ieyla yang terduduk di atas lantai, Angels berlari mendapatkannya.

"Ieyla???" serentak mereka. Mereka berpaling ke arah sekumpulan gadis yang tergelak-gelak.

"Woi!" teriak Rieyka. Perempuan itu berpaling.

"Yes?" tanya perempuan itu, Claudia sambil tersenyum sinis.

"Korang minta maaf sekarang! " bentak Rieyka, sambil menunjuk ke arah Ieyla.

"For what???? Oppsyy... For her?? Are you stupid?" balasnya sambil tertawa.

"Kau ni....." Trieycia terus menahan Rieyka daripada bertindak melulu.

"Rieyka. Stop. " kata Trieycia tenang.

"Kamu yang langgar buat Ieyla terjatuh, dan kamu harus minta maaf." kata Trieycia tenang berkata kepada Claudia.

"I'm so pity for her. You know what, she's fell down by her self. Not me." balasnya angkuh.

"Kau ni..... " Rieyka terus menumbuk muka Claudia sehingga perbalahan berlaku. Claudia hendak menampar muka Rieyka namun ditahan oleh Trieycia.

"Stop it!" terdengar suara garau berteriak membuatkan mereka terhenti. Mereka berpaling. B-Wolf?

"Apa yang korang semua buat ni?! " bentak Jay, terus berjalan menuju ke arah mereka. Claudia menangis terus berlari mendapatkan Jay.

"Dia pukul aku... " kata Claudia terus jarinya menunjuk ke arah Trieycia. Trieycia terdiam. Jay terus membuka langkah ke arah Trieycia.

"I'm so disappointed." Jay terus menolak Trieycia dengan kasar dan terus berlalu pergi membawa Claudia pergi dari situ. Trieycia terkedu. Tiada kata dapat diungkapkan lagi. Dia dimalukan di depan orang ramai. Angels yang lain terus terkejut dengan tindakan Jay sebentar tadi, terus mendapatkan Trieycia yang terduduk lemah di atas lantai.

"Sorry Trieycia." kata Rieyka, terus memeluk erat Trieycia. Trieycia tersenyum.

"Tak apa. Korang makan dulu ya. Saya nak ke tandas." balas Trieycia terus berdiri meninggalkan mereka. B-Wolf yang lain juga tidak menyangka dengan apa yang dilakukan oleh Jay sebentar tadi. Mereka terus berasa bersalah dengan apa yang telah berlaku.

"Trieycia tak ada!! " kata Lieynn, yang tercungap-cungap menyampaikan pesanan tersebut kepada yang lain. Mereka terkejut.

"Kau biar betul Lieynn????" kata Ieyla.

"Iya." balasnya lagi.

"Di tandas tak ada? Kat kelas? " tanya Lieyla pula. Lieynn menggelengkan kepalanya.

"Err... macam mana ni.. Kalau dia tak ada. Kau dah call?" tanya Ieyla.

"Sudah tapi telefonnya dimatikan." balas Lieynn.

"Jom cari dia." kata Ieyla. Mereka mengangguk terus bergerak mencari Trieycia di sekitar sekolah. Namun begitu, hasil pencarian mereka gagal.

Hari mulai gelap. Seharian mereka mencari Trieycia tetapi tidak juga dijumpai. Angels mulai cemas. B-Wolf pun turut cemas.

"Ni semua disebabkan kamu!" bentak Rieyka kepada Jay yang baru muncul entah dari mana. Jay tidak mengendahkan kata Rieyka terus berlalu pergi meninggalkan mereka di ruang tamu.

"Jay. Trieycia belum balik. Sudah lewat malam dah ni, dia masih tak balik lagi." kata Leo dengan tenang. Jay tetap memekakkan telinganya dan terus berlalu begitu sahaja.

"Kita tunggu jak lah." sampuk Lieynn, tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience