"Darling, Black tahu kau dah dibebaskan?" Soalku yang masih lagi dalam pelukan eratnya selepas selesai sesi sakan bergoyang inul.
Dicium ubun-ubunku lama. "Aku nak tahu kenapa kau trap aku baby?" Tenang Shasha bertanya sambil tangannya mengelus dada sejukku yang masih basah dek keringat.
Aku berpusing menghadapnya. "Aku tersepit memilih antara cita-cita dan cinta, darling. Aku sayangkan kau dan dalam masa yang sama tanggungjawab aku sebagai anggota polis buatkan aku harus memilih yang mana satu penting buat aku. Jika kau ditempat aku mana yang akan kau pilih, darling?"
"Kau tau tak siang malam aku menangis rindukan kau. Betapa sakit hati aku saat melihat kau didalam lokap. Ingin aku menjerit menyatakan betapa rasa bersalahnya aku terhadap kau darling?" Aku mengucup dadanya yang wangi dengan peluh.
Shasha merangkulku erat sambil melabuhkan ciuman diubun-ubunku lama.
"Maafkan aku jika buat kau sengsara," aku menutur kemaafan.
"Whatever reason...I'll always forgive you because...i love you so damn much." Shasha berbisik lembut ditelingaku.
Airmata merembes kerana terharu dengan kasih sayang Shasha padaku. Why you always make my heart melting darling.
"Thank you for forgiven me and loving me, darling." Aku kucup bibirnya lama menyalurkan cinta.
"Lamaran aku, kau terima? Aku tahu aku bukan lelaki yang baik untuk kau, tetapi aku akan cuba untuk menjadi suami kau yang selayaknya, baby. Aku akan jaga kau seperti nyawa aku sendiri." Shasha menutur lembut sambil menyeka sisa airmataku.
"Aku masih ada tanggungjawab yang perlu aku selesaikan dulu. Kau tahukan yang kau perlu bantu pihak polis untuk menjejaki Black?"
Itu tujuan sebenar aku kesini, cuba mendapatkan maklumat mengenai Black. Tapi lain yang jadi!
Shasha bangun dari perbaringan dan membetulkan duduk bersandar dikepala katil. Aku ditarik supaya duduk rapat disebelahnya. Tangan kiriku di bawa ke peha kanannya dan dielus lembut.
"Black, semua orang ingat dia tak wujud, hanya khayalan aku. Kau rasa, baby?" Shasha ingin dapatkan pendapat aku.
"Hmm.. dari apa yang kau cerita macam Black itu adalah engkau sendiri. Kau ke sebenarnya Black, ketua Black Hardy?" Aku juga ragu-ragu.
Shasha ketawa dan terus ketawa buatkan aku hairan. Apa yang lawak sangat soalan aku?
"Aku bukan Black yang kau cari. Black yang sebenar hidup bebas diluar sana. Sengaja dia tak menonjolkan diri kerana tidak mahu sesiapa pun mengenalinya melainkan aku. Dia hanya mahu dikenali melalui nama tapi bukan pada rupa."
"Kenapa Black tak mahu orang kenal dirinya?" Aku pelik kenapa dia tak nak orang tahu rupanya. Cacat ke dia? Mungkin tak hensem, gemuk dan bantut kot!
"Black ada sebab tersendiri kenapa dia tak mahu orang kenal dirinya yang sebenar, baby. Kau nak tahu siapa Black?" Shasha berjeda.
Aku excited.
"Kau akan tahu sendiri siapa si Black tu nanti." Shasha berbisik didepan muka sambil mencium sekilas pucuk hidungku. Huh..!! Aku merengus kecewa.
"Black akan berjumpa dengan aku minggu ini. Aku akan inform kau tarikh dan masa. Kau akan nampak dengan mata kepala kau sendiri nanti siapa dia." Sambungnya lagi.
:::::
"Tuan, saya dapat maklumat suspek utama akan berjumpa dengan Shasha dalam minggu ini. Tempat dan masa akan diberitahu kelak." Aku menghantar laporan pada killer smile.
"Hmm..bagus Anggun Inaara. Bagaimana kamu dapat maklumat? Kamu ada berhubung dengan dia?" Tuan Raef mula mengorek rahsia.
"Err.. dia call saya semalam, Tuan." Aku mula cuak dengan soalan tricky si Raef.
Dia hanya memandang dan tersenyum.
"Kenapa takut-takut? Saya faham dulu kan awak undercover untuk mendekati Shasha, so make sense kalau dia ada no telefon awak." Raef ketawa perlahan melihat aku yang macam ayam berak kapur.
"Hmm, maklumkan pada saya masa dan tempat pertemuan mereka nanti. Saya akan hantar pasukan kita untuk ambush ketika perjumpaan mereka berlangsung. Kita akan track Shasha melalui gelang kaki yang dia pakai." Sambung Raef lagi.
Aku dah tak sabar-sabar nak bertentang mata dengan Black. Aku ingin pastikan sendiri dengan apa yang Shasha katakan itu.
Dalam pada itu aku juga mula merindui Ashraff. Lagi 3 hari dia dijangka pulang. Tak sabar rasanya menatap wajah si dia. Sabarlah wahai hati!
:::::
"Aku akan berjumpa Black malam ini. Aku akan inform masa dan tempat perjumpaan nanti. So get ready, baby." Shasha call memaklumkan.
Aku berdebar. Malam ini penentuan segalanya. Aku segera hubungi Raef memaklumkan maklumat yang disampaikan oleh Shasha. Dia hanya menunggu info selanjutnya dari aku.
Aku yang tengah dalam perjalanan balik kerumah terpaksa melencong apabila Shasha tiba-tiba saja call memberitahu Black telah menukar fikiran untuk berjumpa dengannya di sebuah gudang lama yang terletak di kawasan pendalaman dari bandar AmanSari, sekarang. Kereta di pandu laju menuju ke destinasi yang dinyatakan. Sempat aku hubungi Raef menyampaikan maklumat yang baru aku terima dan dia juga telah mengarahkan pasukannya ke sana.
Aku sampai lebih awal di gudang itu dari team Raef kerana ia tidak jauh dari perjalanan yang dilalui. Aku yang keseorangan disitu tidak mahu membuang masa menunggu mula mengatur langkah ke arah gudang tersebut. Hati sudah tidak sabar-sabar ingin melihat dengan mata kepala aku sendiri siapakah Black.
Aku intai dari dinding gudang usang yang sedikit berlubang itu meninjau keadaan. Shasha duduk disebuah meja menghadap seseorang yang duduk didepannya. Adakah orang yang membelakangi aku itu adalah Black? Hati semakin berdebar ingin melihat secara empat mata dengannya. Tanpa berfikir panjang, aku menyusup masuk kedalam gudang itu sambil menghalakan pistol ke arah belakang Black yang duduk membelakangi aku.
"Don't move. You are under arrest, Black." Aku tujah kepalanya dengan muncung pistol. Black bangun sambil mengangkat kedua belah tangannya ke atas dan perlahan-lahan pusing menghadap aku.
Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Mata aku buntang, mulutku membulat, lutut terasa lembik. Tanganku yang memegang senjata tiba-tiba longlai.
Dia adalah Black selama ini???...
to be continued..
Share this novel