Seawal 7.30 pagi aku dah menjejak kan kaki ke pejabat untuk mulakan tugas yang dah 3 hari aku tinggalkan menimbun dengan pakej bunga sekali. 33 kuntum bunga total untuk 3 hari aku himpunkan dan diletak dalam vase kaca menghiasi meja kerjaku. My darling memang tak pernah miss out walau sehari pun menghantar bunga padaku. Aku tersenyum dengan effort my darling biar pun dia didalam tirai besi. Haishhh macamana lah aku nak lupakan kau darling kalau dah bunga tanda cinta kau hari- hari kat depan mata aku ni!
"Sayang..awal kau sampai? Breakfast jom." Tu sekoq lagi duk bersayang-sayang dengan aku, dengar dek Ashraff tu kang tahu la nasib kau Faisal! Aku mengeleng kepala mengenang perangai masing-masing.
"Kau duk geleng kepala apa lagi tu sayang? Aku ajak gi breakfast ni, jom lah aku belanja," laung si Faisal dari tempat duduknya.
"Ish kau ni pepagi dah terjerit-jerit, bingit sih! Aku pepagi dah sampai sebab tu hah nampak atas meja aku, kerja bersusun dah tu dengan bunga menimbun sepanjang aku cuti. Nak harapkan kau tolong aku memang tak akan punyalah." Aku bangun berjalan ke arahnya sambil membebel.
"Ala.. jangan lah marah sayang, aku saja je usik kau. Rindu sih aku sama kamu, jomlah kita gerak sekarang sebelum karipap sardin makcik goyah habis dirembat orang," Faisal menarik tanganku supaya berjalan beriringan ke cafe.
"Selamat pagi Inaara," aku menoleh ketepi melihat siapa yang menegur.
Lantas aku dan Faisal berhenti dan memberi tabik hormat dengan ucapan "Selamat Pagi Tuan". Tuan Ashraff hanya hanya mengangguk dengan muka seriusnya tapi masih kekal macho dimataku. Berdiri di sebelahnya pula Tuan Raef si killer smile yang aku duk adore sangat.
"Err.. Selamat Pagi Tuan Raef." Aduhh, aku ni apsal asyik gagap aje bila nampak muka si Raef ni.
"Kamu berdua nak ke cafe?" Tuan Ashraff bertanya. Aku dan Faisal hanya mengangguk.
"Kalau macam tu jomlah sekali, saya dan Tuan Raef pun belum breakfast lagi ni." Aku dan Faisal kembali mengatur langkah mengejar karipap sardin makcik goyah sebelum sold out.
"Wei sayang, apsal aku tengok si Tuan Ashraff tu lain macam ek?" Faisal mulakan sesi 'mak jemah' ketika kami berjalan pulang ke pejabat setelah selesai breakfast berempat yang ditaja oleh 'my yunk'.
"Apa yang lain macam? Elok aje aku tengok, masih handsome seperti biasa." Aku pelik dengan soalan Faisal.
"Kau tahu tak masa kau cuti, Tuan Ashraff pun cuti jugak. Kesian aku nengok Tuan Raef kehulu kehilir minta tolong carikan itu ini sebab both of you not around. Paling aku pelik, Tuan Raef suruh aku panggil cleaner datang kemas, lap dan mop bilik Tuan Ashraff masa 1st day dia datang. Setahu aku selama ni Tuan Ashraff seorang yang pembersih tapi tak tahu la pulak last day tu bilik dia sikit punya sepah dengan air tumpah dekat kerusi sampai ke lantai dibiarkan tak bermop," panjang lebar si Faisal bercerita.
Aku hanya mendengar sambil berfikir. Erk!! Air apakah itu?
"Agaknya Tuan Ashraff tertumpah air la kot, yelah dia kan sibuk kemaskan barang-barang dia sampai terlupa nak lap agaknya. Dah-dah sila tutup sesi mak jemah kau tu, sekarang pergi duduk tempat kau dan buat kerja. Nanti lunch kita sambung semula hokey," cepat-cepat aku menghalau Faisal kalau tak memang satu kerja pun tak siap bila berdua dengan dia membawang.
Sedang aku ralit menyiapkan kerja, satu notification banner whatsapp keluar. Tak payah tengok siapa penghantarnya pun aku dah tau siapa.
Tuan Ashraff: Love, i miss you...Rasa bilik i ni tak se'best' macam bilik lama i dulu la
Me: Gatal!!
Tuan Ashraff: Come here my love...Let's try riding course at my new office...more comfortable and spacious
Me: You jangan macam-macam yunk! i bz ni, kejap lagi Tuan Raef nak jumpa i pasal kes suspek Shasha...if you miss me pegi ride kuda kayu
Me:What!!.. si Raef nak jumpa you? Wat time? I' ll join the meeting... tunggu i datang!
Huh!! Sejak bila pula si Ashraff ni pandai jeles-jeles? Aku profesional kot. Hhmm yelah tu kau profesional Inaara oii, kalau tak mana datangnya air dekat kerusi jatuh sampai ke lantai! Sekarang dah susah nak nampak muka masing-masing sebab berlainan tingkat memang makin terukss la jelesnya. Aku tidak lagi membalas whatsapp si Ashraff. Malas...
Aku melangkah longlai ke bilik Tuan Raef dan masuk setelah mendengar arahan dari dalam biliknya. "Selamat Pagi Tuan," aku memberi tabik hormat seperti biasa. Tuan Raef si killer smile mengangguk sambil menyuruh aku duduk. Arghhhh..kau jangan senyum lagi Raef oooii, aku rasa macam nak kunyah aje lesung pipit kau yang manis tu. Ohh melting jap!
"Ehem.. Anggun Inaara, awak akan ikut saya ke bilik soal siasat selepas ini. Tuan Suffian ada inform awak sebelum ini yang suspek hanya mahu berikan kerjasama dengan awak saja kan? Hanya awak dan dia saja nanti disitu, jangan risau kerana saya dan anggota lain ada bersama disebalik cermin memerhati, lagipun bilik itu dilengkapi cctv dan juga speaker so awak selamat ketika bersama suspek," panjang Tuan Raef meng'explain'.
"Eerr....baik Tuan," again aku gagap lagi bila berdepan dengan si killer smile ni.
Belum sempat aku nak bertanya lanjut terdengar ketukan dan pintu dibuka dari luar tanpa sempat si Raef memberi arahan. Tersembul kepala si Ashraff macam kepala kura-kura keluar dari cengkerang memandang kami. Dengan selamba dia masuk dan menutup pintu menuju ke sebelahku untuk duduk. Tercengang aku dan Tuan Raef dengan kelakuannya yang suka suki interrupt discussion kami.
"Sorry to interrupt both of you. Aku mendapat arahan dari Tuan Suffian untuk sesi soal siasat hari ini, aku akan handle. Tuan Suffian nak aku tengok progress bila Inaara dengan suspek nanti. Aside, Tuan Suffian nak jumpa kau untuk discuss pasal kes rompakan bank yang berlaku di SeriUtama semalam." Tegas Ashraff berkata pada si Raef.
Tuan Raef masih dengan killer smilenya hanya mengangguk perlahan sambil panahan matanya memandangku. Aku senyum kelat membalas pandangannya. Kemudian dia bersuara, "Good luck Anggun Inaara, i know you can do it," Tuan Raef memberikan dorongan semangat padaku pakej dengan lesung pipit manisnya.
"Eerr..Terima kasih Tuan," lembut aku bertutur gagap. Ashraff berdehem perlahan menandakan dia masih disitu.
"Oklah, shall we?" Ashraff bangun menuju ke pintu dan berhenti menunggu aku menyusul di belakang untuk ke bilik soal siasat bertemu dengan my darling. Aku bangun memberi tabik hormat kepada si killer smile dan berlalu keluar dari situ. Sempat lagi si Ashraff mencubit lembut pinggangku melepas geram dengan aku yang asyik tersengih.
Berdebar gila rasa hati aku sekarang. Segala macam rasa bercampur gaul macam rojak. Aku rasa excited, takut, sedih, rindu nak bertentang 2 mata dengan my darling kejap lagi. Setiap langkah yang diatur menuju ke bilik soal siasat dirasakan sangat lambat. Hawat kalut sangat kau ni Inaara? Gediks betul tak sabar nak jumpa my darling.
Dari cermin luar bilik soal siasat tu aku dah nampak muka Shasha yang teruja bila dikhabarkan hari ini aku yang akan masuk dan menyoal sidia. Aku tersenyum bercampur terharu bila dapat melihat wajah kesayangan hamba setelah lebih seminggu tidak bersua. Hanya mengutus bunga sebagai tanda cinta dan rindukan aku. My darling..tahukah engkau yang aku jua begitu? Ingin aku peluk dan hamburkan segala kerinduaan yang terbuku dalam hati aku. Oh my darling, wait for me!!..
"Inaara..Inaara..., kita dah sampai. Awak boleh masuk dan mulakan sesi soal siasat sekarang." Tuan Ashraff melambai-lambaikan tangan didepan muka, cubaan menyedarkan aku yang duk sibuk berkhayal.
"Hah!!..Errr..baa..bbaaiik..baiklah Tuan," aku menyingai malu kerana asyik berangankan my darling sampai tak perasan aku dah berdiri depan bilik soal siasat itu. Tuan Ashraff hanya tersenyum mengeleng kepala melihat perangai gagap plus muka menahan malu.
Malunyaa...jatuh saham aku weii!!
Hanya aku seorang saja yang masuk, Tuan Ashraff dan anggota lain tidak dibenarkan 'menyibuk' dalan bilik soal siasat itu atas arahan Shasha my darling.
"Baby..i miss u so damn much." Itu ayat pertama Shasha bila melihat aku melangkah masuk dan duduk bertentangan dengan nya. Aku senyum dengan mata yang mula berkaca-kaca.
"I miss u too damn soooo much Darling." Tanpa segan silu aku juga meluahkan kerinduan dihati. Shasha memegang erat, cuba menenangkan aku yang dah mula teresak-esak.
"Please don't cry baby, I'm here for you." Shasha memujuk dengan kata-katanya yang diungkap lembut dan tenang.
Tanpa dapat ditahan lagi aku bangun dan duduk diatas riba Shasha memeluk secara berdepan sambil menghamburkan tangisan dibahunya. Shasha mengusap perlahan belakang badan cuba menenangkan crying baby ni.
" I love u too Darling..I love you too," aku luahkan kata-kata cinta sambil menangis.
Shasha menarik wajah ku supaya menghadapnya dan dalam sebak, " You do? Oh god thank you..thank you for loving me Baby." Shasha mula mengalirkan airmata kegembiraan dengan luahan hati yang patut aku ungkapkan ketika dia meluahkan perasaan cintanya padaku tempohari.
Sayu hatiku melihat airmata Shasha yang mengalir, ternyata shasha begitu menyintaiku setulus jiwa.
Aku masih lagi didalam di pelukkannya yang selesa kerana terasa ia seperti...
DEJA VU.....
Infopedia:
DEJA VU - Suatu fenomena mengalami perasaan kuat bahawa sesebuah peristiwa atau pengalaman yang sedang dialami itu telah dilalui seseorang pada masa lalu.
Share this novel