Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke pejabat. Dari jauh dah nampak bekas cantik atas meja, semakin besar langkah dibuka kerana tak sabar nak lihat isi dalamnya. Bersinar mata melihat kuih talam durian yang begitu cantik kuningnya. Perghh, ini kalau sendawa satu pejabat maki-hamun aku kang. Sticky notes yang terlekat dibaca.
'Wanna be my chammak challo?'
Alahai si Raef budak sastera ni boleh tahan juga ek, main kias-kias guna bahasa hindustan pula! Aku ketawa kecil.
Langkah diatur ke pantry, membancuh segelas nescafe dibawa ke bilik Raef. Aku masuk setelah mendengar keizinan dari Raef, berlenggang-lengguk takut air tumpah. Si dia tersenyum lebar melihat aku meletakkan cawan atas meja, semerbak bau nescafe memenuhi ruang biliknya.
"Tuan Raef, jemput minum air nescafe yang dibancuh dengan penuh kasih sayang dari saya," aku senyum mempelawa dia merasai air tanganku.
Kening dijungkit sebelah sambil dicapai cawan dan dihirup perlahan.
"Hmmm..sedap. Thanks for this Anggun Inaara." Diangkat sikit cawan dengan killer smilenya.
"Err..Tuan..kenapa hantar rombongan meminang tanpa berbincang dulu dengan saya? Maaf kalau tak sesuai tanya time-time begini, tapi saya perlu tahu apa yang Tuan Raef cuba buat ni." Aku takut-takut bertanya.
"Anggun Inaara, hal personal kita bincang lepas waktu kerja nanti. Petang nanti tunggu saya di lobby. Now, awak pergi semak semula file kes suspek. Suspek akan dibebaskan esok under surveillance polis." Raef bertukar 'bossy' dalam dia duk senyum-senyum.
"Baiklah Tuan. Maafkan saya pasal soalan tadi. " Aku angkat punggung sebelum berhenti sebentar di pintu dan menoleh padanya yang masih memerhatikan aku, " Thanks for all the sweetness you gave it to me for the past 2 weeks," habis saja aku berkata, terus keluar dari biliknya dengan senyuman sinis.
:::::
"Anggun Inaara, maafkan saya jika kata-kata siang tadi ada menguriskan hati awak. Saya tak pandai nak bersweet-sweet dengan wanita sebab saya tak pernah bercinta dengan mana-mana wanita pun." Tuan Raef mulakan bicara setelah selesai sesi menyantap di Samirah Place tempat favourite aku.
"Kenapa Tuan Raef? Sepatutnya hal penting macam ni perlu bincang dulu dengan saya. Saya ni manusia, ada hati dan perasaan juga. Ada tak Tuan Raef terfikir yang saya mungkin dah berpunya? Bagaimana pula penerimaan saya tentang Tuan? Dan penerimaan Tuan terhadap saya? Aku luahkan segala ketidakpuasan hati padanya.
Raef hanya senyum mendengar. "Anggun Inaara, maafkan saya andai perbuatan saya yang agak terburu-buru buatkan awak tak selesa. Pada saya, jika kita bercinta hatta 10 tahun sekali pun, bergayut setiap malam, dating tiap-tiap hari belum tentu lagi kita bersama. Sebab itu, saya ingin jadikan awak milik saya yang sah supaya kita dapat melayari semua kenikmatan dunia & akhirat bersama-sama. Nikmat bercinta selepas kahwin lebih indah Anggun Inaara."
"Saya tidak memaksa awak untuk menerima saya dan saya juga tidak menjanjikan bulan dan bintang untuk awak terima saya. Saya tahu awak telah melalui kegagalan alam perkahwinan sebelum ini dan saya tak kisah pasal sejarah hitam awak kerana kita manusia biasa memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tapi apa yang boleh saya pastikan, akan saya bahagiakan awak dengan cinta dan kasih sayang saya yang ikhlas dan tak berbelah bagi dalam sama-sama kita mencari jalan keredhaan Ilahi."
"Saya tak perlukan jawapan awak sekarang Anggun Inaara, ambillah seberapa banyak masa yang awak mahu. Saya percaya pada jodoh ketentuan ilahi andai awak memang ditakdirkan milik saya sama ada lambat atau cepat saja," sambungnya lagi.
Aku menghela nafas panjang. "Terima kasih kerana memahami saya, Raef." Aku menutur lembut.
Raef hanya mengangguk perlahan dengan killer smilenya. Aku terharu bercampur lega kerana Raef ikhlas menerima aku seadanya dan memberikan ruang dan masa untuk jawapan lamaran nya.
Raef, keperibadianmu sebagai lelaki yang budiman memberikan aku secebis sinar harapan baru.
:::::
Shasha telah dibebaskan dari tahanan, tetapi masih lagi terikat dibawah surveillance polis dengan dipakaikan gelang pada kakinya dan perlu melapor diri dibalai berdekatan seminggu sekali. Seminggu selepas Shasha dibebaskan, aku mengunjunginya dirumah. Dia yang terkejut melihat aku, terus diterpa dan memeluk erat menzahirkan kerinduan yang bersarang dihati.
"Do you miss me, baby?" Bisikan Shasha dengan aura badboy nya. Gila tak rindu pada my darling sekor ni!
Aku terus menyambar bibir Shasha, berkucupan lidah saling membelit rakus didepan pintu. Aku didukung dalam bibir kami masih bertautan, dibawa kedalam biliknya merebahkan diri atas katil supaya selesa. Ciuman dilepaskan dengan pandangan yang penuh rasa cinta.
"I miss you so much baby...like hell." Shasha mengelus lembut dahi turun ke pipi dan berakhir dibibir mungilku. Dicium perlahan dahiku menyalurkan rindu.
Hmmm...Setelah sekian lama tidak bersama, aku mula rindukan belaiannya.
"Perfect in every angle, you're so beautiful inside out baby." Shasha mengucup halus dan berulang kali pada bibir merahku. Kedua tangannya turun naik, meraba, meramas, membelai dan mendakap seluruh tubuh hangat ini. Kucupan dibibir menjadi rancak, berulang ditaut menjadi more intense. Kepala dan rahang Shasha bergerak mendalami ciuman basah itu, tubuhku makin meliuk menggeliat mula kenikmatan.
Huh, penangan killer kiss Shasha buatkan aku lupa pada Ashraff punya amaran, Raef punya keikhlasan dan tujuan sebenar aku kesini. Yang paling penting lepas rindu dulu!
Jangan ditanya bagaimana penangan Shasha melepaskan kerinduan nya terhadap aku. Yang pasti aku juga sama-sama rakus sepertinya bergoyang inul memerah keringat!
"Darling, Black tahu kau dah dibebaskan?" Soal ku yang masih lagi dalam pelukan eratnya selepas selesai sesi sakan bergoyang inul.
Dicium ubun-ubunku lama. "Aku......"
to be continued...
Share this novel