Seminggu sudah aku mereput dalam bilik. Hanya makan tidur makan tidur sepanjang hari. Nasib badan aku still maintain lagi. Kalau macam belon, memang siapa pun tak mengaku yang aku ni Anggun Inaara.
Nak masuk pejabat, si Tuan Ashraff tak benarkan. Nak bertugas pun tak boleh sebab si Shasha entah kemana menghilang seminggu. Jangan kata call, satu whatsapp pun tak ada.
Dulu kemain lagi sibuk call and whatsapp aku siap pakej marah-marah sebab tak layan. Sekarang, *ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. Ternyata semua lelaki memang begitu. Aku saja yang bodoh biarkan perasaan mengarut ini memenuhi hati.
Ish, aku tak boleh melayan perasaan sorang-sorang macam ni dalam bilik, boleh jadi mereng wei. Baik aku keluar pegi hirup udara fresh supaya otak aku kembali berfungsi dan fokus.
"Mama, Inaara nak keluar kejap pegi jogging dekat taman rekreasi berdekatan. Asyik makan tidur makan tidur badan ni rasa macam nak meletup. Inaara pergi dulu mama." Aku menyalam tangan tua mama setelah menyarung kasut puma hybrid runner dan berlalu pergi dengan 'Grab' yang telah dibooking awal-awal tadi.
Setelah dua round aku berjogging mengelilingi taman rekreasi yang maha luas ini, aku melabuhkan punggung di kerusi rehat yang terdapat di situ melepaskan lelah sambil meneguk mineral Evian bagi hilangkan haus.
"Do you miss me, Baby" Suara si dia terngiang -ngiang di telinga.
Ah sudah, aku ingatkan bila dah jogging ni sambil hirup udara segar aku bebas dari penyakit angau tapi kenapa suara itu masih lagi berlegar-legar di fikiran? Aku dah tak siuman agaknya.
Shuh..shuh.. nyah kau suara dari fikiranku, aku masih muda lagi untuk jadi gila. Lagipun misi aku belum terlaksana lagi!
Terhinjut bahu bila terasa tapak tangan kasar mengelap peluh di tengkuk. Lantas aku berpaling melihat gerangan siapa yang sungguh kurang ajar cuba meraba aku di tengah khalayak ramai ini. Mata aku terbuntang besar.
"Err..errr..wha...what..arrrr..are..yyy..you...doo..doing...herr..here, Dar...Darling," gagap aku pun bermula.
Dalam gagap-gagap pun, hati jangan cakap la sikit punya meletup suka bila orang yang aku rindukan dah timbul depan mata.
Aku dengan tak tahu malu terus memeluk erat badan nya bagi melepaskan segala kerinduan. Huh! aku tak peduli pandangan orang sekeliling yang penting aku nak peluk dan hirup bau maskulinnya cukup-cukup supaya hilang penyakit aku ini.
Aku syak memang aku dah kena minyak dagu buatan Shasha!!
Shasha melabuhkan ciuman di dahiku lama sambil membalas pelukan aku dengan erat. "Kemain masam lagi kau ni, nasib aku rindu. How are you, Baby? Do you miss me..hmm?" Shasha mencium sekilas pipi kanan pula.
"Macamana kau tahu aku ada disini? Bila kau balik? Kenapa tak call atau whatsapp aku?" Bertubi-tubi soalan aku lontarkan supaya kurang sikit benak otak aku ni.
Shasha hanya mendiamkan diri, menarik aku supaya mengikut ke Tesla Black Matte nya. Sambil memandu Shasha berkata, " jom kita ke yacht aku, we spend 2-3 night dekat sana. Aku rindukan shiatsu dan erangan manja kau bila tengah 'high pleasure'. Besides, aku nak kau jumpa buyer-buyer Black Hardy nanti."
Erk!! Aku tersepit lagi antara rindu dan tugas? Yang mana satu harus aku utamakan sekarang? Rasanya Faisal dah puas 'basuh' aku tempoh hari, nampak gayanya aku akan utamakan dulu 'keinginan' then baru tugas kut!
Ampunkan aku Faisal!
"Semalam aku dah sampai sini, tapi aku tak sempat nak call atau jumpa kau sebab ada urusan yang perlu aku settlekan. Aku terlalu busy dengan segala urusan Black Hardy dengan kumpulan kartel-kartel dadah yang lain. Black sedang merancang sesuatu untuk mengukuhkan lagi coke Black Hardy ke serata dunia." Shasha mengenyitkan mata.
Aku sekadar membisu kerana fikiran ligat memikirkan masa yang sesuai untuk memberkas Shasha dan konco-konco nya. Mungkin kali ini aku berpeluang untuk berjumpa dengan Black masa perjumpaan dengan buyer-buyer Black Hardy nanti. Dapat aku tangkap kesemua mereka dalam satu masa. Oh.. Aku tidak sabar menanti saat itu.
Alamak!! aku lupa nak inform mama yang aku tak dapat balik ke rumah untuk 4-5 hari sebab follow si Shasha ni. Tapi macamana nak call mama kalau 24 jam Shasha asyik nak berkepit dengan aku aje.
Idea..idea..menjelma lah akan dikau aku seru!
"Errr..Darling, boleh aku call mama dulu bagitahu dia aku tak balik kerumah untuk 4-5 hari ni?" Aku menyingai meminta izin.
Haruslah minta izin dulu, buatnya la aku tengah syok-syok cakap dengan mama tetiba dia rampas telefon aku lepas tu duk sibuk nak cakap ngan bakal mertua memang mati aku. Ialah aku tak pernah kenalkan Shasha pada mama, besides mama hanya tahu kawan aku cuma si Faisal tu saja, ni dengar suara lelaki lain mau mama membebel macam keretapi non stop.
"Better kau inform mama yang kau tak balik untuk seminggu. Aku nak spend time dengan kau and the same time aku akan guide kau pasal urusniaga Black Hardy. Aku nak kau assist aku dalam semua hal berkaitan Black Hardy," kata Shasha.
Makk aiii, besar tanggungjawab aku ni. Mana nak kena jadi personal shiatsu, dah tu kena assist dia uruskan Black Hardy pula. Kalau kerja makan gaji memang aku dah minta naik gaji tapi boleh ke aku request gaji dengan Shasha? Erk!
"Tankiuss Darling," aku kucup bibirnya sekilas.
Lantas aku hubungi mama dan memberitahu yang aku perlu menghadiri kursus di luar daerah selama seminggu. Bila ditanya pasal baju, aku hanya khabarkan baju spare memang tersimpan dalam beg diletakkan di rumah rakan sepejabat. Harap-harap mama tak banyak bunyi walaupun dia tahu aku berbohong padanya.
Inaara tengah dalam undercover mama, sorry!
Sampai di yacht miliknya, kelihatan 5 *yachties menyambut kedatangan aku dan Shasha. Kapal mewah itu mempunyai empat kabin yang menempatkan 9 yachties. Selain lima bilik tidur ia juga dilengkapi dengan kelengkapan gimnasium, lif yang mampu memuatkan tiga individu, jacuzzi dan bar. Kapal itu juga mampu menampung tiga jet ski dan dua buah kayak. Betapa besar dan mewahnya yacht kau ni Shasha!
Aku kemudiannya di bawa kebilik tidur utama yang berada di tingkat atas. Aku ingin segarkan badan, berjalan ke bilik air untuk penuhkan bath tub dengan air. Badan dah naik miang dengan peluh yang dah kering dan bau pun serupa kambing akibat berjogging tadi. Shasha mengekori dari belakang dan melabuhkan punggung di katil. Sambil menunggu air bath tub penuh, aku melurutkan semua pakaian yang membaluti tubuh satu persatu dan berjalan dengan gaya mengoda manja ke arahnya.
Dapat aku lihat Shasha menelan liur dengan aksi liar kali ini. Aku tarik tangannya supaya berdiri dan mula menanggalkan segala pakaian di badannya sehingga tiada seurat benang pun yang tinggal. Aku mengelus manja dada kekarnya sambil mengucup bibirnya sekilas.
Perlahan aku menarik si dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi bersama sambil ingin melepaskan rindu dendam yang terbuku di hati masing-masing.
Infopedia:
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang - Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
Yachties - krew kapal layar yang dibayar gaji / upah.
Share this novel