Chapter 16 - Second Self

Mystery & Detective Series 57083

"Selamat pagi Mama, meh kita breakfast sekali. Inaara dah siapkan bihun goreng cuma tinggal nak bancuh nescafe aje ni," begitu lincah tanganku membancuh nescafe kaw.

"Kus semangat! Mama ingatkan hantu mana pagi buta yang tung tang..tung tang..dekat dapur. Rupanya kamu Inaara, si anak bertuah mama," mama mengusap perlahan dadanya.

Yelah aku kan hantu tidur, mana pernah tunjuk muka dekat dapur pepagi. Kalau nak tengok muka aku, sila kebilik tidur, tu dia sikit punya baik aku terbongkang pakej air liur basi bagai.

"Baru harini mama nampak batang hidung kamu, Inaara. Mana kamu pergi tak balik rumah 3 hari? Mana kamu tidur? Pagi ni kemain rajin lagi ke dapur, adalah tu!" Mama dengan bebelan berpisah tiada.

"Nantilah Inaara cerita, mama. Cukup sekadar mama tahu yang Inaara tengah sibuk 'undercover' untuk misi terbaru ni. So kalau Inaara kejap ada kejap tak ada tu mama faham-faham ajelah. Sama ada Inaara tidur dekat pejabat atau pun rumah kawan sepejabat. Sekarang ni jom breakfast. Kejap lagi Inaara nak kena masuk pejabat bagi laporan dekat boss," aku cuba mematahkan serangan bebelan mama yang tiada penghujungnya bila sudah bermula.

:::::

"Kau apsal, sayang? Aku tengok kau asyik termenung sana termenung sini. Cuba cerita dengan aku apa masalah negara sangat sampai kau jadi macam ni?" Faisal duduk disebelah bertanya.

"Hmmm... entahlah Faisal, aku tak tahu nak mula dari mana sebenarnya," aku mengeluh panjang bila teringat perbualan dengan Tuan Ashraff pagi tadi.

"Inaara, apa perkembangan terbaru hasil undercover awak?" Tuan Ashraff menyoal.

"Eerrrr.. saya masih belum dapat apa-apa maklumat lagi setakat ini. Agak susah untuk dapatkan maklumat kerana baru seminggu saya bersama dengan suspek, Tuan." Buat pertama kali aku terpaksa membohongi boss sendiri.

Tuan Ashraff merenung lama mukaku. Mungkin sedang menilik adakah aku berkata benar kerana permulaan ayat aku teragak-agak.
Aku membisu seribu bahasa dengan hanya memandang lantai, seolah-olah Tuan Ashraff tidak wujud dalam bilik itu.

"Inaara! Berkali-kali saya panggil awak tapi masih tak dengar. Kenapa dengan awak ni? Ada masalah?" Keras nada suara Tuan Ashraff.

Aku tergamam. Bila masa pula Tuan Ashraff ni panggil aku? Aku mula hilang fokus.

"Awak sebagai seorang anggota polis seharusnya bersikap profesional, Inaara. Jangan campur- adukkan soal peribadi ketika bertugas. Walau seberat mana pun masalah awak, tolong selesaikan dengan segera supaya ia tak menganggu tugas. Saya tidak mahu awak lalai dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberi."

"Mulai esok, awak tak perlu lagi lapor diri ke pejabat, melainkan dipanggil oleh saya atau pihak atasan. Saya mahu awak dekati serapat yang boleh dengan suspek dan cuba dapatkan seberapa banyak maklumat supaya suspek dapat diberkas kerana hanya dia seorang saja yang tahu dimana keberadaan ketua Black Hardy. Secara tak langsung kita akan dapat mengesan dan menangkap ketua kumpulan kartel itu dengan segera," tegas Tuan Ashraff.

Aku terkelu dengan kata- katanya. Macamana dia tahu aku ada masalah peribadi? Ada tertulis dekat dahi aku ke?

Tindakan refleks tangan kanan aku naik mengosok dahi sendiri.

Tuan Ashraff hanya mengeleng kepala melihat tindakan aku yang serupa orang biul itu. Mana taknya, dia punyalah panjang lebar bersyarah, respon aku pegi gosok dahi. What the heck!

"Maafkan saya jika prestasi kerja saya tidak memuaskan hati Tuan. Saya akan cuba selesaikan masalah saya dengan segera supaya saya dapat lebih fokus pada misi kali ini," aku memberi jaminan.

Seharusnya aku bersikap profesional sebagai seorang anggota polis, tapi lain pula yang aku buat. Ini bukan cara kau, Inaara. Baru lemas dalam lautan asmaradana dah lembik.

Tuan Ashraff hanya mengangguk.

"Oh ya, saya terpaksa ambil cuti seminggu kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Saya harap awak dapat kembali fokus pada misi ini sepanjang ketiadaan saya." Tuan Ashraff menamatkan perjumpaan kami dan meminta diri sebelum bergegas keluar dari pejabat.

"Inaara..wei Inaara sayang!!" Faisal menepuk bahuku, geram kerana tiada respon dari aku.

Terhinjut bahu akibat terkejut. Kus semangat!

"Kau cakap apa tadi, Faisal?" Aku bertanya semula setelah tersedar dari lamunan memikirkan kata-kata Tuan Ashraff pagi tadi.

"Kau ni teruk benar aku tengok. Mengelamun tak habis-habis. Macam ni lah, balik ni jom kita lepaks Coffee Bean. Kau cerita dekat aku dari A sampai Z." Faisal mengeluarkan kuasa vetonya.

Eleh, boleh aja nak cerita kat sini tapi nak suruh aku belanja dia mocha blended lerr tu. Pasal tu ajak aku lepaks kat sana. Huh Faisal...Faisal...!

"Sekarang kau story dengan aku apa masalah kau sebenarnya? Dari pagi lepas kau keluar dari bilik si Ashraff tu, kau asyik termenung sana termenung sini, mengeluh jangan ceritalah sampai naik pekak aku dengar," Faisal menyisip mocha blended feveretnya.

Kopak aku!

"Aku tak tahu macamana nak cakap la Faisal. Aku pun pelik kenapa dengan hati aku ni. Baru sehari aku tak nampak dia, aku dah rasa kosong, kesunyiaan. Kau tahukan aku jenis macamana? Sejak aku undercover ni, aku mula tak fokus pada tugas dan misi aku. Aura dia kuat sungguh sampai aku mula rasa angau merindui. Salah ke aku berperasaan begitu, Faisal?" Aku luahkan segala yang terbuku dalam jiwa.

"Kau jangan cakap dengan aku 'dia' yang kau maksudkan tu suspek dalam misi kau, Inaara?" Telahan Faisal benar! Aku hanya sekadar mengangguk perlahan mengiakan.

"OMG Inaara! Kenapa kau sampai jadi macam ni? Inaara yang aku kenal hatinya sekuat besi tak mudah cair pada api sekali pun. Ilmu apa yang dia tu dah guna sampai kau jadi macam ni?" Suara Faisal naik seoktaf.

"Shasha nama suspek tu Faisal!" Suara aku sama naik akibat emosi ter'over' bila Faisal asyik sebut suspek2.

"Ok..ok, sekarang kau cerita dengan aku apa yang si Shasha tu dah buat pada kau, Inaara. Kita kan dah janji tiada rahsia antara kita? Now tell me sayang." Faisal memujuk.

Aku mula bercerita dari jadi keldai sampailah candlelight dinner. Scene yang 18sx, aku simpan sendiri. Nak mampus kalau cerita! Aku masih nak hidup lagi dimuka bumi ni maka biar hanya aku dan Shasha saja yang tahu.

"Sayang, secara fitrahnya, lelaki memang dicipta tertarik dengan kecantikan dan keseksian wanita, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Tetapi, *Pipit sama Enggang tak boleh terbang sama. Dunia kau dan dia berbeza. Jadi *biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian." Lembut bicara Faisal menasihati. Untung badan sapa dapat bersuamikan si Faisal nanti.

"Aku faham, Faisal. Tak seharusnya aku campur adukkan perasaan sendiri dengan tugas. Aku harus bersikap matang, tenang dan rasional. Terima kasih kerana mengambil berat pasal aku. Aku mengukir senyuman tanda lega kerana dapat meluahkan segalanya pada Faisal.

Aku sayang kau my 'second self'. Kau sentiasa ada bila aku perlukan kau.

Infopedia:
Pipit sama Enggang tak boleh terbang sama - Perhubungan atau perjodohan yang tidak sama padan, manakan boleh selamat.

Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian - Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience