Chapter 8 -Home Sweet Home

Mystery & Detective Series 57083

Home sweet home!! Aku menjerit girang.

Aku hempas tubuh langsingku ke katil sambil menutup mata melepaskan lelah. Betapa heavennya rasa bila kau dapat tidur atas katil yang sungguh empuk tilamnya sambil memeluk bantal busyuk kesayangan yang 10 tahun tak pernah basuh. Wangi wei bau bantal busyuk aku ni!

Lesu seluruh anggota badan macam baru lepas buat larian marathon 10km, padahal hanya membuta aje pun malam tadi. Tak lena tidur aku dek gangguan si mamat tu.

Sebelum aku terlelap sekali lagi ni, baiklah aku sucikan diri dulu. Aku bangun menuju ke bilir air, nak samak diri bersihkan segala bekas-bekas gomolan si Shasha yang melekat diseluruh muka dan badanku ini.

Badan pun dan feel fresh up plus wangi. Mana taknya berbotol gel bath aku lumur dalam usaha menghilangkan segala bekas gomolan mamat tu.

Aku atur langkah turun kebawah untuk beramah mesra dengan mama.

"Kemana saja kamu ni Inaara dah nak petang baru balik? Dah makan ke belum ni? Kalau belum lagi meh sini makan, nasib baik mama dah siap masak!" Melantun suara mama bergema didalam rumah dengan ketidakpuasan hatinya.

Aku melangkah longlai kearahnya lantas mencium manja pipi dan memeluk erat dengan harapan mama berhenti membebel. Betul kata pakar motivasi, ciuman dan pelukan mampu meredakan amarah seseorang dan hasilnya mama terdiam sambil membalas pelukanku manja.

"Sorry mama, Inaara ada tugas khas yang harus dilakukan sampai lupa nak inform mama awal-awal yang Inaara balik lambat," aku hadiahkan lagi ciuman percuma di pipi kirinya.

"Batuk mama dah ok?" Aku menyoal lagi sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan. Lapar bak hang, dah la breakfast pagi tadi langsung tak mencapai piawaian perut aku!

"Biasalah Inaara, dah senja-senja ni macam-macam la penyakit datang. Jangan risau pasal mama, yang penting kamu tu jaga kesihatan diri jangan asyik sibuk dengan tugas sampai tak ingat nak makan, tak ingat nak rehat bagai," bebel mama padaku.

Berselera sungguh aku makan sampai 2 pinggan aku bedal dalam tak sedar. Masakan mama memang terbaik dari ladang.
"Rania mana mama?" Baru aku perasan betapa sunyinya rumah.

"Apa lagi si Rania tu nak buat kalau tak membongkang dalam bilik. Apa nak jadilah dengan anak-anak dara mama ni, yang sorang baru balik, yang sorang lagi tidur tak bangun-bangun." Mama berleter lagi melepaskan rasa gusar dihati.

"Mama...ape bising-bising ni? Tiap kali Rania bangun, benda pertama yang Rania dengar mesti suara merdu mama membebel. Tak penat ke mama membebel?" Rania menegur sambil berjalan menuju ke arah aku yang tengah sedap melantak di meja makan.

Aku hulurkan pinggan pada Rania yang mula duduk disebelah dan mencedok nasi. Dah lama rasanya tak makan bertiga begini. Santapan kami diiringi dengan bunyian pot..pet..pot..pet..dari mamaku yang sedang membebel. Aku dan Rania pula makin berselera menambah nasi ibarat setahun tak makan. Kau boleh?

"Mama, sudah-sudah la tu membebel, tak baik depan rezeki ni lagipun dah lama kita tak makan bersamakan? So, mama simpan dulu bebelan mama nanti lepas makan sambung balik ya," aku tersenyum dengan scenario bahagia keluarga kecilku ini.

Walau sesibuk mana pun kita dalam mencari rezeki, jangan sesekali kita lupa meluangkan sedikit waktu untuk bersama dengan keluarga tercinta. Makan bersama dengan mereka sambil bergurau senda sudah cukup mengeratkan lagi hubungan kasih sayang bersama.

:::::

Perut dah kenyang penangan 3 pinggan nasi buatkan aku mula mengantuk macam ular sawa berlingkar. Asyik makan tidur makan tidur boleh gemuk wei.

Picture perfect, you don't need no filter...
Gorgeous, make 'em drop dead, you a killer...
Shower you with all my attention...

Deringan ringtone lagu intentions Justin Bieber memekak menandakan ada panggilan masuk di handphone aku. Korang jangan ingat aku pakai ringtone justin bieber bermakna aku ni diehard fan dia ya! Sorrylah, aku hanya suka dengar bait-bait lagu tu saja. Nothing more nothing less.

Tiada nama si pemanggil dalam contact list simpanan aku terpamer, hanya tertulis private number is calling. Siapa pula mengacau aku time- time nak bersleeping beauty ni. Aku biarkan saja handphone berbunyi tanpa henti, malas nak jawab.

Setelah 7 kali deringan handphoneku kembali senyap, mungkin si pemanggil dah give up. Aman dunia tanpa pencemaran bunyi lagu justin Bieber yang memekak tadi.

Tapi keamanan tu hanya bertahan untuk 20 saat aja sebelum bunyi dari whatsapp notification bertalu-talu masuk tanpa henti. OMG, gigih betul si penghantar men'spam' whatsapp aku ni. Laju betul kau typing!

Aku buka whatsapp apps dan mula membaca siapa si spammer sengal tu. Rupa-rupanya...

Shasha: Why not picking up my call?
Shasha: Where r u?
Shasha: Where r u?
Shasha: Where r u?
Shasha: Please pick up my call
Shasha: You have no idea what I can do, babe! Don't challenge me!!!!
Shasha: I know u have read, reply me!!!
Shasha is typing....

Adehhhh, mamat ni nak apa lagi. Tak puas lagi ke gomol aku dari malam tadi sampai pagi ni? Senang-senang kau sumpah aje aku jadi kucing then letak aku dekat rumah kau supaya senang kau nak gomol-gomol aku tak kira masa.

Jari jemari malas nak reply whatsapp, so aku call saja via whatsapp call...Kan senang!

"Hello Anggun, where have you been? Why not answer my call?" Berebut-rebut ayat keluar dari mulut mamat bersuara garau ni sapa lagi kalau bukan si Shasha.

"Aku? Atas katil dekat rumah. What so important sampai call aku banyak kali then kau whatsapp aku non stop ni, Shasha?" Sarkastik aku menjawab. Giliran aku plak ber'aku' 'kau'. Rasain loh!

"Meet me tomorrow night at Elrow Club, 10pm. Be punctual." Shasha keluarkan kuasa veto sebelum menamatkan panggilan.

Eh! Kau just nak cakap 10 patah perkataan sampai call dan whatsapp aku banyak kali? What the heck! Belum sempat aku nak cakap kau dah letak. Dasar Jantanbeng punya perangai. Nasib kau hensem kalau tak memang dah kena lesing dengan aku," merengus aku kegeraman.

"Shasha......", mamat ni dah mula buat aku sakit kepala. Mulai saat ini nama kau akan terpahat as Shashabeng dalam contact list phoneku. Huh!

Shasha, rupa memang dah cukup package. Perangai miang buluhnya amat la sesuai sekali dengan nama yang dah serupa perempuan tu. Dari hujung rambut hingga hujung kaki semua perfecto, kalau tak takkan aku pun boleh hanyut dalam lautan asmaralana dia.
Mungkin sifat romeo must die tu yang berjaya buatkan semua perempuan-perempuan jatuh dalam dakapan dia. Nasib la iman aku kuat lagi setakat ini!

Biar pun baru satu malam aku mengenalinya, first impression yang aku pasti tentang Shasha, dia seorang lelaki dominan. Setiap apa yang dia kata dan mahu, mesti dituruti.

Wei Shasha, aku ni bukan kuli kau, jauh sekali girlfriend so tak payah nak tunjuk sangat perangai dominan kau tu! Hati dan fikiran sibuk berdebat.

You make me wonder who you really are, Shasha!

Otak dan hati dah letih berdebat, maka aku membuat keputusan untuk memejamkan mata, melayan rasa kantuk yang maha dahsyat penangan 3 pinggan nasi tadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience