Prolog

Mystery & Detective Series 57083

"Saya ada tugasan khas untuk kamu Inaara dan misi penting ini perlu berjaya dalam kita ingin tumpaskan penjenayah yang paling dikehendaki pihak polis. Sasaran kita ialah kumpulan kartel dadah terbesar di Asia Tenggara yang diketuai oleh Black dan juga kumpulannya yang digelar sebagai Black Hardy." Tuan Ashraff bersuara.

"Tugasan khas?" Aku masih blur.

"Kamu dikehendaki undercover sebagai seorang pelacur," kata Tuan Ashraff.

OMG!

Misi kali ini amat mencabar kerana seumur hidup aku yang hampir 5 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, belum pernah lagi diberi task berat sebegini.

Aku termenung memikirkan tugasan misi kali ini.

Mampukah aku?

"Masih ramai lagi anggota polis wanita lain yang mampu untuk tugasan ini, tetapi kenapa saya, Tuan?" Aku menyuarakan kegusaran hati.

"Anggun Inaara, kamu seorang anggota polis yang sangat komited dan cekap dalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan seperti misi-misi sebelum ini. Pihak atasan juga telah bersetuju dan percaya dengan kebolehan kamu dalam misi penting ini," Tuan Ashraff terusan memancing.

"Percayalah, hanya kamu yang sesuai untuk tugasan kali ini dan saya percaya pada kata hati saya bila memilih kamu Inaara." Tuan Ashraff mengukir senyuman, dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Memang sejak dari kecil lagi aku bercita-cita ingin menjadi seorang anggota polis. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kerana papa juga seorang anggota polis yang sudah bersara. Task yang diberikan kali ini agak mencabar kredibiliti aku sebagai anggota polis.
Termenung aku kejap, buatnya la aku terbabas jauh bagaimana?

Kadang-kadang cakap boss aku ni bukan boleh percaya sangat. Dia boss memang sedap ajelah beri arahan itu ini, aku yang bawah seliaan dia terpaksa la terima sesuatu tugas walaupun pada dasarnya aku sendiri tak sanggup. Dah nama pun makan gaji, so nak tak nak kasi hadap saja lah dah itu pekerjaan yang aku suka dan pilih..kan?

Boss aku, Tuan Ashraff berpangkat Inspektor, seorang yang sangat ganteng bangat. Baru berusia 30 tahun dan masih single tau sebab kebanyak kan masa, dia hanya di pejabat atau pun di gym untuk workout. Mana aku tahu semua ini?Of course lah setiap hari aku duk stalker Instagram Tuan Ashraff sebab adore sangat dengan six pack dia yang ketul-ketul tu. Ish geram aku tengok, rasa macam nak jilat saja! Ops..

Setakat ini, aku tak pernah nampak lagi dia dating dengan mana-mana wanita. Tuan Ashraff ni sangat tegas orangnya dalam memberi arahan, dah tu caring pula dan paling penting sangat bertanggungjawab dengan setiap anggota dibawah seliannya. Mana tak berebut minah polis macam aku nak bekerja bawah selian dia kan? Hari-hari dapat cuci mata beb!

Untung woo sapa jadi girlfriend si Ashraff ni. Aku pun kalau dia offer sure tergedik-gedik suka. Siapa tak nak lelaki cukup pakej macam ni!

"Bila misi ini akan dimulakan, Tuan?" Aku memandang tepat ke anak matanya menandakan aku bersedia memikul task baru ini walaupun dalam hati ada sikit goyang.

"Kamu akan diberikan masa 2 hari saja untuk mempelajari selok-belok dunia pelacuran, grooming dan body language, supaya tiada siapa dapat mengesyaki kamu adalah anggota polis." Kata Tuan Ashraff.

Memikirkan ini adalah tanggungjawab dan periuk nasi aku sebagai seorang anggota polis makan gaji dan demi membanteras jenayah, maka aku sanggup menyahut cabaran ini.

Mampukah aku menjadi seorang P.E.L.A.C.U.R?

Disinilah kisah aku si Anggun Inaara bermula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience