"Love, kenapa you senyap aje ni? Masih marah dekat i lagi, hmmm? Ashraff berbisik ditelingaku lepas selesai 'beauty and the beast'
session dekat bilik tidur rumahnya. Rumah bungalow 2 tingkat yang berkonsepkan Moden Tropika ini mempunyai anjung kereta,
beranda dan patio serta yard. Rumah yang besar ini hanya diduduki oleh Ashraff dan 2 orang gajinya saja. Dari situ juga aku tau yang Ashraff seorang anak tunggal, very down to earth person walaupun harta yang di tinggalkan oleh parentsnya cukup hingga 10 keturunan.
Mommy and Daddynya meninggal dunia sewaktu dia diusia 17 tahun akibat kemalangan langgar lari sewaktu percutian mereka di Mexico. Kedua-dua mayat parentsnya dikebumikan disana. Sebaik saja graduate, Ashraff menyertai polis kerana ingin membanteras jenayah dan menegakkan keadilan supaya apa yang terjadi kepada parentsnya dulu tidak berlaku pada orang lain.
"Yunk, tenaga you ni lain macam la. Luaran you betul-betul macam ustaz Ashraff tapi dalaman you macam beast yang lama terkurung." Aku memuncung sambil melabuhkan pipi di dadanya yang masih basah hasil berzumba tadi. Hmm..wangi betul bau peluh kau ni Ashraff, buat aku geram!
Ashraff ketawa. "Setahun tunggu you love, dah dapat memang tak lepas peluang la." Tangannya mengelus rambutku dan dicium lembut menyalurkan rasa cinta.
"Hmmm...love..." Ashraff kemudiannya bangun dan menarikku supaya duduk menghadapnya. Di ambil tangan kanan dan di elus lembut. "Love... You deserve the very best, someone who will back you up without limits, let you grow without borders, and love you without end. Will you let me be the one? I want to spend the rest of my life and growing old with you." Di sarungkan ke jari manisku, a white gold ring yang simple yet looks elegant, no diamond or gemstone hanya diukir AA dibahagian dalam cincin itu.
Ashraff kemudian bangun, dimainkan lagu 'I wanna grow old with you' dari MP3 player dari biliknya dan menarik perlahan tanganku supaya berdiri. Di peluk pinggang supaya rapat dan kedua-dua tanganku naik memeluk lehernya sambil badan mula bergerak perlahan mengikut alunan lagu itu. Ashraff bisikkan ditelingaku.
I want to grow old with you
I want to die lying in your arms
I want to grow old with you
I want to be looking in your eyes
I want to be there for you, sharing everything you do
I want to grow old with you..
Pandangan mata bersatu, menzahirkan rasa cinta dari dua hati. Kami masih lagi berpelukan menari dalam gerakan perlahan seiring dengan alunan lagu yang berkumandang membuatkan aku mula jatuh cinta pada nya. Airmata perlahan-lahan turun membasahi pipi. Aku labuhkan ciuman lembut dibibir Ashraff, menyalurkan rasa cintaku padanya.
"Shhh...your tears is too expensive to be waste for this moment." Ashraff berbisik dimuka ku selepas ciuman terlerai sambil jarinya menyeka airmata yang mengalir.
Di pegang jari manis yang tersarung cincin tadi, "this ring is belongs to my mother, I engraved our name as a symbol of our love. Do you like it? I tak sabar nak jadikan you as my legal wife, Love. I want to cherish you with all my love unconditionally." Bisikan Ashraff buatkan airmata aku turun sederas air terjun.
Aku tak sangka Ashraff betul-betul serius dengan perhubungan ini. Apa lagi yang kurang pada Ashraff dimata kau Inaara? Oh yunk, why you are so damn perfect in every corner.
"Yunk.....i'm speechless. You makes me look terrible at this cherish moment. Next time kalau nak propose and dancing make sure we are in proper attire, not naked like now, buruk lah." Aku tersedu -sedu dalam pelukannya.
Kami berhenti menari tapi masih berpelukan. Ashraff ketawa mengekek sambil mencium bibirku geram. "I nak ke Mexico end of this month, melawat kubur parents i and same time get their blessing too. We just go for 2 weeks then can go to London for shopping barang-barang wedding. What say you, Love?" Ashraff mengelus rambut yang jatuh terjurai didahi dan melekatkan bibirnya lama di dahiku.
Terpejam mataku, ah indahnya rasa disayangi.
Tapi...Erk!!.. aku belum bagi answer yes or no lagi masa dia propose tadi kot!! Kan...???
:::::
"Makan apa tu Anggun Inaara? Nampak sedap je." Tuan Raef menegur ketika aku dengan Faisal tengah in heaven menikmati kuih lapis dari bekas kecik cantik yang berada diatas meja pagi ni hampir setiap hari for the past 1 week.
Sampai sekarang aku tak tahu dan tak mahu ambil tahu siapa pengirim misteri itu. Janji aku kenyang, sampaikan karipap makcik goyah pun aku tak heran dah. Bayangkan lah kalau hari-hari dapat kuih-kuih manis tak ke senang dapat kencing manis?? Ayat-ayat chenta jangan ceritalah, memang habis semut hurung dekat sticky note tu. Tak apalah aku makan je apa orang bagi, tak baik membazir. Hehe!
"Eh, Tuan Raef rasalah kuih lapis ni yummm sangat. Rasa lemak manisnya memang sedap." Aku ajak-ajak chicken, takut tak cukup.
Tuan Raef hanya senyum hingga terserlah dimple dipipi, senyumannya semanis kuih lapis yang aku tengah nikmati ini. Dia mengelengkan kepala sambil memegang perut mengatakan kenyang. Lalu meminta diri untuk ke bilik pejabatnya.
"Cik Inaara, nah bunga macam biasa untuk cik, kebetulan tadi saya dekat lobby so budak tu pass pada saya sebab saya dah tau siapa penerimanya." Seorang anggota memberi padaku.
"Terima kasih Sarjan Rahim." Aku menyambut huluran nya. Kali ni superb besar 99 kuntum wei..korang hado? Aku senyum kerana tahu siapa pengirimnya. Ada kotak kecil yang terselit di depan bunga itu kali ni. Berdegup kencang hatiku kerana dari size kotak dah boleh agak isinya. Mengeletar tangan membuka kotak itu hingga buntang mata melihat. Ada nota kecil disertakan sekali tertulis.
'I love you and if you feel the same about me just say YES'.
Mataku berkaca-kaca sambil memegang cincin bertahtakan rose quartz yang diambil dari dalam kotak kecil itu. Oh darling, why you always make my heart melting!
Faisal pula hanya ternganga melihat sambil tangannya menyumbat kuih lapis kedalam mulut. Masing-masing terkedu diam.
Keheningan suasana penangan bunga dan cincin yang diterima tadi dicemari dengan panggilan masuk dari handphone ku pula. Eh, tak pernah-pernah mama call aku time-time kerja macam ni. Hati risau sekiranya berlaku sesuatu yang tak diigini terjadi pada mama atau Rania dirumah. Pantas aku menjawab.
"Inaara, ada rombongan datang meminang kamu ni. Balik rumah sekarang!!!!!" Suara mama memetir.
"Apa dia Mama!!!!" Pucat lesi muka aku mendengar perkhabaran dari mama itu.
to be continued...
Share this novel