Chapter 28 - Dilema

Mystery & Detective Series 57083

Sampai saja, kelihatan 2-3 biji kereta diparkir depan rumah. Aku yang masih blur-blur melajukan langkah masuk kedalam rumah.

"Sampai pun kamu, Inaara." Mama bangun menarik tanganku supaya duduk disebelahnya. Aku sedikit malu kerana dikelilingi oleh muka-muka yang tidak seorang pun aku kenali.

"Hmm..Puan Sadiah, inilah anak dara saya Anggun Inaara. Dia juga seorang anggota polis bahagian 'Special Branch' seperti anak Puan." Mama memperkenalkan aku kepada wanita berumur sebaya mama yang masih kelihatan anggun. Aku tersenyum sipu bangun menyalam tangannya.

"Lawa betul si Anggun Inaara ni ya, patutlah si Raf tak sabar-sabar suruh kita datang meminang," Puan Sadiah tersenyum. Aku hanya mampu tersipu malu dengan ayat typical yang selalu diungkap waktu 1st time bersua muka dan mama senyum lebar mendengar pujian dari 'bakal' besan.

Erk! Raf?? Sapa pulak si makhluk Raf yang datang nak meminang aku ni? Dah la haritu my yunk propose aku, tadi si darling then la ni si Raf pulak!

"Maaflah anak saya bekerja, tak dapat nak datang dan berkenalan dengan Puan Nabila. Anggun ni tak apalah sebab hari-hari jumpa di pejabat. Katanya benda baik tak elok dilambat-lambatkan, lagipun anak saya memang dah berkenan betul dengan Anggun ni, takut disambar orang katanya." Puan Sadiah ketawa kecil diiringi tawa kecil mama.

"Puan Nabila, ini cincin tanda buat Anggun. Raf pesan, jika Anggun setuju atau tidak biarlah jawapan itu diberitahu sendiri padanya. Kami ni hanya datang untuk merisik bunga ditaman jika masih belum dipetik orang. Seandainya Anggun dah beri kata putus nanti, kita terus langsungkan majlis pertunangan sekali dengan majlis akad nikah secepat mungkin." Puan Sadiah menyuakan sebentuk cincin yang masih terletak elok dalam bekas cincin baldu biru itu. Cincin bertahtakan nilam biru, begitu memikat hati sesiapa yang melihat.

"Hmmm...maafkan saya Puan Nabila, kalau tak keberatan boleh saya tahu siapakah gerangan Raf yang dimaksudkan tu?" Aku bertanya untuk kepastian.

Puan Nabila tersenyum mendengar. " Panggil saja ibu. Anak ibu bekerja satu tempat dengan kamu juga Anggun. Namanya Raef Azran si anak manja ibu. Ibu tak sangka yang Raf akhirnya jumpa juga teman hidup dia. Raf tu tak pernah pun cerita pasal girlfriend dia dekat ibu. Cuma sejak akhir-akhir ni lah dia asyik suruh ibu buatkan kuih dan letak dalam bekas cantik sikit. Bila ibu tanya untuk siapa, dia kata untuk seseorang yang manis buat hatinya terpaut cinta pandang pertama. Rupa-rupanya kamu la seseorang itu."

Ohh..Yemmm..Geee... Si killer smile dah lama suka dekat aku rupanya. Patutlah kuih-kuih manis tu hari-hari ada atas meja, kerja Raef si 'budak sastera' rupanya. Mentang-mentanglah aku manis, dibaginya kuih manis. Habis kalau aku masam, dapat kuih masam plak ke?

Raef..Raef..banyak-banyak wanita, kenapa dengan aku juga kau suka. Tau tak sekarang ni aku tengah pening dengan lamaran dari my yunk & my darling? Sekarang tambah lagi satu lamaran dari my killer smile pula. Adeh....panadol mana..panadol..!

Ibu Raef dan rombongannya meminta diri untuk pulang. Sempat dititipkan pesanan supaya cepat-cepat beri keputusan kepada Raef kerana dia sudah tidak sabar hendak bermenantu dan bercucu. Cucu? Erk!..

:::::

"Inaara, kenapa kamu termenung ni?" Mama melabuhkan duduk menemani aku mereput atas katil di hari minggu. Rania dah terbang merewang dengan kawan-kawannya pergi tengok wayang.

"Mama, bukan Raef saja yang datang melamar, tapi ada 2 lagi lamaran yang menunggu keputusan Inaara." Bulat mata mama mendengar kata ku.

"Apa!!..Siapa yang lagi 2 tu? Kenapa tak datang kerumah jumpa mama ikut cara adat? Main propose-propose ala omputih ingat elok la tu!" Mama dah mula nak membebel.

Aku keluarkan 2 kotak cincin dari beg dan hulurkan pada mama.

"Sebenarnya, Inaara pening nak buat pilihan yang mana satu. Inaara takut sejarah mungkin berulang, diceraikan. Inaara nak berkongsi hidup hingga hujung nyawa dengan orang yang sayang dan cintakan Inaara dengan ikhlas bukan sebab paras rupa."

Ya, aku seorang janda anggun jelita, diceraikan pada malam pertama kerana bekas suami aku itu rupanya seorang *panseksual. Huh, spesis inilah yang mudah menyebarkan HIV. Nasib baik dia berterus terang dan menceraikan aku pada malam pertama juga kerana dia sendiri mengaku tak akan dapat membahagiakan aku. Itu pun setelah puas menunggang aku kerana tak tahan melihat rupa parasku yang mengoda. Keesokan harinya, berkejar aku ke klinik buat HIV test, nasib baik result negative, kalau tak sampai lubang kubur dia aku cari!

"Inaara, perkahwinan itu adalah satu perjudian, buatlah pilihan yang tepat agar tak kecewa dikemudian hari. Mama serahkan pada Inaara untuk membuat keputusan dalam memilih teman hidup. Mama tak mahu lagi kesilapan lalu menjodohkan kamu dengan pilihan mama membuatkan Inaara menanggung derita."

Aku diam mula berfikir. Kuasa huruf C.... Antara cinta & cita-cita yang mana harus aku utamakan dulu?

Mama....nak panadol lagi..!!!!

:::::

"Sorry Yunk, i tak ikut you ke Mexico. Tuan Suffian nak i dan Tuan Raef segera settlekan kes tu," aku mengeluh.

Ashraff mencium bibirku dan senyum.

"Don't worry love, I faham. Cuma rugilah you tak dapat nak shopping sakan dekat london nanti. Tapi since you tak ikut, then I terus balik sini pendekkan cuti. Rindu kalau berjauhan lama-lama dengan you." Ashraff menyembamkan muka di celah twin peaks si favouritenya, bermanja.

"Hmm....make sure sepanjang i tak ada disisi you nanti, please behave my love. Don't be a naughty girl ya, remember from head to toe of your body is belongs to me." Ashraff keluarkan kuasa vetonya. Aku hanya menjeling manja mendengar amarannya itu.

Pagi lusa aku menghantar Ashraff ke airport. Berjurai-jurai airmata aku kesedihan mula merindui Ashraff yang dah masuk ke balai perlepasan. Nasib baik malam tadi sempat seround dua sesi berzumba, buat bekalan rindu untuk kami berdua.

Yunk, i miss you!!!...Huuuwaaa....

Infopedia:
Panseksual bermaksud tarikan terhadap seseorang tanpa mengambil kira tentang jenis kelamin, jantina ataupun orientasi seksualnya. Kecenderungan panseksual tidak tertumpu kepada jantina dan seksualiti seseorang sebaliknya lebih tertarik kepada karekter dan personaliti pada setiap identiti jantina termasuk transgender, gay, lesbian dan sebagainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience