Chapter 13 - Si Keldai

Mystery & Detective Series 57083

Aku yang seperti lembu dicucuk hidung terpana saat tiba di tempat itu.

Ohhh...Yeemmmm...Geeeee!!! My jaw dropping melihat pemandangan yang terhidang depan mata.

Senyum lebar sampai ke telinga, tak sangka my dream come true! Having a candle light dinner dekat tepi pantai memalam macam ni. Yihaaa!

"Errr How ..Errr When ..Errr Why you...," tiba-tiba aku gagap pula bila nak tanya. What's wrong with me! Baru dream come true dah gagap macam ni. Belum lagi kalau Shasha tiba-tiba propose aku, mahu koma sebulan agaknya.

"Do you like it baby?" Shasha berbisik ditelinga, aku dipeluk dari belakang.

"Oh hell yeah, Darling," mata bersinar ceria terlalu teruja.

A long story short, we had a wonderful candlelight dinner with moonlight spilled over beach makes the moment more romantic.

:::::

Aku bersandar kekenyangan di balkoni bilik penangan *wagyu selepas settle sesi candle light dinner tadi. Kedinginan dari angin laut menyucuk hingga ke tulang, tapi hati yang bergelora masih belum cukup menghangatkan diri. Masih banyak persoalan bermain di minda, malam ini aku perlu pastikan Shasha membuka pekungnya, itu tekadku.

"Kenapa tak tidur lagi?" Shasha bertanya sambil menyalakan api rokok.

"Hardy, soalan aku tadi kau belum jawab lagi. You should not hiding anything from me, I need to know everything. Tell me, Hardy!" Aku mula bertegas ingin tahu tanpa menjawab soalannya tadi.

Shasha hanya diam sambil menghembuskan asap rokok ke udara seperti memikirkan sesuatu.

"Siapa Robert? You two keep talking about kilo, what is all about anyway?" Aku ulang semula soalan tadi takut jika dia terlupa.

"Can i trust you, Anggun?" Shasha mahukan kepastian.

"In my philosophy, three things you should know. I will never break TRUST, PROMISES & SOMEONE'S HEART. I may be a bad girl Hardy, but i'm a damn good women too." Aku cuba menyakinkan dia.

Shasha merenungku dalam-dalam, mungkin ingin mencari sebuah kejujuran dan kesetiaan aku.

Setelah lama berjeda, Shasha bersuara, "I'll don't trust anyone easily, so when i tell you that i trust you, please don't make me regret".
"Kau sanggup abadikan diri kau pada aku, selamanya?" Shasha menyoal.

Aku tahu yang Shasha masih meragui diriku. Ah susah juga nak buat si Shasha ni percayakan aku.

Idea..idea..idea...menjelma lah akan dikau ku seru!

"Aku boleh menjadi penganti jika itu yang kau mahukan," aku mulakan mukadimah.

"Aku sanggup abadikan diri pada kau dan menjadi penganti pada perempuan-perempuan lain yang pernah kau tiduri." Damn!!! Apa yang aku dah buat ni? Darah muda menyebabkan aku banyak mulut dalam berjanji.

"Tapi.. aku juga perlukan janji kau, Hardy. Kau harus melindungi aku dalam apa jua keadaan yang akan mendatang," giliran aku pula meminta.

"Aku seorang yang berpegang pada janji. Mark my work, Anggun."

"But to gain my trust, you need to do something for me 1st." Shasha melemparkan senyuman sinis.

"What is it?" Aku menyoal.

"Esok kau akan tahu. Now, jom tidur!" Shasha mengamit aku untuk tidur sekali.

Mati-mati aku ingat bila dia ajak masuk tidur maka aku dengan senang - lenang dapat beradu dengan aman. Hmmm....kan awal-awal aku dah kata, sentuhan listrik Anggun Inaara memang power. Tengok lah sekarang ni betapa mengadanya si Shasha sebelum nak tidur dia request shiatsu dulu. Katanya tidur lebih lena dengan shiatsu aku.

Huh!! Gediknya... Tapi nasib dia suruh aku shiatsu aja tak minta lebih-lebih. Fuh...!!

:::::

Hanya bunyi dentingan sudu garfu berlaga pinggan menemani breakfast kami pagi ni. Aku masih tertanya- tanya apa yang aku kena buat kejap lagi untuk dia betul-betul percayakan aku.

"Cepat makan, aku tunggu kau di bilik air atas," Shasha mengeluarkan arahan.

Bilik air? Haisshhh, ape saja lah kau nak dari aku pepagi buta ni Shasha ooii, dalam bilik air pulak tu! Hatiku gusar.

Dari luar aku dah nampak Shasha menunggu dalam bilik air dengan baldi kecil disebelahnya. Riak muka ku tenang tapi dalam hati jangan cakapla sikit punya nak meletup!

"Aku nak kau telan satu persatu paket-paket kecil ni dan kemudian ikut aku ke airport. Don't ever ask me anything until you finish this task!" Keras suaranya sambil menyuakan baldi kecik padaku.

Aku lihat paket-paket kecil yang berjumlah 20 paket, sebesar size coklat cadbury mini dalam baldi kecik itu yang harus aku telan. Gulp!!

Aku menelan liur, boleh ke aku telan semua ni?

Aku harus buktikan yang aku mampu lakukan demi mendapatkan kepercayaan Shasha. Aku yang tanpa membuang masa mula menelan satu persatu paket-paket tersebut diselangi air bagi memudahkan proses menelan.

"Are you good, Anggun?" Shasha menyoal setelah habis kesemua paket itu aku telan dan aku hanya mengangguk.

"Let's move to airport now! We only have 45 minutes before it burst inside your belly." Shasha menarik aku masuk kedalam bot laju menuju ke Tesla Black Matte nya yang berada di seberang pulau.

Dan aku mula diselubungi ketakutan bila dengar apa yang Shasha katakan tadi. Aku tahu paket-paket yang ditelan tadi adalah dadah 'coke' tetapi aku terlupa tentang kesan sampingannya kerana semangat nak meraih kepercayaan Shasha. Bila ketakutan menyelubungi diri, aku mula berfikir yang bukan-bukan. Adakah aku akan ....??

Kereta di pandu laju. Dalam 15 minit saja kami telah sampai dan terus bergegas ke departure waiting area selepas check-in tiket dan berjaya melepasi security check. Aku di tarik masuk ke janitor room bagi mengeluarkan semula kesemua 20 paket kecik yang ditelan tadi dengan segera. Aku cuba keluarkan kesemuanya dengan memuntahkan balik apa yang ditelan termasuklah dengan breakfast pagi tadi punya. Setiap paket yang keluar dari perut akan Shasha cuci dan masukkan ke dalam satu beg kecik yang dibawa olehnya.

Setelah 15 paket dikeluarkan, aku dah tak berdaya. Shasha yang panik dengan keadaan aku lantas mencapai cecair sabun tangan dan mencurah kedalam mulut. Aku terus termuntah dengan tindakan spontan Shasha itu dan berjaya mengeluarkan 5 paket lagi dari perut.
Aku terduduk lembik dengan muka yang berpeluh-peluh. Dalam hati aku menjerit serik untuk buat kerja gila ni lagi. Aku sanggup jadi *keldai dadah demi meraih kepercayaan Shasha. Kalau la aku mati tadi, orang pertama yang aku akan cekik ialah Tuan Ashraff, sebab dia yang suruh aku jadi undercover untuk misi ini dan of course Shasha pula akan jadi mangsa kedua aku!

Shasha yang ralit mengira paket-paket kecil itu bagi memastikan cukup terus berlari dan memeluk erat. Dia mencium dahi seraya berkata lembut, "sorry baby, i scared to death if anything happens to you and thank you Anggun."

Aku yang masih dalam pelukannya mula mengalirkan air mata. Aku terharu dengan keprihatinan Shasha dan dalam masa yang sama gembira kerana berbaloi dengan apa yang aku lakukan ini walaupun nyawaku sendiri mungkin melayang.

"I've made it, Hardy," aku teresak kegembiraan dalam pelukan dan dia hanya mengangguk.

"We need to deliver this product to buyer now. He is waiting us. Let' s go." Shasha menarik tangan supaya aku berdiri dan bersama keluar dari janitor room itu menuju ke departure waiting area.

Kami berjalan sambil Shasha membawa beg yang berisi paket-paket kecik itu. Kami dihampiri seorang lelaki yang berjalan dari arah bertentangan dan dengan pantas beg yang dibawa Shasha bertukar tangan kepada lelaki itu yang hanya terus berjalan tanpa menoleh pada sesiapa. Shasha juga kulihat tenang saja bila beg itu dibawa pergi oleh lelaki tadi. Mungkin itulah buyer yang dimaksudkan oleh Shasha dan cara mereka membuat delivery, hati kecil berkata.

"Baby, are you okay now?" Shasha mulakan bicara setelah keadaan sepi didalam kereta. Aku hanya sekadar mengangguk kepala. Shasha memegang erat tanganku, mencium lembut bagai menyalurkan kekuatan. Aku hanya membiarkan saja dengan perbuatannya itu.

Aku terus dibawa pulang kerumah Shasha. Melihatkan aku yang tidak berdaya untuk berjalan keluar dari kereta, Shasha dukung membawa naik kebiliknya untuk berehat. Aku dibaringkan atas katil manakala dia baring disebelah sambil memeluk erat dari belakang. Aku sedikit terharu dengan perbuatannya itu, dalam jahatnya ada terselit kebaikan dan dalam kasarnya ada sisi kelembutan.

"Anggun... Aku akan sentiasa berada disisi kau bila kau perlukan aku." Shasha berbisik, mengeratkan lagi pelukan.

Aku betul- betul rasa selesa dalam pelukannya itu, rasa hangat, selamat dan dilindungi.

Ya, aku telah berjanji untuk mengabdikan diri dan menjadi penganti demi meraih kepercayaannya padaku. Biarlah kali ini aku korbankan diri sendiri demi memastikan misi ini berjaya dan juga cita-cita sebagai seorang anggota polis.

Infopedia:
Wagyu - Daging lembu Jepun. Rasanya yang seolah-olah rasa mentega, lemak tinggi selain daging tersebut sangatlah lembut serta struktur dagingnya yang tersusun cantik.

*Keldai dadah - merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdayauntuk menjadi kurier, membawa dadah . Kaedah penyeludupan, menyembunyikanbarang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupundengan menelannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience