"Good job Anggun Inaara. Awak berjaya buatkan suspek buka mulut," Tuan Raef tersenyum bangga setelah selesai sesi soal siasat tadi.
"Terima kasih Tuan, kalau Tuan tak bertegas dengan saya tadi mesti benda ni tak settle." Aku harus berterima kasih dengannya yang tak putus-putus berikan semangat.
"Hmm..Tuan Raef dengar apa yang suspek cakap tadi? Macamana kita nak trace Black sedangkan cuma suspek saja yang pernah jumpa?" Aku ingin dapatkan buah fikiran si killer smile ni pula walaupun dalam kepala otak aku macam- macam dah aku fikir.
Tuan Raef memandangku sambil tersenyum hingga keluar dimple yang aku addicted nak tengok. Hai lah si Raef ni mana tak manis kalau asyik senyum. Tiap masa sedekah dekat aku dengan senyuman yang murah tu, macamana la aku tak 24 jam asyik duk melting aje. Ni kalau si my yunk sorang lagi tau mampus aku. My yunk?? ke my tiger?
"Nanti saya berbincang dengan Tuan Suffian mengenai hal ini. Awak jangan risau Anggun Inaara, saya akan bantu awak." Raef memberi dorongan.
Yes!! Tak sangka fikiran kita samalah Raef, mungkinkah ini dinamakan jodoh? Wah tiber je jodoh ek. Gediks la kau Inaara!
"Baik Tuan," aku tersenyum malu bila Tuan Raef masih memandang aku dengan killer smilenya. Mungkin dia proud sangat bila dia takeover aje, suspek beri kerjasama. Nak menunjuk yang dia lagi better dari my yunk dekat mata Tuan Suffian ler tu. Apa-apa ajelah Raef oii, janji kau tolong aku jejak si Black tu.
Dalam hati aku berazam walau apa jadi sekali pun Black dengan konco-konco mesti ditumpaskan!
:::::
"Tuan, suspek sudah memberikan beberapa maklumat mengenai suspek utama iaitu Black, tetapi sukar untuk kita mengesan keberadaan dia kerana suspek berada dalam tahanan kita. Suspek utama hanya berhubung dengan suspek kita sahaja." Raef memberi laporan hasil soal siasat dengan Shasha.
Tuan Suffian hanya mengangguk tanda faham. "Apa cadangan kamu Raef supaya suspek utama dapat diberkas?"
"Kita perlukan suspek membantu kita trace suspek utama, Tuan." Raef menghulur sebuah file yang mengandungi segala rencana untuk memberkas Black kepada Tuan Suffian.
"Hhmmm.. setelah saya teliti dan menganalisis, saya serahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada awak untuk menguruskan misi ini. Saya yakin dengan bantuan Inaara juga, suspek utama dapat kita berkas," Tuan Suffian mengeluarkan arahan.
"Terima kasih, Tuan. Saya akan laksanakan secepat mungkin," Raef memberi jaminan.
Raef kemudiannya meminta diri untuk kembali semula ke pejabatnya.
:::::
"Sayang, kau MC sampai 2 hari apsal?" Faisal dah bukak sesi mak jemah berdiri dimeja aku.
"Aku demam." Takda mood aku nak bersesi mak jemah dengan Faisal harini lepas kena 'sedas' dgn my yunk sebab jeles dengan Raef.
"Demam? Itulah kau banyak sangat berkerja sampai kesihatan diri terjejas. Cuba tengok macam aku ni, relax ja," Faisal menepuk dada bangga.
Aku demam bukan banyak kerja tapi dikerjakan dek Ashraff. Nak mati kalau tau dek Faisal, memang bernanah lagi la telinga aku kena tazkirah.
"Dari haritu aku duk tanya kau, sapa yang hantar bunga hari-hari dekat kau ni? Dah serupa taman bunga dah tempat kau ni sayang." Faisal membebel dan membelek satu bekas kecil bercorak abstrak berada di atas mejaku. Sticky note diatas penutup bekas diambil dan dibaca kuat.
'Jika memang kau tercipta untukku, maka izinkan aku mengenali dirimu'
Bekas itu dibuka dan didalamnya terdapat kuih koci berbalut kemas dengan daun pisang. Mata aku bersinar-sinar melihat kuih favourite yang tersaji depan mata, pantas bekas dan sticky note tu aku rampas dan sorokkan di dalam laci. Tiba-tiba aku rasa kedekut pula nak berkongsi dengan sesiapa. Yelah kuih tu untuk aku kot!
"Wei sayang, apsal kau sorok kuih tu? Meh la sikit aku pun nak gak rasa. Kata aku ni 'kau punya second self' kan, so meh sini sikit aku nak makan," Faisal buat muka lima sen minta simpati.
"Yelah, yelah.... Nah, amik ni tapi satu je. Yang lain aku nak makan sorang." Aku menyuakan bekas tu pada Faisal dengan muka tak rela berkongsi.
"Kemain kedekut kau ya, Inaara! Dah la, aku nak gi cafe gi tapau kuih karipap sardin makcik goyah banyak-banyak, jangan harap aku nak bagi kau sayang..." Faisal bangun berlalu pergi dari situ. Bengang ler tu!
Pelik! Apsal aku tak perasan langsung dengan bekas ni? Elok terletak cantik atas meja. Misteri betul sapa yang bagi bekas ni siap sticky note ayat- ayat chenta plak tu. Paling best, macamana si pemberi ni tahu aku suka gila dengan kuih koci? Aduh..sapa pula yang duk berkenan ngan aku ni.
Dengan 2 ekor ni pun aku dah pening, tambah sekor lagi nak try? Dah la my darling yang dalam tirai besi tu tak habis-habis kacau bilaukan hati aku, yang si my yunk ni pula cemburu tak tentu hala sejak-sejak pandai jadi tiger ni. Kang dua-dua aku tinggalkan baru padan muka aku membujang la sampai ke tua.
Aku buka bekas cantik tu ingin merasai kuih koci. Dibuka lipatan daun pisang itu dan aku suakan kedalam mulut. Hmm..yummm, terpejam mataku menikmati. Inti dan tepungnya yang sekata begitu menyelerakan hingga dalam tak sedar habis aku makan semua. Rupanya ada terselit satu lagi sticky notes di bawah timbunan koci yang telah aku habiskan tertulis. ' senyuman yang terukir dibibir mu begitu manis seperti kuih koci ini'
Erk!!.. cia...cia..cia.. spontan aku ketawa. Ada lagi typical lelaki nak tulis ayat- ayat semut hurung macam ni. Aku tersenyum sambil meletakkan sticky note itu kembali ke dalam bekas tadi. Entah sapa la yang bagi, aku harap esok adalah lagi. Hehe!
"Anggun Inaara masuk bilik saya sebentar, ada hal penting yang saya nak bincang dengan awak." Tuan Raef tiba-tiba menyapa dari belakang.
Kus semangat! Nasib tak tersembur kuih koci dari mulut aku tadi akibat terkejut disergah, kalau tak hilang kejelitaan aku.
Aku menoleh seraya berkata "Okay Tuan."
Raef mengangguk dan masuk kebiliknya. Aku bermarathon ke pantry mencuci tangan dan membasahkan tekak memudahkan proses penghadaman kuih koci di perut. Lantas aku bermarathon semula ke bilik si killer smile takut lama dia menunggu.
"Saya dah pun berbincang hal suspek dengan Tuan Suffian. Dia telah memberikan arahan kepada saya untuk menyelesaikan misi ini. Saya telah usulkan rancangan saya pada Tuan Suffian dan dia juga telah bersetuju." Tuan Raef serius berbicara.
"Rancangan apa Tuan?." Aku masih blur-blur.
"Kita akan bebaskan semula suspek," Tuan Raef berkata tenang.
What!!!... Jeritanku bergema.
Share this novel