Chapter 24 - Killer Smile

Mystery & Detective Series 57083

"Yunk......lets makeout!" Aku senyum meow-meow gediks.

"Hah!! ...Here? Now?" Ashraff terkejut dengan permintaan rare itu.

"I don't think is a right time la MiLove. Lagipun we still dekat office, nanti bilik i ni jadi port 'crime scene' pulak," Ashraff menolak baik.

Eh, sejak bila kau berlagak jadi ustaz Ashraff ni ek!

Aku yang hangin mula mengangkat kaki keluar dari bilik tu sambil merengus geram. Sikit pun aku tak menoleh kearahnya yang melaung namaku dari dalam. Kau tolak memang kau rugi besar lah Ashraff ooiii. Yeke Ashraff yang rugi? Bukan aku ke....erk!!
Aku kembali ke tempat duduk semula. Mata merenung sejambak kuntuman bunga yang terletak cantik dalam vase kaca itu. Hati tiba-tiba merasa hiba. Aku sayang dan cintakan my darling tapi dalam masa yang sama hati mula terpaut dengan Ashraff. Aku dalam dilema, kedua-duanya aku sayang tapi aku lebih menyintai my darling. Adakah perasaan yang terzahir untuk Ashraff tadi adalah sekadar nafsu semata-mata? Setahun lamanya Ashraff memendam perasaan padaku, haruskah aku beri peluang padanya? Tengoklah nanti!

"Sayang, kau apsal? Mendung aje muka tu. Cer citer cer citer," Faisal si mak jemah datang menyibuk.

"Tak ada apalah. Aku penat sikit tadi lepas habis soal siasat suspek. Eh sayang, jom teman aku pegi minum jap. Tiba-tiba air bandung cincau makcik goyah tu memanggil aku kesana." Aku bangun menarik Faisal ke cafe.

"Hai Anggun Inaara, nak kemana?" Tuan Raef menegur setelah bertembung di lobby.

"Errr... saya nak pergi cafe, minum kejap dengan Faisal. Hmm..kalau Tuan sudi jomlah sekali. Saya gerenti Tuan tentu suka bandung cincau makcik goyah tu nanti bila dah rasa sekali," gagap-gagap aku pun sempat lagi mempelawa si killer smile ni. Saja buat cuci mata tengok lesung pipit manisnya. Si Faisal pula entah hilang kemana.

"Awak sorang saja ke?" Tuan Raef main soal siasat pula.

"Errr..." aku si minah gagap. Apsal ek bila dengan Tuan Raef ni aku start gagap?

"Sayang, eh..opss..errr Inaara, aku tak dapat teman kau lah. Tuan Daus panggil pula. Aku naik dululah," laju Faisal berjalan kearah lif tanpa sempat aku menahan.

"Kalau macam tu biar saya temankan Anggun Inaara pergi minum, jom!" Tuan Raef berjalan beriringan ke cafe.

"Betul la kata kamu, air bandung cincau ni memang sedap. Tak sangka awak pun suka air kegemaran saya ni," Tuan Raef tersenyum kecil. Dan aku melting jap tengok killer smilenya yang sweet mueet.

"Errr..Tuan pun suka bandung cincau? Lepas ni senang la saya ada teman nak kirim air ni," aku si gagap tersenyum lebar.

"Kenapa bila cakap dengan saya awak tergagap-gagap? Dengan orang lain saya tengok elok saja awak. Saya ni manusia bukan hantu atau malaikat sampai awak takut nak bercakap dengan saya. Buat biasa saja Anggun Inaara, treat saya macam kawan awak juga." Tuan Raef tergelak kecil.

Aku hanya tersipu malu dengan tegurannya. Sebab kau punya killer smile tu yang buat aku gagap tau tak Raef !

"Oh ya, macamana dengan sesi soal siasat tadi? Dapat apa-apa maklumat dari suspek?" soal Tuan Raef.

Alamak! Apa aku nak 'cong' pasal sesi tadi ni? Takkan nak cakap yang my darling duk lovey-dovey dengan aku.

"Suspek belum beri apa-apa maklumat yang berguna lagi Tuan. Saya pasti lama-kelamaan suspek akan berlembut dengan kita." Itu saja jawapan terbaik yang dapat aku fikirkan masa ini.

"Saya hairan kenapa suspek beria benar nak bercakap dengan awak seorang saja. Takkan la suspek pun boleh jatuh cinta dengan awak juga. Si cantik jelita macam awak ni, siapa yang pandang pun pasti kena sindrom jatuh cinta pandang pertama tau," Tuan Raef mempamerkan killer smilenya.

"Ah Tuan ni macam-macam lah. Saya manusia biasa saja, tak cantik mana pun. Lain lah macam Tuan, tall, dark and handsome. Pasti ramai wanita suka," aku memuji keindahan yang terpampang didepan mata. Termasuklah saya juga!

Tuan Raef hanya ketawa mendengar pujian dari aku.

"Kenapa Tuan panggil saya dengan nama penuh, bukan Anggun atau Inaara?" Aku perasan setiap kali dia bercakap dengan aku pasti nama penuh aku yang dia akan sebut. Curiousnya.

Tuan Raef senyum "Anggun Inaara.... yang membawa maksud Anggun berkarisma, Anggun si pintar. Nama itu secantik orangnya dan sedap disebut. Pandai papa dan mama awak pilih nama tu."

Aku sekali lagi senyum tersipu malu bila si killer smile puji nama aku secantik orangnya. Cantik ke aku??hihi..

Masing-masing punya bandung cincau dah kering disedut, maka aku dan Tuan Raef pun mengatur langkah balik ke pejabat semula setelah hampir sejam berbual-bual. Tuan Raef dengan senang hati 'mempayung' minum petang itu.

Sedang aku bersiap-siap nak balik, baru aku perasan ada 15 miscalled dan cuma satu notification whatsapp banner terpampang di handphone. Sengaja aku tinggalkan handphone dalam laci masa pergi minum dengan Tuan Raef tadi. Sapa suruh buat aku bengang, so kau rasa la kejap kena ignore dengan aku wahai my yunk.! Aku buka miscalled list hanya satu nama saja yang keluar, kemudian aku baca whatsapp dari sidia.

Tuan Ashraff: Please forgive me MiLove...i tunggu you dekat lobby pukul 6...we go somewhere..i love you

Itu aje kau tulis untuk pujuk aku? Huh!!..

Dalam kereta aku buat 'derk'.

"Love, i'm sorry ok. Pandang la muka i ni my love. Janganlah merajuk," si Ashraff mengenggam sebelah tanganku di bawa ke peha kirinya sambil memandu.

Aku hanya mendiamkan diri memandang luar tingkap. Sengaja aku bersikap begitu sebab buat aku ter'gantung' tadi...rasain loh!!

"Love...you tahu tak luahan cinta ibarat kentut..ditahan sakit... dilepas malu... dah keluar..fuhhh! Lega!!!.. Itulah yang i rasa lepas luahkan pada you tempohari cuma takda bau aja." Ashraff ketawa.

Tanpa dapat ditahan aku juga ketawa. Ishh Ashraff ni, aku baru nak tengok usaha dia pujuk aku sampai mana, tapi tak sampai 2 jam aku tak mampu nak merajuk lagi dah. Setelah ketawa kami reda, Ashraff mencium belakang tanganku yang dia genggam sambil berkata " I'm really sorry love for what i have done tadi. I sayang dan cintakan you bukan sebab nafsu tapi sebab hati you yang murni. I tak mahu you kata i ambil kesempatan dalam kesempitan. You keutamaan i dan i hormatkan you."

Terasa sayu hatiku mendengar luahan hati Ashraff. Kenapa kau ni terlalu baik Ashraff? Malunya aku rasa bila dia lebih behave dari aku. Aku sangat beruntung kerana kedua-dua lelaki yang aku kenali sangat menyayangi dan menyintai aku sepenuh hati.

Aku menoleh lalu menghadiahkan sebuah ciuman ringkas di pipi kirinya, Ashraff senyum lebar hingga ke telinga.

"No need to say sorry in fact i should apologies to you, yunk. I tak sepatutnya berperangai macam tu. Maafkan i ya yunk," aku menutur lembut memohon maaf. Ashraff hanya mengangguk dan mencium pipi kananku lama.

"Where are we going yunk?" Aku sedikit pelik kerana macam lama sangat dah duduk dalam kereta si Ashraff ni.

"You will know soon," Ashraff berbisik sambil mencium sekilas bibir mungilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience