BAB 13

Romance Series 9976

"Macam mana ada tak barang yang aku suruh cari tu." Tanya Harriz kepada Kamal yang sedang duduk disebelah zakwan yang sedang memandu.

"Em.. tak ada Tengku merata kitorang cari tapi tak ada yang jual." Jawab Kamal dengan suara yang tersekat-sekat.

"Ish.. Cari benda tu pun susah sangat ke. Memang tak boleh harap la korang ni. Dah kita balik sekarang." Ucap Harriz dengan nada marah.

"Hun cuba bawa bertenang sikit. Cuba bagitahu benda apa yang hun suruh diorang cari. Mana tahu han boleh tolong." Soal Trisya sambil mengusap lengan suaminya.

" hun teringin nak makan buah kedondong jadi hun suruh la diorang cari tapi tak ada pula." Jawab Harriz dengan nada sedih.

"La buah kedondong rupanya. Ni KL la hun mana ada orang jual buah tu kalo ada pun susah nak jumpa." Ujur Trisya kemudian dia terfikir sesuatu.

"Ha.. Baru han teringat kalau tak salah kat rumah tok dengan wan ada rasanya pokok kedondong tu Jap.' Sambung Trisya lalu mengeluarkan handfonnya.

'Hello, Assalammualaikum wan. Wan apa habaq.' Ucap Trisya. Harriz memandang dengan berkerut keningnya.

'Angah sihat ja wan oi. Ni angah nak tanya pokok kedondong kat rumah wan tu ada buah tak.' Tanya Trisya.

'Ada. Ha tak pa la. Ni ha cucu menantu wan mengidam nak makan buah kedondong. Tarik muncung bukan main lagi bila tak jumpa buah tu.' Ujur Trisya sambil memandang wajah Harriz.

'Ha tak pala wan angah nak tanya tu ja nanti angah telpon lain noh.' Ucap Trisya.

'Ha okeyy wa jaga diri tau kirim salam kat tok noh.' Ucap Trisya sedikit pelat Kedah.

'waalaikummussalam' Trisya menjawab salam

"Ha macam mana ada tak." Tanya Harriz dengan teruja.

"Ada, Rezeki hun la. Wan kata banyak kat pokok." Balas Trisya.

"Jom kita pi rumah wan sekarang. Hun tak sabar nak makan ni." Ujur Harriz dengan ceria.

"Hun sekarang dah pukul berapa nanti-nanti ja la kita pergi. Tahan sikit ya.Balas Trisya. Harriz yang mendengar jawapan dari isterinya hanya diam dan memandang luar tingkap kereta.

Sepanjang perjalanan Harriz hanya diam tanpa sebarang kata. Setelah sampai dirumah Harriz terus keluar dari perut kereta dan melulu masuk ke dalam rumah dan naik ke biliknya. Tengku Esmail dn Tengku Ratna yang melihat sambil berkerut dahi mereka.

"Assalammualaikum ayahanda, Bonda." Trisya memberi salam kepada mertuanya.

"Waalaikummussalam." Jawab mereka serentak.

"Ha Trisya kenapa dengan Angah tu masam ja muka." Tanya Tengku Ratna sambil menunjuk keatas.

"Em.. Dia teringin nak makan buah kedondong la bonda pastu dia suruh Kamal pergi beli tapi tak ada seorang pun ada jual. Pastu Trisya coll wan tanya sebab kat rumah wan ada pokok wan kata ada buah. Jadi dia ajak pergi sekarang juga tapi Trisya kata nanti-nanti la sebab dah lewat sangat dah ni pastu dia diam saja." Ucap Trisya dengan panjang lebar ke pada mertuanya.

"La ya ka Em.. Marajuk la tu. Haih angah-angah macam-macam la." Ujur Tengku Ratna. Tengku Esmail hanya diam dan mendengar.

"Tak pa la bonda, Ayahanda. Trisya naik dulu." Ucap Trisya berlalu naik ke bilik.

trisya masuk ke dalam bilik terus mencari suaminya namun bayang pun tak nampak. Tiba-tiba terdengar bunyi pancuran air dari bilik air rupanya Harriz ada dalam bilik air. Trisya masuk ke wardrobe lalumengambil bag pakaian dan memakukkan pakaian dia dan Harriz kedalam bag itu. Dia membuat keputusan untuk balik kampung esok pagi. Trisya sudah memberi tahu kakaknya yang dia tak masuk pejabat untuk 5 hari kerana nak balik kampung. Setelah selesai packing baju Trisya melangkah keluar untuk mandi.

"Hun.. Han dah buat keputusan kita balik kampung esok la. Lagi pun han dah lama tak balik kampung." Ujur Trisya yang baru selesai mandi.

"Betul ke ni han. Okey nanti hun bagitahu Zakwan." Balas Harriz dengan ceria dan teruja.

"Betul la pagi esok kita bertolak okey." Ucap Trisya sambil memakai losyen dan duduk di birai katil. Harriz menghantar Whatsapp kepada Zakwan melalui group MY BODYGUARD.

'Guys esok kita gerak balik kampung Trisya. Jadi bawa baju lebih.'- Harriz.

'Alright.'- Aidil.

'Okey.'- Zakwan.

'Baik.'- Kamal.

Setelah mendapat jawapan dari bodyguardnya Harriz meletakkan handfonnya diatas meja tepi katil dan baring disebelah Trisya. Akhirnya Harriz tidur sambil memeluk Trisya.

"Ayahanda angah tak masuk pejabat untuk beberapa hari ni. Ayahanda boleh tolong gantikan tak." Ujur Harriz sambil mengangkat bag pakaiannya.

"Boleh tapi angah nak pergi mana dengan bag besar ni." Tanya Tengku Esmail.

"Angah nak balik kampung Trisya bab nak makan buah kedondong." Jawab Harriz dengan sengihan.

"Amboi nak makan buah kedondong sampai kena balik kampung. Mengidam betul ni." Ujur Tengku Esmail.

"Ala abang biarlah. Lagi pun sisi mana ada orang jual buah kedondong tu." Balas Tengku Ratna.

"Ha ya la nanti jangan lupa bawa balik untuk ayahanda sekali." Pesan Tengku Esmail.

"Okey la ayahanda, Bonda kitorang gerak dulu. Assalammualaikum." Ucap Harriz sambil menyalam ibubapanya begitu juga dengan Trisya. Mereka menjawab salam serentak.

"Pelik tengok angah tu sebelu ni tak pernah pula nampak dia makan benda yang masam-masam tapi sekarang selalu pula."Ucap Tengku Esmail kepada isterinya.

"Selalu apa maksud abang." Tanya Tengku Ratna.

"Sayang nak tahu tak. Dalam bilik angah kat pejabat tu ada macam-macam jenis asam dan jeruk. Setiap masa mulut dia duk mengunyah tau tak Masa meeting pun sama.ucap Tengku Esmail sambil memandang isterinya.

" Ya ka abang. Lain macam ja angah ni dulu angah tak ada la sampai macam ni sekali. Tak pala janji anak, menantu dan bakal cucu kita sihat dan selamat." Balas Tengku Ratna dengan Tenang.

Setelah 4 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah akhirnya mereka sampai di rumah tok wan Trisya. Harriz melihat rumah kampung yang tersergam indah dihadapannya dengan sentuman. Ini kali pertama dia balik kampung kerana bonda dan ayahandanya berasal dari Kuala Lumpur.

"Assalammualaikum. Wan oh wan."Trisya menberi salam.

"Waalaikummussalam. Ni wan ada di gazebo ni mai la." Hj. Ahmad manjawab salam.

Trisya dan Harriz berjalan ke tepi rumah. Ada sebuah gazebo disitu. Trisya yang melihat tokwannya duduk membelakangi mereka tiba-tiba timbul idea nakalnya. Dia berjalan berjengkte-jengket dan menyergah tokwannya dari belakang.

"Wah." Sergah Trisya dari belakang.

"OO.. Mak tergolek" latah Hj. Badri akibat terkejut. Trisya ketawa apabila tokwannya melatah.

"Ish budak bertuah ni kalau tak bagi wan terkejut tak boleh ka. Ha awat hang balik tak habaq." Ujur Hj. Badri kepada cucunya. Trisya dan Harriz bersalam dengan Hj. Badri.

"Saja nak buat kejutan. terkejut dak." Ucap Trisya sambil duduk diatas gazebo diikuti Harriz.

"Ha terkejut sangat-sangat." Balas Hj. Badri lagi.

"Tok mana wan. Tak nampak pun dari tadi." Soal Trisya dengan kepala terjenguk-jenguk mencari neneknya.

"Tok hang p rumah mak lang hang sat gi dia balik la tu. Ha pi buat ayaq tunggu apa lagi." Ucap Hj. Badri.

"Oo ya ka. Ha yala angah pi buat sat noh." Jawab Trisya belalu masuk ke dapur.

"Wan buat apa ni wan." Tanya Harriz keada Hj. Badri

"Ha ni la orang panggil bubu ikan. Sat gi wan nak pi tangkap ikan kat belakang tu. Malam ni boleh kita makan." Jawab Hj. Badri sambil menyiapkan bubu ikan.

"Oh.. Harriz nak ikut boleh tak wan. Nak juga tengok macam mana cara tangkap ikan guna bubu ni." Tanya Harriz dengan teruja.

"Boleh ja satgi kita pi noh." Balas Hj. Badri.

Trisya menuju ke gazebo dengan menatang dulung. Trisya menuangkan air untuk mereka dan berjalan menuju ke halaman rumah. Trisya melihat Kamal, Zakwan, Aidil dan Adha tengah duduk di beranda rumah tokwannya.

"Zakwan, Kamal, Aidil, Adha jom kita minum." Ajak Trisya dengan senyuman.

"Baik Puan." Jawab mereka serentak.

"Ha ni sapa pulak. Mai kot mana." Tanya Hj. Badri dengan pelik.

"Depa ni bodyguard Harriz. Boleh tak depa tidur kat sini tak wan." Ujur Trisya sambil menghulurkan cawan air kepada Kamal.

"Boleh aih bilik banyak lagi. Lagi pun lagi ramai lagi meriah kan." Balas Hj. Badri.

"Terima kasih wan." Ucap Harriz.

"Sama-sama." Balas Hj. Badri.

mereka bernbual hingga nenek Trisya balik dan Tokwan dan Harriz pergi menahan bubu. Mereka balik dengan hasil tangkapan yang banyak. Harriz gembira apabila dapat pengalaman baru.

sorry kalau ada typo yang salah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience