BAB 5

Romance Series 9975

BAB 5

Lagu rasa ini indah dari Utopia band telah mengejutkan Trisya dari tidurnya. Trisya terus mencapai telefonnya dan terkejut melihat nama pemanggil. Ternyata yang menalifonnya adalah bakal mertuanya. Trisya bangun dengan tergesa-gesa lalu menjawab panggilah itu.

"Hello, Assalammualaikum bonda." ucap Trisya

"Wa'alaikummussalam Trisya, hari ni Trisya sibuk tak kalau tak sibuk bonda nak ajak pergi fitting baju kahwin. Ujur Tengku Ratna

"Boleh ja bonda lagi pun Trisya tak ada apa nak di buat arini. Bila bonda nak pergi." Tanya Trisya

"Kalau macam tu pukul 12 tunggu bonda di Butik Airawara Presint 2 putrajaya boleh." Ujur Tengku Ratna lagi

"Okey boleh bonda, nanti bila Trisya dah sampai Trisya coll bonda okey." Balas Trisya

"Okey kalau macam tu jumpa disana ya." Ucap Tengku Ratna

Selepas talian dimatikan Trisya terus bangun menuju ke bilik air untuk menbersihkan diri dan memakai pakaian yang sesuai. Setelah Trisya siap dia turun ke ruang tamu. Datin Nur yang melihat anaknya yang berpakaian kemas terus berasa pelik sebab anaknya yang satu seorang ini memang jarang keluar waktu hujung minggu.

"Cantik-cantik ni angah nak prgi mana." Tanya Datin Nur dengan wajah pelik.

"Emm.. Bonda ajak fitting baju nikah mama. Mama jom teman angah. Mama pergi siap sekarang angah tunggu." Ujur Trisya. Dia mengajak mamanya supaya boleh tanya pendapat mamanya sekali.

"Emm... Kalau macam tu okey kejap mama pergi tukar baju kejap." Balas Datin Nur dan terus berlalu kebiliknya.

Setelah Datin Nur turun ke ruang tamu mereka teruss menuju ke kereta dan bertolak ke butik yang telah dijanjikan. Setelah sampai di butik pengantin itu Trisya terus coll Tengku Ratna.

"Hello, Assalammualaikum bonda, Trisya dah ada didepan butik ni. Bonda dah sampai ke." ucap Trisya dengan sopan

"Wa'alaikummussalam ya Trisya, bonda ada di dalam butik ni Trisya terus ja masuk." Balas Tengku Ratna.

"Okey baik bonda." Balas Trisya

Setelah masuk ke dalam butik pengantin itu mereka berbincang tentang konsep dan baju. baju akad berwarna putih manakala baju sanding berwarna skyblue. Konsep Trisya memilih tema winter. Setelah 1 jam berbincang Harriz datang untuk fitting baju. Dia datang lambat sebab ada meeting. Trisya dan Harriz terus mencuba baju yang dipilih tadi. Setelah menyarungkan pakaian tadi Trisya keluar dari bilik fitting dan naik atad pentas kecil yang ada di dalam butik itu tak lama kemuadian Harriz keluar dengan riak wajah terpegun melihat Trisya.

'Wow so beutiful my future wife.' Ujur Harriz dalam hati

'Auh.. Boleh tahan handsome juga Harriz ni.' ujur Trisya juga dalam hati.

"macam mana okey ke ko." Tanya salah seorang staf disitu. Trisya dan Harriz yang terkejut terus mengangguk setuju.

Hari yang ditunggu telah tiba. Suara sanak saudara telah memenuhi ruang tamu Dato Badrul. Semua persiapan telah selesai. Balqis dan Trisya juga sedang bersiap untuk majlis akad nikah.

"Cantiknya angah. Ni kalau Harriz tangok ni mesti ternganga." Ujur Balqis yang sedang duduk di birai katil.

"Ish.. ada-ada ja along ni. Along lagi cantik. Angah biasa-biasa jala." Balas Trisya dengan malu-malu.

Sementara dirumah Tengku Esmail kereta sudah siap untuk kerumah pengantin perempuan. Tetapi pengantin lelaki belum turun ke ruang tamu. Tengku Ratna melihat jam dipergelangan tangannya dan terus naik ke bilik anaknya.

"Angah dan siap ke belum. Kita dah lambat ni." Panggil Tengku Ratna sambil mengetuk pintu bilik anaknya itu. Bila tiada sahutan dari dalam Tengku Ratna terus membuka pintu bilik itu dan melihat anaknya sedang duduk di kerusi meja solek.

"Angah okey tak ni." Tanya Tengku Ratna sambil menyentuh bahu anaknya. Harriz yang sedang termenung terus menandang bondanya.

"Hah.. Apa bonda, bonda bila masuk bilik angah ni." Tanya Tengku Ezzuddin Harriz kepada bondanya.

"Bonda tanya angah okey ke tak. Kita dh lewat ni nanti pihak perempuan tunggu kita pula." Balas Tengku Ratna sambil mengeleng kepalanya.

"Angah okey, cuma nervous la bonda." Ujur Harriz sambil kanan naik kedada kirinya.

"Biasa la tu. Baca doa banyak-banyak agar semua berjalan lancar. Jawab Tengku Ratna sambil senyum. Harriz yang mendengar nasihat bondanya hanya mengangguk kepala saja.

"Emm.. Bonda, Trisya tahu tak status angah." Tanya Harriz lagi. Tengku Ratna yang faham sangat perangai anaknya itu terus mengeleng kepala.

"Tak apa la kalau macam tu nanti angah bagitahu dia sendiri." Ucap Harriz sambil menuruni tangga dengan bondanya.

Status??? status apa yang Harriz rahasiakan dari Trisya??. Sampai saja dihalaman rumah Dato Badrul, Hariz keluar dari perut kereta dan diiringi oleh ahli keluarganya. Dato Badrul yang melihat pihakpengantin lelaki sudah sampai terus diajak masuk. Apabila masuk semua sudah sedia di ruang tamu.

"Semua dah ada boleh kita mulakan." Tanya Tok Kadi yang sedang duduk ditengah-tengah ruang tamu.

"Siapa dulu." Tanya Tok Kadi selepas mendapat persetujuan dari semua pihak.

"Eusoff dulu nanti baru Harriz boleh." Ujur Dato Badrul kepada bakal menantunya. Eusoff dan Harriz hanya mengangguk.

Setelah Eusoff selamat akad nikah kini tiba giliran Harriz pula. Dengan perasaan nervous Harriz cuba senyum untuk menhilangkan rasa nervous.

"Tengku Ezzuddin Harriz."

"Saya"

"Aku nikah akan dikau dengan anak kandungku Nur Ayda Badtrisya dengan mas kahwin RM 10,000 tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Ayda Badtrisya dengan mas kahwin RM10,000 tunai."

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Dengan sekali lafaz Trisya telah menjadi isteri kepada Tengku Ezzuddin Harriz. Semua mengangkat tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh Tok Kadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience