BAB 9

Romance Series 9975

Setelah 3 minggu cuti Trisya dan Harriz mula berkerja semula. Tepat pukul 12.30 Tengahari Harriz dari pejabatnya dan menuju ke pejabat Trisya. Sampai saja dipejabat Trisya Harriz masuk ke dalam pejabat itu. Harriz menuju ke kaunter pertanyaan untuk tahu dimana pejabat Trisya.

"Excuse me, Sorry pejabat Pn Nur Ayda Badtriya tingkat berapa ya." Tanya Harriz kepada seorang staf di situ.

"Eh.. En. Harriz A.. pejabat Pn. Trisya ada di tingkat 15." Jawab staf yang ada di kaunter pertanyaan itu.

"Okey, Thanks ya." Ucap Harriz dan berlalu menuju ke arah lift.

"Wei pasai kau panggil suami Pn. Trisya Encik kan dia ada pangkat Dato." Kata Mia salah seorang staf disitu.

"haah la aku lupa la. Ala lagi pun aku tengok Dato tadi tak marah pun aku panggil dia Encik." Balas Nasuha.

Harriz yang sudah sampai di tingkat 15 terus ke sebuah meja yang ada disitu. Setelah bertanya bilik Trisya, Harriz terus mengetuk pintu pejabat Trisya. Trisya yang mendengar ketukan terus menyuruh orang itu masuk.

"Masuk." Laung Trisya dari dalam yang masih menaip sesuatu. Harriz yang melihat hanya tersenyum.

"Assalamualaikum, Isteriku yang ku cintai." Ucap Harriz kepada Trisya. Trisya terus mendongak melihat gerangan yang memanggilnya begitu. Dengan riak terkejut Trisya terus bangun.

"Waalaikumussalam hun, Hun buat apa kat sini." Tanya Trisya dengan riak terkejut.

"Hun nak ajak han pergi lunch la kan dah pukul 1. Kenapa tak suka ke hun datang sini." Ujur Harriz dengan berpeluk tubuh.

" Eh.. Dah pukul 1 ke sorry han x perasan." Balas Trisya sambil jam di dinding pejabatnya.

"Yela dah pukul 1ni. Tula buat kerja sampai tak sedar pukul berapa. Selalu ke han macam ni." Soal Harriz dengan riak serius.

"tak juga kadang Natasya tolong ingatkan han untuk lunch hehe.." Balas Trisya sambil mengemas meja dan mengambil handfon dan handbagnya. Harriz hanya menganggukkan kepala.

Trisya dan Harriz turun ke lobi dan menuju ke kereta Harriz. Kereta yang dipandu oleh Zakwan berhenti di depan sebuah restoran. Setelah parking kereta Zakwan turun membukakan pintu untuk Harriz dab Trisya. Aidil dan Adha sedang mengawal Harriz dan Trisya di kiri dan kanan. Kamal sudah menunggu di meja yang ditempah khas untuk Harriz dan Trisya.

"Silakan." Ucap Harriz sambil menarik kerusi untuk Trisya.

"Thank you." Balas Trisya sambil senyum. Harriz duduk dihadapan Trisya.

Mereka memesan makanan dan minuman. 20 minit menunggu makanan mereka pun sampai mereka menikmati makanan sbil berbual. Setelah selesai makan Harriz menghulurkan dua keping not RM100 kepada Kamal dan Kamal pun berlalu perfi ke kaunter pembayaran. Trisya hanya melihat sahaja Kamal berlalu.

"Hun, Bodyguard hun semua ada tugas masing-masing ke." Soal Trisya sambil menyedut airnya sehingga habis.

Yes, Zakwan tugas dia driver dan kawal kawasan kereta, Aidil dan Adha mengikuti saja Hun kemana-mana kecuali tandas dan yang Kamal mrngawal hun dan membayar keperluan hun."jawab Harriz. Trisya hanya menganggukkan kepala.

Keluar dari restoran Harriz menghantar Trisya ke pejabatnya semula dan Harriz terus ke pun balik ke pejabatnya banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Tepat pukul 6.45 Trisya sampai di rumah mertuanya. Trisya masuk ke dalam rumah. Dalam fikirannya hanya ada mandi dan solat asar saja.

"Assalamualaikum." Trisya memberi salam ketika masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam." Jawab Tengku Ratna dan pasangan kembar haira dan humaira. Trisya yang mendengar ada suara lain selain suara mertuanya terus menoleh kearah suara itu.

"Eh.. Acik dan acu bila balik." Soal Trisya dengan gembira. Acik dan acu adalah gelaran untuk Haira dan Humaira.

"Tengahari tadi kak ngah. Ni kak ngah sorang je ke mana angah." Ujur Humaira sambil mencari seseorang.

"Haah.. Kak ngah sorang. Tadi Zakwan bagitahu yang angah balik lewat sikit. Sebab ada meeting sampai malam." Balas Trisya yang sudah duduk di sofa ruang tamu.

"La yeke. Kesian kak ngah tidur sorang malam ni. kalau kak ngah bosan datang je bilik kitorang malam ni." Ucap Haira.

"Okey boleh. Tak pala kak ngah naik dulu ye nak solat asar nanti kita berbual lagi ye. Bonda Trisya naik dulu ya." Ujur Trisya. Mereka hanya menganggukkan kepala saja.

Setelah biersihkan diri dan solat Trisya merebahkan badan diatas katil dan tak sampai 5 minit Trisya dah diulit mimpi. Azan maghrib menyedarkan Trisya, Trisya terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solah maghrib. Selesai solat, Trisya mengambil handfonnya lalu membuka mesej dari suaminya.

'Han malam ni hun balik lambat ya. Han jangan tunggu hun ya.'- My Hubby

'Okey.. Hun hati-hati ya..'- My Wife

Trisya terjaga dari tidur kerana tekak terasa dahaga. Tanpa tunggu lama Trisya turun ke dapur. Dan ketika ditangga Trisya terdengar bunyi bising di dapur. Tanpa berlengah Trisya terus memukul belakang leher seseorang yang dianggap pencuri. Akibat pukulan yang kuat pencuri itu terus pengsan. Trisya terus membuka lampu apabila lampu terbuka alangkah terkejutnya Trisya melihat gerangan yang jatuh pengsan itu. Disangka pencuri rupanya suaminya sendiri dengan cemas Trisya menjerit memanggil ibubapa mertuanya.

"Bonda ayahanda tolong!!!." Jerit Trisya dengan kuat.

Tengku Ratna, Tengku Esmail dan yang lain yang mendengar jeritan itu terus berlari kearah suara itu. Apabila mereka sampai alangkah terkejutnya mereka melihat Harriz sudah terbaring dilantai dan kepala diampu oleh Trisya.

"Kenapa ni Trisya, macam mana boleh jadi macam ni." Tanya Tengku Esmail dengan nada cemas.

"Trisya minta maaf ayahanda. Trisya ingat pencuri tadi jadi Trisya pukul la. Pastu bila Trisya buka lampu Trisya pun terkejut bila tengok Harriz terbaring di lantai." Terang Trisya sambil menangis rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.

"Kak ngah pukul dengan apa tak ada yang berselerak pun atas meja atau pun di lantai." Soal Haira dengan cemas takut juga kalau kakak iparnya itu pukul dengan objek yang bukan-bukan.

"Dengan tangan ja. Kenapa." Balas Trisya sambil menunjuk tangan sebelah kanan.

Mereka yang mendengar jawapan Trisya tercengang. Tanpa berlengah Tengku Ezzuddin Harraz terus mengangkat adik kembarnya itu menuju ke ruang tamu. yang lain hanya mengikuti dari belakang. Trisya dalam pelukan Tengku Ratna sudah menangis tanpa henti. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.

"Trisya pukul di leher ke." Soal Harraz pula.

" Ye kenapa Along." Ujur Trisya.

" Patut leher along nie tiba-tiba ja sakit." Jawab Harraz sambil mengurut lehernya.

"Biasa la tu along dengan angah kan memang selalu macam tu dari kecik lagi. Haira dengan Humaira pun sama. kembar seuri la katakan." Ucap Tengku Ratna sambil mengusap belakang Trisya yang sedang menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience