BAB 3

Romance Series 9975

BAB 3

Trisya yang sedang menyiapkan kerjanya terhenti apabila interkom dimejanya berbunyi. Lalu Trisya menekan butang interkom dan menjawab.

"Ya Natasya ada apa." kata Trisya matanya msih di kertas kerjanya.

"Cik Trisya dah masuk waktu lunch ni. Tak nak makan ke nanti time meeting lapar pula." Balas Natasya dengan lembut.

"Oh yake tak perasan la pula dah masuk waktu lunch. Terima kasih Natasya. Nanti lepas lunch awak tunggu saya di bilik mesyuarat ya." Ucap Trisya sambil mengemas beg tangannya.

"Baik Cik Trisya." Jawab Natasya ringkas sambil menggeleng. Begitulah kerjanya mengigatkan Trisya semua perkara. Trisya kalau dah buat kerja memang akan lupa semua benda termasuk waktu makan.

Trisya memandu kereta proton X70 miliknya menuju ke Zawara Coffee lalu menghantar locationnya kepada Harriz. Harriz yang sedang menunggu dalam kereta menoleh ke telefonnya yang bergetar menandakan ada mesaj dan membacanya.

'oh dia tunggu di Zawara Coffee macam tahu-tahu pula favourite place aku." Gumum Harriz dalam hati. Harriz terus memandu ke Zawara Coffee setelah sampai dia mesej Trisya.

'Awak duk di meja nomber berapa'- Harriz

'saya duk meja nomber 12'- Trisya

Sambil senyum Harriz menuju ke kaunter dan bertanya meja nomber 12. Casher itu menunjukkan ke arah seorang wanita yang memakai tudung warna hijau itu. Harriz melangkah menuju ke meja itu. Apabila sampai Harriz memanggil nama penuh Trisya.

"NUR AYDA BADTRISYA." Panggil Harriz yang sedang berdiri di belakang gadis itu. Trisya yang mendengar terus bangun dan menoleh. Sambil menyebut nama penuh Harriz.

"TENGKU EZZUDDIN HARRIZ." Trisya menyebut nama Harriz.

"AWAK!!!!." kata mereka serentak.

Setelah duduk dan memesan makan mereka hanya berbual kosong hingga pesanan mereka sampai Harriz membaca doa. Sambil makan mereka muka berbual soal majlis mereka.

"Kenapa awak terima pertunangan ini padahal awak tak kenal siapa yang akan jadi tunang awak." Tanya Harriz.

"Saya dah buat solah istikharah dan bila dapat jawapan terus saya pakai cincin ini." Balas Trisya sambil menunjukkan cincin dijari manisnya. Harriz hanya mengangguk.

"Awak pula kanapa." Tanya Trisya pula.

"Saya ikut saja pilihan orang tua saya. Sebab sebelum ini saya dah pernah putus tunang dengan pilihan saya sendiri. Jadi lepas saja saya putus tunang saya bagitahu bonda untuk cari calon untuk saya." Balas Harriz sambil memandang Trisya.

"Awak tahu bila kita nak nikah." Soal Harriz sambil menyedut air yang dipesan tadi. Trisya mengangguk dan menjawab.

"Tahu. Kita nikah sama dengan kakak kembar saya." Jawab Trisya sambil memandang Harriz.

"Oh awak pun ada kembar ya. Awak anak keberapa." Soal Harriz dengan riak terkejut.

"Saya anak ke 2 dari 3 beradik. Awak pula." Balas Trisya sambil mengangkat keningnya.

"Saya anak ke 2 juga dari 4 adik beradik. Saya dan abang saya kembar dan adik saya pun kembar juga." Jawab Harriz sambil senyum.

"Oh I See." Ucap Trisya ringkas.

Sedar Tak sedar dah nak dekat pukul 2 Trisya minta diri untuk balik ke pejabatnya. Harriz menganggukkan kepala dan berlalu ke kaunter untuk membayar bil makan mereka. Tiba-tiba Harriz menepuk dahinya kerana dia lupa bagitahu Trisya yang bondanya pesan suruh bagitahu Trisya yang esok bondanya ajak pergi beli cincin kahwin. Sampai di kereta Harriz mengeluarkan telefon lalu meghantar pesanan kepada Trisya melalui aplikasi Whatsapp.

'Sorry ganggu awak, tadi saya lupa nak bagitahu yang esok bonda saya ajak pergi beli cincin kahwin.'- Harriz

Trisya yang sedang memandu menoleh kearah telefonnya yang berbunyi menandakan ada mesej yg masuk. Trisya hanya membiarkan saja. Sampai di pejabat Trisya terus membaca mesej yang masuk tadi lalu membalas mesej tersebut kembali.

'okey tapi saya tak tahu kedai mana bonda awak nak pergi beli.'- Trisya

'okey tak pa nanti saya bagitahu bonda untuk sand location kedai tu pada awak.'- Harriz

'okey. Emm okey la awak saya nk pergi meeting dah ni nanti kita chat lagi ya.'- Trisya

'okey bye.'- Harriz

Mesej dari Harriz dibiar sepi dan terus menuju ke bilik mesyuarat. Apabila masuk ke bilik mesyuarat semua sudah berkumpul Trisya mengambil tempat dan mesyuarat dimulakan. Keesokan harinya selepas waktu kerja Trisya terus memandu ke location yang di hantar oleh bonda Harriz. Setelah sampai Trisya terus masuk ke dalam kedai tersebut Trisya terus bersalam dengan mamanya dan bakal mertuanya.

"Trisya pilih la nak yang mana." Ucap Tengku Ratna kepada Trisya. Trisya melihat cincin yang ada didalam cermin itu dengan muka yang berkerut.

"Eemm... Trisya pun tak tahu nak pilih yang mana semua cantik auntie." Balas Trisya yang mata masih memandang cincin yang didalam cermin itu.

"Ish.. apa pula auntie panggil je bonda. kalau macam tu biar bonda dan mama saja pilih. Nanti Trisya cuba okey." kata Tengku Ratna. Trisya menganggukkan kepala.

Setelah satu jam dikedai cincin itu mereka mengambil kata sepakat untuk memilih cincin yang tak terlalu simple dan tak terlalu mewah.

"Okey la kak Ratna kitorang nak minta diri dulu la ya." Ujur Datin Nur sambil bersalam dengan Tengku Ratna.

"Okey kalau macam tu jumpa lagi ya. Trisya drive elok-elok ya." Ucap Tengku Ratna sambil memegang tangan Trisya.

"Baik bonda. assalamualaikum." Balas Trisya sambil melangkah menuju ke keretanya.

"Wa'alaikummussalam." Jawab Tengku Ratna sambil menuju ke keretanya juga.

Apabila kereta Trisya mula bergerak baru Tengku Ratna menyuruh pemandu peribadinya menghantarnya pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience