BAB 14

Romance Series 9975

"Hun nanti tengahari kita pergi satu tempat boleh tak. Dah lama han tak pergi last han pergi 5 tahun lepas." Soal Trisya sambil mengemas ruang tamu rumah tokwannya.

"Boleh tapi jauh ka dekat." Ujur Harriz sambil duduk ditepi tingkap.

"Jauh la juga nanti kita pergi dengan kereta ya, Boleh berkelah dekat sana. Sebab tadi han ada bagitahu tok dengan wan. Wan kata nak ikut juga. Pasni han nak turun masak." Balas Trisya dengan senyuman.

"Okey nanti hun suruh Zakwan siapkan kereta. Han mana buah kedondongnya hun dah tak sabar nak makan ni." Soal Harriz dengan mata berkelip-kelip.

"Ada kat belakang rumah tak pa nanti han bawa pergi sana sekali. Okey la han nak pergi masak hun jangan nakal-nakal tau." Ucap Trisya sambil mencuit hidung mancung Harriz.

"Mana boleh nakal-nakal ni ha tekak masih rasa loya lagi. Nak air asam jawa boleh." Pinta Harriz yang masih di tepi tingkap supaya dapat menghirup udara segar.

"Ha yala tunggu jap." Jawab Trisya terus berlalu ke dapur. Trisya datang dengan secawan air asam jawa dan dihulurkan kepada Harriz. Harriz minum sedikit dan Trisya sudah berlalu kedapur untuk masak.

"Tok kita nak masak apa ni." Tanya Trisya kepada Hjh. Asmah.

"Em.. Kita masak gulai tadi wan hang suruh tok masak gulai. Pastu masak sayoq campoq dengan ikan goreng dah la." Jawab Hjh. Asmah sambil mengupas bawang.

"Ha okey juga tu dah lama tak rasa gulai tok rindunya." Ucap Trisya dengan ceria.

"Ni laki angah mana tok tak nampak pun." Tanya Hjh. Asmah.

"Ada kat tingkap depan tu tok mabuk dia tak habis lagi. Alahan yang dia kena teruk juga tok kesian angah tengok dia." Balas Trisya sambil memotong sayur.

"La yaka, Angah tak try bagi dia apa-apa ka untuk hilangkan rasa loya dia tu." Soal Hjh. Asmah

"Dah tadi angah dah bancuh air asam jawa bagi dia minum. Yang tu ja cara boleh bagi dia hilang rasa loya dia tok." Jawab Trisya sambil memandang wajah nenek kesayangannya.

"Ha yala cepat masak la dah pukul berapa nanti wang hang balik kita tak siap masak lagi." Kata Hjh. Asmah kepada cucunya.

Selepas selesai masak Trisya memasukkan lauk kedalam bekas dan kedalam sebuah bakul. Harriz sudah menunggu di kereta. Selepas semua siap mereka bertolak ke tempat yang Trisya inginkan. Trisya memberi Pertunjuk jalan kepada Zakwan. Apabila sampai Harriz sangat teruja bila melihat Air terjun yang sangat indah dihadapannya.

"WOW.. Cantiknya han." Ujur Harriz dengan teruja.

"Cantikkan, Ni la favourite Place han dekat kampung ni."Balas Trisya sambil meletakkan kepala dibahu Harriz. Harriz hanya mengangguk sahaja.

"Dah tak payah nak romantik sangat. Ramai orang tengok tak malu ka. Haih budak-budak zaman sekarang. Ucap Hjh. Asmah sambil mengeleng kepala. yang lain hanya ketawa selepas mendengar ucapan Hjh. Asmah.

"pHa ketawa potong gaji baru tahu." Kata Harriz kepada bodyguardnya. Mereka terus terdiam bila mendengar kata-kata Harriz. Trisya hanya memgeleng sahaja.

"hun jom pergi sana. Tak sabar dah nak mandi ni." Trisya menarik tangan Harriz. Harriz hanya mengikut saja.

"Angah jangan mandi lama sangat ingat sama kamu tu berbadan dua." Laung Hj. Badri kepada Trisya.

"Yala wan." Laung Trisya kembali

"pJom la han kita naik. Nanti wan dengan tok marah lagi." Ujur Harriz sambil memegang tangan Trisya. Trisya hanya mengikut saja.

"Hun nak makan tak kalau nak han ambilkan." Tanya Trisya

"Boleh juga tapi sikit je dulu." Jawab Harriz dengan senyuman. Trisya hanya mengangguk.

"Ha kamu pun mai la makan sekali." Panggil Hjh. Asmah kepada bodyguard Harriz. Mereka terus memandang Harriz untuk mendapat izin. Selepas mendapat izin mereka terus menyambut huluran dari Hjh. Asmah.

"Lepas makan nanti kita balik ya sebab wan ada mesyuarat dengan Ajk masjid lepas asar."p Ucap Hj. Badri.

"Okey wan." Jawab Harriz dan Trisya serentak.

Selepas selesai makan mereka bertolak pulang. Sampai saja dirumah Harriz dan Trisya terus masuk ke dalam bilik mereka. Harriz merasa seronok dapat mandi air terjun dan makan buah kedondong yang dia teringin sangat tu. Trisya hanya mengelengkan kepala saja.

Setelah 5 hari dikampung kini tiba masanya untuk Trisya dan Harriz untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hjh. Asmah telah bekalkan mereka sedikit makanan untuk sepanjang perjalanan mereka. Tak lupa juga dengan buah kedondong yang dipesan oleh Tengku Esmail. Mujur buah banyak kalau tidak kempunan la Tengku Esmail.

"Tok, Wan kitorang balik dulu ya. Nanti bila kitorang free kitorang balik kampung lagi ya. Lain kali kitorang balik ramai-ramai tau baru meriah." Ucap Trisya sambil memegang tangan Hjh. Asmah.

"Ha yala nanti nanti hati-hati bawa kereta tu. Kalau mengantuk berhenti dulu dak pun tukaq orang." Ujur Hj. Badri.

"Yala wan. Lagi pun bukan Harriz yang memandu tu ha Zakwan yang memandu. Okey la wan, Tok kitorang gerak dulu ya." Balas Harriz sambil bersalam dengan Hj. Badri.

"Ha yala. Nanti kirim salam kami pada semua ya." Ucap Hjh. Asmah pula sambil memeluk Trisya.

"Isnsyaallah tok. Bye Assalammualaikum." Balas Triisya sambil melangkah masuk kedalam kereta.

"Waalakummusalam." Ucap Hj. Badri dan Hjh. Asmah serentak.

Tak sampai 5 minit perjalanan Harriz menyuruh Zakwan memberhentikan kereta. Harriz bergegas keluar dari kereta dan memuntahkan segala isi perutnya. Bila sudah rasa selesa Harriz masuk semula kedalam kereta.

"Hun okey tak." Tanya Trisya sambil mengusap belakang Harriz.

"Okey tapi loya tu ada lagi." Jawab Harriz sambil mengosok dadanya.

"Zakwan jalan nanti didepan tu ada kedai nanti awak berhenti ya saya nak beli asam." Ujur Trisya kepada Zakwan dengan lembut.

"Baik Puan." Jawab Zakwan dengan anggukan kepala sekali.

Sampai di sebuah minimarket Trisya dan Harriz turun dari kereta. Sedang memilih asam ada seseorang enupuk bahu Trisya. Trisya terus menoleh ke arah belakang.

"Ya allah Shasha lamanya tak jumpa kau. Kau pergi mana aku cari tak jumpa." Ucap Trisya kepada kawan baiknya.

"Ada ja. Ni pun aku baru balik daru UK atas urusan kerja. Sorry la kau kahwin aku tak dapat datang." Balas Shasha.

"La yaka asal kau tak bagitahu aku. Eh.. sekarang kau kerja di syarikat mana lepas kau berhenti dulu." Soal Trisya.

"Ala, aku kerja di syarikat T.H.E sdn bhd je." Jawab Shasha sambil menampar bahu Trisya.

"Eh.. tu kan syarikat sua.. " belum sempat Trisya menghabiskan ayat Harriz datang memanggilnya dia.

"Eh Dato.. Dato buat apa kat sini, Dato kenal dengan Trisya ke." Tanya Shasha dengan riak wajah terkejut.

"Eh.. Kamu Shasha. Saya balik kampung isteri sya. Mana boleh tak kenal ni la isteri kesayangan saya. She the onlt one. Kamu buat apa kat sini." Ucap Harriz sambil memeluk bahu Trisya. Shasha yang mendengar terus ternganga.

" Saya pun nak balik kampung. Rumah saya tepi rumah wan Badri ja. Jada suami kau bos aku la Trisya." Ujur Shasha.

"Dah tak payah panggil saya Dato atau bos. Waktu office boleh panggil dato atau bos tapi luar office kena panggil saya Harriz saja. kalau tak potong gaji okey." Ujur Harriz.

Tengah best berbual tiba-tiba Harriz menekup mulut dan berlari keluar dari minimarket itu. Shasha yang melihat terkejut. Trisya hanya mengelengkan kepala saja.

"Wey.. Kenapa dengan Harriz tu. Lari lintang pukang je." Soal Shasha sambil menepuk bahu Trisya.

"Tak ada apa cuma alahan bini mengandung ja. Ni pun kitorang nak beli asam sebelum balik KL." Balas Trisya sambil menbayar.

"Oh alahan bini mengandung. WHAT!!!! bini mengandung jadi kau mengandung la. Tahniah bebe." Ucap Shasha sambil memeluk Trisya.

"Thank, Okey la bebe aku gi tengok Harriz dulu dah lambat ni nanti lambat pula sampai KL." Ujur Trisya berlalu ke kereta Harriz.

"Ha yala nanti kirim salam aku kat family kau ya." Ucap Shasha.

"Hun okey tak ni. Nah makan asam ni." Soal Trisya sambil menhulurkan sepeket asam. Harriz mengambil dan masukkan ke dalam mulutnya.

"Ha okey dah. Wan jom sambung perjalanan." Ujur Harriz. Zakwan menganggukka kepala.

Setelah berjam-jam perjalanan akhirnya mereka sampai dirumah Tengku Esmail. Trisya masuk ke dalam rumah dengan Harriz yang dipapah oleh Aidil dan Adha masuk ke bilik. Tengku Esmail terkejut melihat anaknya yang lemah itu.

"Kenapa dengan angah tu Trisya. Macam mana boleh jadi sampai macam tu. sebelum ni kalau dia bergaduh pun tak macam tu pun." Soal Tengku Esmail dengan suara tegas.

"Em.. Sepanjang perjalanan tadi dia asyik muntah ja bonda, Ayahanda kami pun tak tahu nak buat macam mana lagi dah." Jawab Trisya sambil menunduk.

"Tak pala Trisya naik rehat dulu nanti bonda coll doktor Rusdi ya." Ucap Tengku Ratna pula. Trisy hanya mengangguk saja. Doktor Rusdi datang kerumah dan Harris kena drip kerana kekurangan air dalam badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience