BAB 1

Romance Series 9975

BAB 1

Jam loceng berbunyi menandakan hari baru telah menjelma. Trisya bangun dan menuju ke bilik air utk membersihkan diri dan menunaikan solat. Usai solat Trisya bersiap untuk ke pejabat.

"Morning mama,papa." Ucap Trisya dengan senyum sambil menuruni tangga.

"Morning angah." Jawab serentak Dato Hj Ahmad Badrul dan Datin Nur Aishah kepada Trisya.

"Awal angah nak pergi pejabat pagi ni ada meeting ke." Tanya Dato Badrul.

"Tak la pa pagi ni tak ada meeting pun cuma angah nak pergi pejabat awal untuk siapkan dokumen yang nak dibawa petang nanti. Petang ni angah ada meeting di Banyan Tree Kuala Lumpur." Balas Trisya sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

"Kerja-kerja juga kesihatan harus diutamakan. Dan papa nak tanya satu soalan boleh tak." Ujur Dato Badrul kepada anaknya.

"Tanya apa papa. Macam serius ja.." Ucap dengan wajah berkerut.

"Angah ada boyfriend tak." Tanya Dato Badrul sambil memandang wajah anaknya. Trisya hanya menjawab dengan gelengan...

"Bagus. Angah pergi kerja dulu nanti malam kita bincang." Ucap Dato Badrul dengan gembira.

"Bincang apa papa." Sampuk satu suara dari arah tangga.

"Adalah kalau nak tahu kena tunggu malam ni. Tapi jangan balik lambat sangat nanti terlepas." Ucap Datin Nur sambil mengenyit mata.

"Betul, semua anak papa kena berkumpul dekat ruang tamu lepas Isyak okey." Ujur Dato Badrul pula sambil melangkah naik ke biliknya.

"Angah apa yang papa dan mama nak bincangkan ya." Tanya Balqis kepada adik kembarnya itu sambil mengangkat kening.

"Tah angah pun tak tahu. Tadi papa tanya angah ada boyfriend tak jadi angah jawab la tak ada. Pastu terus papa kata malam ni bincang." Ujur Trisya dengan mengaru kepala yang berbalut tudung itu.

"Tah-tah papa dan mama dah ada calon untuk angah tak. Nanti boleh la naik pelamin sekali la kita." Bidas Balqis sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

"Ish.. along ni kesitu pula. Along tak pa la dah tunang angah ni calon pun tak ada. Kalo betul la papa dan mama dah ada calon untuk angah macam mana. Dah la tak kenal." Trisya membuat ayat sedih dengan memuncungkan mulutnya sekali.

Setelah sarapan Trisya dan Balqis terus pergi ke pejabat menaiki kereta masing-masing. Sebelum pergi pejabat Trisya singgah di Zawara Coffee untuk membeli kopi kesukaannya. Setelah selesai membayar Trisya pun berjalan menuju ke pintu keluar dan tak sengaja terlanggar bahu seorang lelaki dan air kopinya tadi tertumpah terkena baju lelaki tersebut.

"Maaf Encik saya tak sengaja." Ucap Trisya sambil menundukkan kepalanya.

"Eh tak pa, tak pa sikit ja ni. Awak okey ke." Tanya lelaki tadi.

"Saya okey, baju awak dah kotor Encik." Kata-kata Trisya terhenti apabila dia mengangkat wajahnya yang sedari tadi menunduk.

"Cik, cik, cik, cik." Trisya tersedar apabila lelaki itu memetik jari dihadapan wajahnya.

"Ah apa Encik cakap tadi. Sorry saya tak dengar tadi." Ucap Trisya sambil menunduk malu.

"Saya cakap tak apa jap lg saya balik salin. Lagi pun rumah saya dekat ja dari sini." Balas lelaki tadi.

"Kalo boleh saya tahu nama awak apa?." Tanya lelaki tadi dengan senyuman pekej dengan lusung pipit lagi.

"Oh nama saya Nur Ayda Badtrisya. Awak pula nama apa?." Balas Trisya sambil tersenyum.

"Nama saya..." Belum sempat lelaki itu menjawab telefon bimbit Trisya berbunyi.

"Maaf ya kalo ada rezeki lagi kita jumpa lagi kita jumpa lagi ya Encik." Kata Trisya sambil menuju ke keretanya.

'haih kenapa hati aku rasa lain ya bila tengok dia.' Serentak kata hati Trisya dan Harriz. Ya nama lelaki itu adalah Tengku Ezzuddin Harriz..

Trisya menjawab coll dari PAnya yang mengatakan meeting petang ini dianjakkan ke pukul 3 petang. Trisya ke pejabat dengan senyuman dan terus menuju ke pejabat kakaknya. Dia meluahkan segala yang ada di dalam hatinya saat ini kepada kakak kembarnya itu.

Jam sekarang menunjukkan pukul 1 tengahari. Trisya dan PAnya bertolak ke Hotel Banyan Tree Kuala Lumpur lebih awal supaya tak terlambat nanti. Selepas makan tengahari Trisya dan PAnya yang bernama Natasya menuju ke ruang meeting yang ditetapkan. Setelah semua hadir meeting pun dimulakan. Selesai meeting Trisya bergegas pulang kerumah memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 8 malam nasib dia sudah solat maghrib tadi. Trisya segera pulang selepas bagitahu Natasya dan Natasya pun faham. Awal-awal lagi Natasya sudah panggil Grab utk mengambilnya.

Sampai saja dirumah Trisya parking kereta disebelah kereta Balqis. Masuk saja kedalam rumah Trisya melihat semua sedang duduk di meja makan.

"Angah jom makan sekali." Ajak Datin Nur.

"Tak pala ma angah dah makan tadi masa meeting tadi. Angah nak naik mandi kejap lagi angah turun ya." Balas Trisya sambil senyum.

"Okey." Jawab Datin Nur ringkas.

"Ha ni papa nak bagitahu kejap lagi pas solat Isyak semua kena berkumpul di ruang tamu ada hal papa nak bincangkan." Ujur Dato Badrul dengan tegas.

"Baik papa." Jawab Balqis dan Aqif serentak..

Usai solat Isyak semua berkumpul di ruang tamu tinggal tunggu Dato Badrul dan Datin Nur saja. Balqis yang sedang asyik membalas whatsapp dengan tunangnya sambil tersenyum. Sama seperti adik bongsunya Aqif. Apabila nampak saja Dato Badrul dan Datin Nur menuruni tangga semua cepat-cepat simpan telefon masing-masing. Trisya hanya mengelengkan kepala saja.

Silalah baca novel saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience