BAB 15

Romance Series 9976

5 Bulan kemudian

Harriz bangun untuk ke pejabat selesai membersihkan diri Harriz keluar dan menuju ke waredrop. Harriz dan Trisya turun tangga berpimpin tangan, Kandungan Trisya baru masuk 5 bulan tapi nampak dan macam sarat sangat. Setelah disahkan oleh doktor yang Trisya dan Harriz akan mendapat dua lelaki dan seorang perempuan. Harriz semakin Caring dan banyak melarang Trisya melakukan kerja berat. kini Balqis pun sudah mengandung 4 bulan.

"Han makan banyak-banyak sikit nanti tak ada tenaga lagi pun baby-baby kita mesti lapar. Kalau makan sikit nanti berebut pula diorang kat dalam ni." Ujur Harriz sambil mengusap perut Trisya.

"Ha yala. tapi jangan banyak sangat nanti mengantuk pula kat office." Balas Trisya

"Ha angah macam mana ada rasa loya lagi ke." Tanya Tengku Ratna.

"Alhamdulillah bonda dah 3 hari dah angah tak ada rsa nak muntah atau pun loya." Jawab Harriz

""Ha elok la tu, Pas ni dah boleh la suruh Aidil atau Adha kemas bilik angah yang kat office tu. Dah macam kedai dah ayahanda tengok." Ujur Tengku Esmail.

"Yala ayahanda nanti angah suruh diorang kemas. Ha okey la angah dan Trisya pergi dulu ya." Jawab Harriz sambil pimpin tangan Trisya.

Mereka naik kereta dan menuju ke pejabat. Harriz memandang Trisya yang sedang baring disisinya dengan senyuman. Tangan nya mengusap perut Trisya dengan lembut.

'Haih tak sangka aku akan mendapat anak 3 sekali gus. Aku ingat kan 2 ja rupanya 3.' Gumam Harriz dalam hati.

Selepas balik dari check di hospital dan mereka memberitahu yang mereka akan mendapat baby kembar sahaja. mereka tak bagi tahu yang mereka akan mendapat kembar 3.

'Haih sweetnya tengok Tengku dengan Puan. Haih.. bila la aku boleh rasa macam tu. Sampai sekarang masih belum dapat jawapan dari Humaira ke dia tak sudi Em.." Gumam Zakwan dalam hati.

Setelah menghantar Trisya dan Harriz ke pejabat Zakwan dan Kamal turus untuk sarapan di pantri pejabat itulah rutin harian diorang.

Setahun yang lalu Zakwan telah meluahkan perasaannya kepada Humaira. Zakwan dan Kamal sedang makan dipantri, Tiba-tiba Zakwan teringat kembali peristiwa dimana dia meluahkan perasaannya pada Humaira.

flashback

"Assalammualaikum, Hamaira boleh saya cakap sikit. Kalau Humaira sibuk tak pa la nanti je la saya bagitahu." Ucap Zakwan sambil menunduk.

"Waalaikummussalam, Awak nak cakap apa saya tak sibuk pun sekarang ni." Jawab Humaira sambil menutup novel yang sedang dibaca.

"Kalau saya bagitahu awak jangan marah ya." Ujur Zakwan dengan debaran.

"Okey saya janji saya tak marah. Sekarang cakap apa yang serius sangat tu." Balas Humaira

"Sebanarnya saya cintakan awak tapi saya tak paska awak. Saya akan terima apa saja jawapan awak." Ucap Zakwan sambil melutut dihadapan Humaira. Humaira terus lari selepas mendengar kata cinta dari Zakwan. Zakwan terpinga-pinga sambil melihat Humaira lari masuk ke dalam rumah.

End Flashback

"Huuh.." Zakwan melepaska keluhan yang berat. Kamal yang mendengar terus berpaling ke arah Zakwan.

"Haih.. Wan mengeluh sakan nampak ada apa-apa masalah ke." Soal Kamal.

"Tak ada apa la cuma penat sikit ja." Bohong Zakwan. Kamal hanya mengangguk dan tersenyum bukan dia tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Zakwan. Bukan sehari dua dia kenal zakwan.

"Dah la jom la kita sambung kerja nanti marah pula Tengku." Ucap Kamal kepada Zakwan.

Tiba-tiba handfon Zakwan berbunyi tertera nama Harriz di skrin handfonnya. Zakwan terus menjawab panggilan itu.

"Hello, Tengku." Ucap Zakwan.

"Em.. Saya ada di pantri dengan Kamal kenapa Tengku." Ujur Zakwan sambil memandng Kamal yang sedang mengangkat kening.

"Ya baik Tengku kitorang gerak sekarang." Ucap Zakwan sambil membasuh tangan dan mematikan talian.

"Kenapa, Tengku nap apa." Tanya Kamal

"Tengku suruh ambil Haira dan Humaira di kolej. Pak razak tak ada. Jom la kita gerak." Balas Zakwan. Zakwan dan Kamal bergerak ke kolej MSU.

Sampai saja di depan kolej MSU Kamal terus mesej Haira untuk beritahu yang diorang sudah sampai. Haira dan Kamal sudah lama bercinta jadi tak hairan la kalau dia mersa dengan Haira. Zakwan dan Kamal tunggu diluar kereta.

"Assalammualaikum." Ucap Haira dari jauh.

"Waalaikummussalam." Jawab Zakwan dan Kamal serentak.

usai masukkan bag Haira dan Humaira kedalam bonet kereta Kamal dan Zakwan terus masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan kolej MSU itu. Tiba-tiba mata Zakwan terpandang Humaira yang sedang sibuk main handfonnya dari cermin.

'Mesti dia tengah chat dengan boyfriend dia Em.. tak pala mungkin aku patut move on je." Gumam Zakwan dalam hati sambil menganggukkan kepala. Kamal yang melihat Zakwan merasa kesian lalu menepuk bahu sahabatnya itu. Zakwan hanya senyum.

"Yang, Abang bercadang nak buat BBQ la. Kita jemput besan-besa kita sekali okey tak." ujur Tengku Esmail kepada isterinya.

"Okey juga tu masa ni la kita nak eratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita kan." Balas Tengku Ratna.

"Okey kalau macam tu kita buat hujung minggu ni boleh." Ucap Tengku Esmail.

"Boleh nanti saya bagitahu Nur dan Irah ya." Balas Tengku Ratna.

"Okey terima kasih." Ucap Tengku Esmail sambil mengusap kepala isterinya.

Tengku Esmail dan Tengku Ratna turun ke ruang tamu. bila melihat semua ada di situ Tengku Esmail terus memberitahu kepada anak menantunya.

"Okey hujung minggu ni ayahanda dan bonda nak buat BBQ sikit nanti pastikan semua orang ada no exsuce ye." Ucap Tengku Esmail.

"Baik ayahanda." Ucap semua yang ada di ruang tamu.

'Ha masa ni la boleh dating dengan Kamal bestnya." Gumam Haira dengan senyuman.

Mereka hanya berbual kosong hingga Tengku Esmail dan Tengku Ratna meminta diri untuk ke bilik mereka diikuti dengan Harriz, Trisya, Harraz dan Shopia. Harraz dan Shopia sudah berkhawin 4 bulan yang lepas. Kini Tinggal Haira dan Humaira saja.

"Best la tu boleh dating dengan Kamal." Uju Humaira kepada Haira yang sedang tersenyum.

"Mesti la best dapat dating dengan orang yang kita sayang. Bukan macam orang tu, Orang dah luahkan perasaan kat dia tapi dia lari pula jual mahal, Werk.." Balas Haira sambil menjelerkan lidah kepada Humaira.

"Bukan jual mahal la. Tapi acu nak tengok effort dia untuk bersama dengan acu. Tapi macam tak ada apa-apa ja lepas dia luahkan perasaan dia. Acu pun buat tak tahu ja la." Ucap Humairah sambil baring atas paha Haira.

"Acik tengok Zakwan tu betul-betul sukakan acu. Hari tu Kamal ada bagitahu acik yang Zakwan cakap kat dia yang Zakwan nak move on dan sudah putus asa untuk menunggu jawapan acu. Masa diorang ambil kita kat kolej hari tu Zakwan pandang acu tapi acu asyik sibuk dengan handfon ja. acik dapat tengok dari riak wajahnya yang dia sedih dan kecewa. Macam ni la kalau acu suka kat dia acu bagitahu dia yang acu suka kat di. Tapi kalau acu dah ada orang lain pun acu kena bagitahu dia terus terang ja kat dia dari dia tunggu acu." Ucap Haira kepada Humaira sambil menbelai rambut adik kembarnya itu Humaira memang manja dengan Haira.

"Em.. Okey nnti masa BBQ nanti acu bagitahu dia." Ujur Humaira.

"Okey tapi makesure bagitahu dia apa yang acu rasa pada dia. Okey jom la masuk tidur." Balas Haira sambil bangun dan berlalu ke biliknya.

'Saya pun cintakan awak tapi saya takut saya akan kecewa untuk kali yang kedua.' Gumam Humaira yang sedang berdiri di balkoni biliknya.

Harriz dan Trisya keluar untuk membeli bahan untuk BBQ sedang Trisya memilih buah-buahan ada seseorang menegurnya. Harriz yang masih memilih ayam dan daging tanpa menoleh kepada Trisya.

"Hai, Awak isteri kepada Tengku Ezzuddin Harriz ke." Soal gadis itu.

"Ya saya, Awak siapa ya." Balas Trisya yang sedang memegang sebiji buah apple.

"Oh kenalkan saya Nur Effa Najwa bekas tunang Harriz." Najwa perkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Trisya. Trisya menyambut tangan itu.

"Ada apa yang saya boleh bantu." Tanya Trisya dengan nada yang lembut.

"Oh saya cuma nak bagitahu yang saya dan Harriz pernah melakukan hubungan dan saya pernah mengandung anaknya dulu. Disebabkan dia tak nak bertanggungjawab du upah seseorang masukkan ubat kegugurang kedalam minuman saya dan dia putuskan pertunangan kami." Ucap Najwa dengan senyuman yang sinis. Trisya terkejut dengan apa yang dia dengari.

"Betul ke apa yang awak cakap ni. tak mungkin Harriz buat semua tu." Ucap Trisya dengan mata yang sudah berkaca.

"Terpulang pada awak nak percaya atau tak. Okey la saya pergi dulu ya." Najwa terus beredar selepas menyedari yang Harriz mula datang ke arah mereka.

"Han dah pilih ke nak buah yang mana. Hun dah siap dah."Ujur Harriz sambil memandang lambakan buah apple dihadapan isterinya. Trisya terus berjalan meninggalkan Harrz yang terpinga-pinga. Harriz ke kauter untuk menbayar barang yang dipilih tadi.

"Tengku, Puan sedang menangis didalam kereta." Ucap Adha kepada Harriz. Harriz yang mendengar retus berlari menuju ke kereta. Seseorang yang melihat Harriz dengan senyuman yang sinis.

"Han okey tak, Ada sakit kat mana-mana ke." Tanya Harriz sabil memengang perut Trisya.

"Okey han nak balik letih la." Jawab Trisya sambil memejamkan matanya.

"Wan jom." Ucap Harriz. Zakwan hanya mengikut arahan.

Sampai di rumah Trisya terus naik kebiliknya dan baring sambil memikirkan apa yang diberitahu oleh gadis yang bernama Najwa tadi. Harriz yang meihat Trisya yang sedang tidur nyenyak itu terus berfikir perangai Trisya berubah sebelum ni tak pernah pula dia menangis sebab penat mustahil.

'Em.. Kenapa perangai Trisya berubah sebelum ni tak ada pula dia menangis disebabkan penat. Ni mesti ada something wrong ni. Tapi apa.' Gumam Harriz dalam Hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience