BAB 7

Romance Series 9975

Setelah cheak-in hotel mereka masuk ke dalam bilik Trisya terus masuk kedalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Harriz pula sudah terlelapdiatas katil. Setelah 15 minit membersihkan diri Trisya keluar dengan memakai baju tidur kain satin yang diambil dari beg pakaiannya. Trisya yang melihat Harriz sedang tidur terus duduk disisi Harriz.

'Haih.. Tidur pun hensome. Tak sangka aku berkahwin dengan lelaki yang aku cintai. Terima kasih Ya Allah. Aku mencintai dia adakah dia pun mencintai aku suatu suatu hari nanti.' Gumam Trisya dalam hati. Terkejut Trisya apabila melihat Harriz bergerak. Dia mengambil keputusan untuk mengejut suaminya.

"Awak, Awak bangun awak." Panggil Trisya. Apabila mendengar ada yang sedang memanggilnya Harriz terus menbuka matanya.

"Eemm.. Awak kenapa." Tanya Harriz dalam keadaan mamai.

"Bangun la tak elok la tidur sebelum mandi. Awak pergi la mandi dulu pastu awak nak tidur ka apa ke awak duat la." Balas Trisya dengan malu-malu.

"Okey.. Awak lapar tak." Tanya Harriz lagi sambil mengambil tuala didalam beg pakaiannya. Trisya hanya menjawab dengan menganggukkan kepalanya.

"Awak siap la nanti kita kelur makan. Nanti awak ajak along dengan abang long sekali ye." Ujur Harriz dan terus berlalu ke bilik air.

Trisya terus bersiap dan terus menelefon kakaknya. Balqis yang baru keluar dari bilik air terus menjawab panggilan tersebut.

'Hello Assalammualaikum, Along." Ucap Trisya.

'Wa'alaikummussalam, ya Trisya ada apa." Tanya Balqis yang sedang duduk di birai katil.

"Tak ni ha. Harriz ajak along dengan abang long keluar makan sekali dengan kitorang nanti tunggu di lobi ya."Ujur Trisya sambil membetulkan shawlnya.

"Okey lagi 10 minit kami turun bye Assalammualaikum." Balas Balqis dengan senyuman dan panggilan dimatikan.

"Siapa tu sayang." Tanya Eusoff yang baru selesai mandi.

"Angah coll ajak pergi makan sekali dengan mereka." Balas Trisya sambil memilih baju. Eusoff hanya mengangguk kepala.

Setelah siap Balqis dan Eusoff turun ke lobi dan mencari adiknya itu. Setelah puas mencari akhirnya Trisya menepuk bahu Balqis. Akibat terkejut Balqis melatah dengan kuat.

"Oh kembarku naga." Latah Balqis sambil mengurut dadanya.

"Apa along, Angah naga EE..." Kata Trisya sambil mencubit kakak kembarnya itu. Harriz dan Eusoff hanya senyum dan menggelengkan kepala sahaja.

Setelah 1 jam Harriz memandu akhirnya mereka sampai dirsetoran yang menjual makanan halal. Setelah parking kereta mereka berjalan menuju ke restoran itu. Apabila masuk saja ada seorang yang terus memeluk Harriz dengan gembira Trisya, Balqis dan Eusoff yang melihat hanya terkejut.

"Kim ni kenalkan yang ni Trisya my wife, Ni Balqis my sister ni-law and this her husband Eusoff." Harriz memperkenalkan kami kepada pemuda yang bernama kim itu.

"WHAT!!! Kau dak kahwin Harriz. Tak jemput pun." Ucap Kim dengan nada merajuk sambil memeluk tubuhnya. Trisya, Balqis dan Eusoff yang mendengar kim bercakap bahasa melayu terus terkejut sebab wajah Kim ni macam korea tapi fasih berbahasa melayu.

"Ala bukan tak nak jemput tapi bonda buat surprise tahu tak. Lagi dua minggu nak kahwin baru bonda bagitahu aku. Aku pun terkejut tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar." Ucap Harriz sambil memeluk bahu sepupunya itu.

"Awak tadi tu siapa." Tanya Trisya dengan senyuman.

"Oh tadi tu. Dia tu sepupu saya dari kecil lagi dia duduk sini. Sebab mama dia orang korea tapi kalau setiap kali raya dia akan balik Malaysia." Ucap Hariz dengan panjang serta senyuman.

Selesai mereka makan Harriz terus membawa mereka jalan-jalan di sebuah taman yang berdekatan dengan hotel mereka. Harriz dengan Trisya duduk di sebuah kerusi yang disediakan. Trisya yang sedang melihat kelipan lampu langsung tak perasan yang Harriz sedang merenung wajahnya. Trisya yang merasakan dirinya sedang diperhati terus memandang kerah Hariz. Mata Trisya yang bertembung dengan mata Harriz membuatkan ada satu perasaan yang lain dihati mereka.

"Ah.. Sorry." Ucap Trisya sambil memalingkan wajahnya kearah lain.

"Eemm.. Awak saya nak bagitahu awak sesuatu. Sebenarnya saya.. A.. Sebenarnya saya.." Ucapan Harriz depotong oleh Trisya.

"Ish.. Awak ni sebenarnya saya, sebenarnya saya apa. Cuba cakap terus terang dangan jelas." Ujur Trisya dengan wajah yang merah. Dia memang pantang kalau orang yang teragak-agak nak cakap.

'Huih garangnya bini aku ni. Patut la along panggil dia naga kalau dia marah boleh bertukar jadi naga ni.' Gumam Harriz dalam hati. Harriz tarik nafas dan hembus.

"Sebenarnya saya sukakan awak. Sebenarnya masa mula-mula kita jumpa lagi saya dah suka dekat awak.

'WHAT!!! Dia suka aku serius ah.' Gumam Trisya dalam hati.

"Awak jangan tipu la Harriz. Awak saja nak mainkan saya kan." Ujur Trisya terus berdiri didepan Harriz.

" Tak betul sebenarnya saya mula jatuh cinta pada awak masa awak tertumpahkan air diatas baju saya. Saya tak nafikan mulanya saya tolak untuk berkahwin dengan awak tapi bila saya dengar bonda sebut nama awak, saya terus setuju. Sebab selepas saya jumpa awak untuk kali kedua saya terus buat solat istikharah dan jawapannya sama, wajah awak yang saya nampak. Trisya saya serius saya tak boleh nak tipu perasaan saya lagi. Tapi saya tak paksa awa untuk terima saya. Saya cuma nak awak tahu perasaan saya saja." Ucap Harriz dengan panjang lebar.

"Awak sebenarnya saya pun mencintai awak dari mula kita bertemu walaupun pertemuan yang kurang baik. Saya nak awak tapi saya takut awak tolak saya jadi saya ambil keputusan untuk pendamkan saja. Tapi saya tak sangka andaian saya meleset rupanya dan saya tak bertepuk sebelah tangan. Saya pun mencintai awak Tengku Ezzuddin Harriz." Ucap Trisya dengan mata yang sudaah berkaca.

"Awak serius ke Trisya." Tanya Harriz bagai tak percaya dengan apa yang dia dengar. Trisya membalas dengan menganggukkan kepala dan menangis.

"Terima kasih kerana membalas cinta saya Harriz." Ucap Trisya sambil memandang wajah Harriz.

"Sama-sama Han." Balas Harriz sambil memegang tangan Trisya. Trisya yang berkerut terus memandang wajah Harriz.

"Han tu singkatan dari honey. Jadi lepas ni saya panggil awak han da awak panggil saya hun. Hun pun singkatan dari honey juga." Terang Harriz sambil memegang pipi Trisya.

Balqis dan Eusoff yang sudah puas berjalan terus kearah Trisya yang sedang duduk di sebuah kerusi. Setelah sampai dia melihat Harriz sedang memeluk bahu Trisya dan Trisya pun sedang sandarkan kepala di dada bidang Harriz dan memeluk pinggang Harriz. Dengan wajah berkerut terus bertanya pada Haris dan Trisya.

"Ada apa-apa yang kami tertinggal ke." Tanya Balqis. Harriz dan Trisya yang sudah merah muka terus mengelengkan kepala.

"ye ke ni. Macam ada udang disebalik mee goreng ja ni." Ujur Balqis dengan kening ziana zain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience