BAB4

Romance Series 9975

bab 4

"Abang boleh tak kalau nak jemput bakal besan kita untuk makan malam dirumah kita malam esok." Tanya Tengku Ratna kepada suaminya

"Elok juga tu, boleh la Angah kenal-kenal dengan Trisya. Lagi pun mereka kan nak nikah lagi dua minggu. Bagi la diorang kenal antara satu sama lain." Jawab Tengku Esmail yang membaca buku

"Okey esok sayang bagitahu Nur untuk makan malam disini." Ujur Tengku Ratna dengan senyuman yang manis

Selepas sarapan dengan suami dan anak-anaknya Tengku Ratna melangkah ke sebuah gazebo yang terletak di tengah-tengah antara kolam renang dan kolam ikan. Tengku Ratna terus menelefon Datin Nur.

"Assalammualaikum Nur." Tengku Ratna memberi salam

"Wa'alaikummussalam. ya kak Ratna kenapa pagi-pagi dah coll Nur. Ada apa-apa yang berlaku ke kak." Soal Datin Nur dengan suara yang gugup.

"Tak.. Akak nak jemput Nur sekeluarga datang makan malam di rumah akak malam ni." Balas Tengku Ratna dengan nada yang ceria.

"Oh.. Ingat apa tadi risau Nur. Nanti Nur bagitahu Bad dan anak-anak." Ucap Datin Nur sambil mengurut dadanya.

"Oh ya. Sebelum lupa jangan lupa bawa bakal menantu akak ye Nur." Pesan Tengku Ratna.

"Baiklah akak." Ucap Datin Nur dengan senyuman. Apabila panggilan ditamatkan Datin Nur terus menghantar mesej melalui Group Family mereka yang ada di Aplikasi Whatapp.

'Malam ni balik rumah awal sebab Auntie Ratna ajak makan malam dirumahnya. Tak ada yang terkecuali ya terutama kamu Angah.'- Mama

Trisya yang membaca mesej terus tersenyum lalu membalas mesej dari Datin Nur.

'Ye mama ku yang tersayang Angah balik awal arini jangan risau ya.'- Trisya

Pukul 8 malam mereka tiba di rumah Tengku Ratna. Tengku Ratna sudah sedia dihadapan pintu rumah apabila memdapat mesej dari Datin Nur yang mengatakan mereka sudah ada di hadapan pagar rumahnya.

"Assalammualaikum." Dato Badrul memberi salam.

"Wa'alaikummussalam." Jawab Tengku Esmail dan Tengku Ratna serentak dan bersalam

"Sila jemput masuk semua. Kita terus ke meja makan ye mesti semua dah laparkan sila jangan malu jangan segan." Jemput Tengku Esmail kepada bakal besannya.

Mereka berjalan menuju ke meja makan. Semua sudah menunggu mereka. Tiba-tiba telefon Harriz berbunyi. Harriz minta diri untuk menjawab panggilan.

"Hello, ha Naufal ada apa coll saya." Tanya Harriz kepada PAnya. Selepas 15 minit bercakap telefon Harriz matikan talian.

"Maaf semua saya tak dapat join makan malam ari ni sebab ada meeting penting yang tak dapat dielakkan. Maaf ya." Ucap Harriz lalu menuju kebiliknya.

Selepas menukar pakaian Harriz jalan menuju ke pintu utama. Sebelum keluar Harriz sempat memberi salam kepada semua yang ada dimeja makam. Mata Harriz sempat memandang Trisya yang sedang makan.

"Assalammualaikum." Harriz menberi salam

"Wa'alaikummussalam." Jawab mereka serentak.

"Eh.. Jemput la makan. Harriz memang macam tu workaholik sangat nanti lepas kahwin Trisya jangan ambil hati sangat ya kalau boleh ubah la anak bonda tu." Kata Tengku Ratna sambil memandang Trisya.

"Insyaallah bonda. Trisya akan cuba." Balas Trisya dengan malu-malu.

Selesai makan malam mereka menuju ke ruang tamu tapi Trisya minta izin untuk mengambil angin di gazebo di tepi kolam itu. Kaki melangkah menuju ke gazebo itu sedang sibuk memerhati ikan didalam kolam ada yang menegurnya.

"Hai akak." Sapa Haira dari belakang mengejutkan Trisya.

"Hai. sorry tak sempat nak kenal tadi. Nama sapa." Tanya Trisya dengan senyumam.

"Oh nama saya Tengku Ezzara Haira boleh panggil Haira dan yang ni adik twin Haira. Tengku Ezzara Humaira dan boleh panggil Humaira. Boleh kitorang panggil akak ni kak ngah tak." Ujur Haira kepada Trisya.

"Boleh ja lagi pun akak pun anak yang kedua dari tiga beradik." Jawab Trisya dengan senyuman.

bual punya bual sudah dua jam mereka diluar. Setelah itu mereka mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah. Apabila masuk saja semua sudah sedia untuk pulang.

"Lamanya diluar apa yang di bualkan." Tanya Tengku Ratna.

"Tak ada apa bonda bual-bual kosong ja." Jawab Humaira dengan tersenyum.

"Herm.. yala, dah salam semua. Mereka dah nak balik." Ucap Tengku Ratna.

Setelah salam mereka minta diri untuk pulang. Setelah sampai ke rumah semua naik ke bilik masing-masing. Trisya terus masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri. Apabila selesai Trisya baring atas katil dengan hanya memakai bathrope saja itu sudah jadi kebiasaannya selepas mandi. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk terus Trisya menbaca mesej tersebut.

'Assalammualaikum, dah tidur ke. Maaf pasal tadi.'- Harriz

'Wa'alaikummussalam, tak pa lagi pun awak ada meeting penting so kena la faham.'- Trisya

'Okey la awak saya nak drive ni jumpa esok ya. bye sweet dream.'-Harriz

'Bye, you too.'- Trisya

Berkerut dahi Trisya bila mengingati mesej dari Harriz. Apa maksudnya ' jumpa lagi esok '. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke. Dalam sedang berfikir Trisya terlelap dalam keadaan tangan diatas dahi dan belum tukar memakai baju tidurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience