BAB 2

Romance Series 9975

BAB 2

Setelah semua berkumpul di ruang tamu. Semua diam dan beri tumpuan kepada Dato Badrul.

"Okey semua dah ada disini papa dan mama ada dua perkara nak bagitahu. Yang pertama, mama bagi barang tu pada angah." Ucap Dato Badrul kepada isterinya. Datin Nur memberi sebuah kotak baldu berwarna merah kepada Trisya. Lalu Trisya mengambilnya.

"Apa ni papa, mama." Tanya Trisya sambil memegang kotak baldu berwarna merah itu.

"Itu cincin pertunangan angah. Sebenarnya angah dah dua tahun bertunang. Papa tunggu masa yang sesuai. Nak bagitahu angah. Dan yang kedua perkahwinan angah sama tarikh dengan perkahwinan along nanti. Keputusan papa muktamad." Trisya terkejut mendengar ucapan papanya tadi. Balqis hanya tersenyum apa yang dikatakan pagi tadi jadi kenyataan.

"Angah ada apa-apa nak tanya." Soal Datin Nur

"Apa nama tunang angah, umur berapa dan kerja dimana." Tanya Trisya sambil memandang kotak baldu itu.

"Nama dia Tengku Ezzuddin Harriz, umur dia 27 tahun dan dia CEO Syarikat T.H.E SDN BHD." Ucap Dato Badrul sambil tersenyum. Trisya yang mendengar hanya terdiam tanpa kata.

TOK... TOK...TOK...
ketukan pintu mengejutkan Tengku Ezzuddin Harriz lalu bangun dan membuka pintu. Dia terkejut melihat ayahanda dan bondanya di depan muka pintu.

"Masuk la ayahanda, bonda. Ada apa ayahanda dan bonda datang bilik angah." Soal Harriz dengan sopan dan lembut.

"Ayahanda ada perkara yang nak diberitahu tentang pertunangan." Ucap Tengku Esmail dengan riak wajah serius.

"Pertunangan siapa ayahanda. Along ke." Tanya Harriz sambil memandang ibubapanya.

"Pertunangan angah la. Along kan dah bertunang berapa kali langsung along nak bertunang." Terang Tengku Ratna dengan panjangnya.

"WHAT!!! Pertunangan angah. Angah mana ada calon ayahanda, bonda." Jawab Harriz dengan riak terkejut.

"Tak pa ayahanda dan bonda dah ada calon yang sesuai lagi pun angah dah lama bertunang cuma ayahanda dan bonda rahsiakan." Balas Tengku Esmail sambil menepuk bahu anak terunanya itu.

"WHAT!!!! Angah dah lama bertunang. kenapa ayahanda dan bonda tak bagitahu angah. Soal Harriz dengan memcekak pinggang.

"Siapa nama tunang angah tu, kerja apa dan umur berapa." Soal Harriz lagi.

"Eemm... Namanya Nur Ayda Badtrisya,COO Syarikat A.B SDN BHD dan umur dia 25 tahun dan ada satu perkara yang bonda nak bagitahu. Awal bulan depan kamu akan melangsungkan perkahwinan sekali dengan kakaknya." Balas Tengku Ratna sambil senyum.

"WHAT!!! Awal bulan depan bonda. Lagi dua minggu la sempat ke bonda angah pun tak tahu orang dia macam mana. Dia terima ke angah untuk menjadi suaminya." Ujur Harriz sambil memicit belakang kepalanya.

"Trisya dah terima dan pakai cincin pertunangan tu." Balas Tengku Esmail pula.

"Baik angah terima tapi angah dengan satu syarat angah nak nombor handfon tunang angah tu apa namanya." Ujur Harriz.

"Haih... Nama tunang sendiri pun tak ingat. Nur Ayda Badtrisya. Nanti bonda whatsapp nombor handfon Trisya pada angah." Balas Tengku Ratna. Harriz hanya mengangguk kepala saja.

"Okey la kalo macam tu ayahanda dan bonda keluar dulu ya." Ucap Tengku Esmail pula. sekali lagi Harriz menganggukkan kepalanya.

Setelah mendapat nombor handfon Trisya dari bondanya Harriz terus saja whatsapp Trisya. Trisya yang sedang duduk di meja solek terus mengambil telefonnya apabila berbunyi menandakan ada masej masuk. Berkerut dahinya apabila ada nombor tak dikenali masejnya. Trisya membaca dan terkejut dengan apa yang dia baca.

'Assalamualaikum, nama saya Tengku Ezzuddin Harriz tunang dan bakal suami awak.'- Harriz

'wa'alaikumussalam, nama saya Nur Ayda Badtrisya tunang dan juga bakal isteri awak.'-Trisya

'Esk awak free tak.. saya ingat nak jumpa awak tu pun kalo awak sudi.'- Harriz

'Eemm... Kita lunch sekali boleh. Bab pagi dan lepas lunch saya ada meeting di pejabat
.'- Trisya

'okey. Nanti awak sand location kat saya ya.'- Harriz

'Okey, awak saya dah nak masuk tido nie bye, Assalammualaikum.'- Trisya

'Bye, wa'alaikummussalam.'- Harriz

TOK...TOK...
ketukan pintu membuat Trisya menoleh dan melihat kakaknya sedang berdiri dimuka pintu sambil tersenyum.

"Aih.. Mesej dengan siapa tu." Tanya Balqis sambil mengangkat kening seperti Ziana Zain.

"Eeemmm... Dari Tengku Ezzuddin Harriz. Dia ajak jumpa." Balas Trisya sambil bangun dari meja solek dan melangkah ke katilnya.

"Wow... En.Tunang ajak jumpa. Bila nak jumpa dia." Soal Balqis

"Esok time lunch.." Balas Trisya lagi

"Masin jugakan." Ujur Balqis sambil mengangguk kepala berulang kali

"Apa yang masin." Tanya Trisya dengan dahi berkerut.

"Yala baru pagi tadi along kata pasai naik pelamin sekali tula." Ujur Balqis

"Ha memang masin. Tapi angah tak kenal sapa tunang angah tu dan boleh ke angah bahagia dengan dia nanti." Balas Trisya

"Ala orang tua-tua dulu kata pilihan orang tua adalah yang terbaik mungkin dia jodoh angah mana kita tahu." Ucap Balqis sambil memegang bahu adik kembarnya.

Balqis bangun dan berlalu keluar dari bilik Trisya apabila mendapat panggilan dari Eusoff tunangnya. Trisya pun bangun untuk mengunci pintu dan berjalan menuju ke katil untuk merehatkan diri yang seharian berkerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience