BAB 11

Romance Series 9975

"Natasya masuk bilik saya sekarang." Panggil Trisya melalui interkom.

"Baik Puan." Jawab Natasya ringkas dan bergegas masuk ke dalam bilik Trisya.

Trisya menunjukkan isyarat kepada Natasya untuk suruh duduk. Natasya yang mengerti isyarat itu terus duduk.

"Ada apa Puan panggil saya." Tabya Natasya sambil membuka buku notanya.

"tak perlu buka buku pun. Saya just nak tanya aawak sesuatu je."Jawab Trisya yang sedang bersandar di kerusinya.

"Tanya apa Puan." Soal Natasya dengan dahi yang berkerut.

"Awak pernah tak lewat datang bulan. Oh sorry saya tanya macam tu pula." Ujur Trisya sambil menungkat dagu diatas meja kerjanya.

"Pernah Puan kadang sebulan sekali kadang dua bulan sekali. Kenapa Puan." Soal Natasya.

"Tak ada sebelumni saya tak pernah pula lewat tapi bulan ni dah seminggu saya lewat. Kesaya yang silap kira tarikh." Balas Trisya sambil memegang kelender. Natasya senyum lebar apabila mendengar apa yang Trisya katakan tadi.

"Puan salah kira tarikh ke Puan dah mengandung." Ucap Natasya dengan ceria. Trisya mengeleng laju.

"Tak mungkin, Tadi saya dah search kat pak cik google. Saya tak ada tanda-tanda macam orang mengandung. Mungkin bulan ni dia datang lewat sikit kot ye." Ujur Trisya. Natasya hanya mengangguk nak kata lebih dia pun belum kahwin dan dia pun belum pernah merasa mengandung.

Seperti biasa Zakwan menjemput Trisya dari pejabat untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik Trisya hanya mengelamun ja sampai rumah pun tak sedar.

"Puan, Puan kita dah sampai Puan." Ujur Zakwan dengan sedikit kuat.

"Ah.. Terima kasih ya Zakwan. Hari ni Harriz balik pukul berapa." Ujur Trisya.

"Sebelum maghrib rasanya Puan. Kenapa Puan." Soal Zakwan dengan berkerut keningnya.

"Saja je okey la kalau macam tu saya masuk dulu ya. Assalammualaikum." Ucap Trisya sambil keluar dari perut kereta itu dan terus menutup pintu kereta itu belum sempat Zakwan menjawab salamnya.

'waalaikummusalam. Haih tak pernah-pernah Puan tanya Tengku balik pukul berapa hari ni tanya pula. Pelik dari start masuk kereta diam dan termenung hurm.. Kena report kat Tengku ni." Gumam Zakwan sendiri di dalam kereta.

Tepat jam 6.50 Harriz sampai di rumah baru hendak melangkah keluar Harriz melihat wajah Zakwan seperti ingin menyatakan sesuatu.

"Wan ada apa-apa yang nak bagitahu ke." Tanya Harriz dengan nada tegas.

"Em.. Sebenarnya Tengku tadi masa saya ambil Puan di pejabat Puan asyik diam dan termenung ja macam ada masalah ja." Jawab Zakwan. Harriz mengucapkan terima kasih dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Harriz terus masuk ke dalam bilik dan melihat Trisya yang sedang menonton television. Terkejut Trisya apabila merasa seseorang mencium kepalanya terus mengangkat kepala. Harriz senyum kepada Trisya dan Trisya terus membalas senyuman itu. Harriz masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib bersama-sama Trisya.

Hujung minggu seperti biasa Harriz akan berehat di rumah. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu terus saja dia mengambil handfonnya dan menghubungi seseorang. Setelah selesai dia terus tersenyum sambil mengosok lehernya.

'Hello Tengku saya ada di depan ni." Ucap Aidil di corong telefon itu. Harriz yang mendengar terus berlari keluar.

'Kenapa dengan budak ni lari dalam rumah pula ni. Tak pernah-pernah dia macam ni.' Gumum Tengku Ratna dalam hati.

Harriz masuk dengan satu bag kertas ke arah dapur. Selepas basuh buah mangga muda Harriz terus duduk di meja makan. Tengku Ratna yang ada di ruang tamu hairan melihat anaknya yang sorang itu lalu dia mengambil keputusan mendekati anaknya itu.

"Angah buat apa tu." Tanya Tengku Ratna dengan riak terkejut. Harriz yang terkejut terus menandang bondanya.

"Angah makan mangga muda ja bonda bukan buat apa-apa pun." Jawab Harriz dengan mulut penuh.

"Tapikan angah tak suka mangga muda masam la apa la." Ujur Tengku Ratna lagi.

"Tah la bonda tadi tetiba teringin nak makan tu yang terus coll Aidil suruh dia belikan." Balas Harriz yang masih lagi makan mangga muda.

Tengku Ratna terus berlalu ke ruang tmu. Hairan memikirkan anaknya itu tiba-tiba terus tersenyum lebar. Harraz yang melihat bondanya itu sedang tersenyum turut mengerutkan dahi.

"Bonda dah kenapa senyum sorang-sorang ni." Soal Harraz.

"Kamu nak tahu kenapa. Tadi bonda nampak angah makan buah mangga muda didapur sebab tula bonda senyum ni." Balas Tengku Ratna. Harraz makin berkerut keningnya.

"Bonda bukan angah tak makan mangga muda ke katanya masam la apa la." Tanya Harraz pelik dengan perangai adik kembarnya itu.

"Tula bonda pun hairan tapi bila bonda fikirkan betul-betul kita tunggu ja nanti mesti ada berita gembira." Jawab Tengku Ratna dengan senyuman yang paling lebar. Harraz masih dengan kening berkerut.

Setelh selesai Harriz terus masuk ke dalam bilik melihat Trisya sedang mengurut kepalanya. Harriz mendekati isterinya dan duduk di birai katil. Trisya terus bangun bersandar dikepala katin.

"Kenapa han, sakit kepala ke." Tanya Harriz sambil memegang kepala Trisya.

"Haah sakit sikit ja tapi pening tu yang lebih. semua nampak ada banyak." Jawab Trisya.

"Kita pergi klinik nak hun risau la." Ujur Harriz

"Tak pa la tadi han dah makan ubat nanti baik la ni. Tadi hun pergi mana." Soal Trisya.

"Makan mangga muda didapur kenapa nak ke." Ucap Harriz.

"Tak nak la han nak tidur je." Jawab Trisya sambil baring disisi Harriz.

Harriz turut baring disebelah Trisya dan kedua-dua mereka terlelap sambil berpelukan. Sementara di ruang tamu Tengku Ratna masih lagi tersenyum sampai Tengku Esmail pun pelik melihat isterinya itu.

"Yang, Kenapa asyik senyum ja ni tak lenguh ka pipi tu." Soal Tengku Esmail.

"Adalah nanti abang akan tahu juga kenapa sayang asyik senyum ja." Balas Tengku Ratna. Tengku Esmail hanya menggelengkan kepala saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience